Rakyat Jelata AreMie

Monday, 19 September 2011

FENOMENA BERTUDUNG BUKAN PETANDA PENGHAYATAN ISLAM MAKIN MENYELURUH

Di awal 90-an, bilangan wanita bertudung mulai bertambah ramai. Di mana-mana sahaja kita boleh bersua dengan muslimah yang menutup aurat, di kilang, sekolah, stesen bas, pejabat, pasar, universiti, malah beberapa orang pengacara televisyen dan personaliti radio pun sudah memakai tudung. Alhamdulillah!

Tetapi apa yang menyedihkan, kalau dahulu wanita bertudung tidak akan ditemui di taman-taman bunga, di tempat-tempat hiburan, berpegangan tengan dengan teman lelaki, di panggung wayang ... atau kalau dahulu wanita bertudung bersih mukanya daripada calaran alat-alat make-up, tetapi kini dengan mudah kita boleh jumpa wanita bertudung berpeleseran dengan teman lelaki di tempat-tempat sedemikian.

Tudung berwarna warni mengikut fesyen disesuaikan dengan aliran zaman dan fesyen baju. Kadang-kadang pemakaian tudung itu tidak sempurna mengikut syariat.

Kadang-kadang macam nak terlondeh. Antara hendak tutup dan mahu terbuka. Akhlak dan tutur katanya kasar, malah kadang kala lebih buruk daripada mereka yang tidak memakai tudung atau yang membuka aurat.

Sesetengahnya bertudung tetapi tidak menunaikan solat. Imej wanita bertudung telah tercemar dengan wanita-wanita yang menjadikan tudung sekadar fesyen atau terpaksa memakainya kerana mengikut peraturan atau trend.

Kalau dahulu bila wanita itu bertudung, automatik dia sudah malu ke panggung wayang, malu untuk kepit berpasangan, malu untuk ke tempat hiburan, atau pendek kata malu untuk melakukan perbuatan mungkar.

Tetapi kini bertudung sudah tidak mempunyai peranan untuk mencegah manusia dari terjerumus ke dalam lembah maksiat.

Bila direnung-renung mengapa hal ini boleh terjadi, maka jelaslah wanita-wanita yang bertudung pada hari ini jahil mengenai tujuan dan peranan pemakaian tudung. Ramai wanita yang memakai tudung kerana terikut-ikut dengan suasana.

Mereka lihat adik beradik, teman sekolah, teman pejabat atau jiran telah ramai memakai tudung, maka timbul rasa malu kerana mereka sahaja yang masih tidak bertudung. Lantaran itu mereka mengambil keputusan untuk memakai tudung, walaupun hati tidak berapa menyetujuinya.

Kini masyarakat telah menerima budaya wanita memakai tudung. Ujian sudah tidak besar. Kadang kala orang lelaki yang hendak berkahwin pun memberi syarat, wanita yang hendak dikahwininya mestilah bertudung.

Setengahnya apabila melihat wanita lain memakai tudung nampak lebih cantik dan manis, mereka pun hendak memakainya, tanpa mengetahui tentang ilmunya, mengapa mesti pakai tudung.

Ada juga yang terpaksa memakai tudung kerana desakan keluarga atau suami. Ada yang mahu menjadikan tudung semacam fesyen. Sekejap pakai, sekejap buka. Lantaran itulah nilai orang yang bertudung pada hari ini sudah menurun.

Sudah tidak "semahal" wanita yang bertudung awal- awal dahulu. Hanya wanita yang berpurdah yg belum kelihatan berjalan-jalan di taman bunga atau di tempat-tempat hiburan. Mungkin taraf berpurdah kini sama dengan wanita yang bertudung dulu.

Sesuatu amalan yang dilakukan, kalau bukan atas dasar ilmu dan yakin serta faham apa yang mereka perbuat akan nampak ganjil dan pincang hasilnya. Sesuatu yngg dibuat bukan dari hati yang ikhlas, walaupun nampak hebat tetapi semuanya kosong. Tiada nilai di sisi Allah.

Wanita yang memakai tudung selain daripada keinginan untuk menutup aurat, tidak akan dapat berbohong dengn Allah walaupun di dunia mereka berjaya membohongi mata manusia mengatakan mereka juga sudah menutup aurat.

Tetapi di akhirat nanti, niat sebenar dan apa yang ada di dalam hati mereka akan diselongkar dan didedahkan oleh Allah.

Rasulullah s.a.w. pernah ditanya oleh seorang sahabat: "Ya Rasulullah, dengan apakah mencapai keselamatan kelak?" Jawab Nabi s.a.w: "Jangan menipu Allah."

Orang itu bertanya lagi: "Bagaimana menipu Allah?" Jawab baginda: "Iaitu mengerjakan apa yang diperintahkan oleh Allah, tetapi tidak kerana Allah."
Di awal 90-an, bilangan wanita bertudung mulai bertambah ramai. Di mana-mana sahaja kita boleh bersua dengan muslimah yang menutup aurat, di kilang, sekolah, stesen bas, pejabat, pasar, universiti, malah beberapa orang pengacara televisyen dan personaliti radio pun sudah memakai tudung. Alhamdulillah! "

No comments:

Post a Comment