Keluasan Neraka yang amat dahsyat
Untuk dikongsi, betapa kasihnya Rasulullah kepada umatnya....
Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datang kepada
Nabi s.a.w pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah
mukanya, maka ditanya oleh Nabi s.a.w.: "Mengapa aku melihat kau
berubah muka?"
Jawabnya: "Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah s.w.t
menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi
orang yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur
itu benar, dan siksa Allah s.w.t itu terbesar untuk bersuka-suka
sebelum ia merasa aman daripadanya."
Lalu Nabi s.a.w. bersabda: "Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam."
Jawabnya: "Ya. Ketika Allah s.w.t menjadikan Jahannam, maka dinyalakan
selama 1000 tahun sehingga merah, kemudian dilanjutkan 1000 tahun
sehingga putih, kemudian 1000 tahun sehingga hitam, maka ia hitam
gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus
Engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan
dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya. Demi Allah yg
mengutus Engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu
digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi
kerana panasnya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan
satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Qur'an itu diletakkan
di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yg ke tujuh. Demi
Allah yg mengutus Engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat
tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana
sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi, dan
minumannya air panas campur nanah, dan pakaiannya potongan-potongan
api.
Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan."
Nabi s.a.w. bertanya: "Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?"
Jawabnya: "Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di bawah dari
lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu
lebih panas dari yang lain 70 kali ganda. (iaitu yg lebih bawah lebih
panas)
Tanya Rasulullah s.a.w.: "Siapakah penduduk masing-masing pintu?"
Jawab Jibrail: "Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan
orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a.s.
serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah.
Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim,
Pintu ketiga tempat orang sobi'in bernama Saqar.
Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha,
Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah.
Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir." Kemudian Jibrail
diam segan pada Rasulullah s.a.w. sehingga ditanya: "Mengapa tidak kau
terangkan penduduk pintu ke tujuh?"
Jawabnya: "Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat."
Maka nabi s.a.w. jatuh pengsan ketika mendengar keterangan itu,
sehingga Jibrail meletakkan kepala Nabi s.a.w. dipangkuannya sehingga
sedar kembali dan sesudah sedar Nabi s.a.w bersabda: "Ya Jibrail,
sungguh besar kerisauanku dan aku sangat sedih, apakah ada seorang dari
ummat ku yang akan masuk ke dalam neraka?"
Jawabnya: "Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu." Kemudian
Nabi s.a.w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian Nabi s.a.w. masuk
ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian
kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu
menangis dan minta kepada Allah...
Wallahu a`lam...
.:: Final Exam ::.
-
Salam *kesayangan* cik eva...
kesibukan dan tanggungjawab yang dipikul menyebabkan cik eva x berpeluang
untuk update blog ni..
maaf ye *KESAYANGAN*..
...
14 years ago

No comments:
Post a Comment