Diriwayatkan Siti Zubaidah adalah seorang wanita bangsawan yang
kaya,hobinya suka mendengar muzik. Dia memiliki pentasnya
sendiri serta beberapa orang penyanyi yang menjadi penghiburnya. Apa yang
menjadi kelebihannya ialah apabila terdengar saja seruan Azan dia akan
segera memerintahkan penyanyi dan pemuziknya itu berhenti untuk seketika
bagi menghormati azan.
Setelah selesai dan menjawap azan barulah disambung semula, hanya
itulah amalan yang sentiasa dijaganya.
Setelah dia meninggal ramai dari kalangan orang-orang yang soleh
telah bermimpi bertemu dengannya; tanya mereka, "Ibadah
apakah yang menyebabkan Allah mengampunkan dosamu, adakah kerana kamu telah
menggali sebuah kolam air antara Makkah dan Madinah?"
Jawap Zubaidah, Allah mengampunkan dosaku dengan banyak mengucapkan
syukur.Sebenarnya aku tidak banyak beribadah kecuali satu
semasa hayatku dulu iaitu apabila terdengar saja Azan sedangkan waktu itu aku
tengah berhibur dan mendengar nyanyian maka dengan serta merta aku
menyuruh mereka memberhentikannya bagi menghormati seruan azan.
Itulah ibadah yang aku benar-benar menjaganya. Sebagai balasan , Allah
berfirman, "Kamu dilarang menyeksanya, jika tidak kerana iman yang ada di
dalam dadanya masakan ia mahu menyebutKu dalam keadaan leka"
"Rasulullah s.a.w. ada bersabda, katanya, "Setiap anak Adam akan dijaga
oleh dua malaikat. Malaikat yang di sebelah kanan lebih berkuasa dari
yang sebelah kiri. Sekiranya seseorang anak Adam melakukan dosa maka
malaikat yang di sebelah kiri akan bertanya pada malaikat di sebelah
kanan katanya "Apakah yang harus aku catit?" Kata malaikat di sebelah
kanan, "Jangan kamu catit dahulu dosanya sehingga ia melakukan 5
kesalahan." Malaikat yang di
kiri bertanya lagi, "Kalau ia telah melakukan 5 kesalahan, apa yang
harus aku catitkan?" Jawab malaikat kanan, "Biarkannya, sehingga ia
membuat kebaikan kerana kami telah diberitahu oleh Allah s.w..t bahawa
satu kebaikan akan mendapat 10 pahala. Oleh itu hapuskanlah 5
kesalahannya yang lalu sebagai tebusan dan kami masih simpankan
untuknya 5 pahala lagi." Tercenganglah syaitan mendengarkannya
lalu berkata, "Kalau macam ini sampai bilakah aku dapat merosakkan anak
Adam?." Demikianlah rahmat Allah pada hambanya, kasih sayangNya
melimpah ruah tiada terbatas hanya hambanya saja yang lalai dan leka
dengan
keseronokkan serta kemewahan dunia.
Bersedialah menempuh hari selepas kematian,bersediala h untuk menempuh
sakaratul maut. burulah cinta ALLAH, sebelum Allah menutup pintu
rahmatnya. Sesungguhnya kematian itu adalah sesuatu yang PASTI......!
!!!
Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud:
Ada 4 di pandang sebagai ibu iaitu:
1) Ibu dari segala UBAT adalah SEDIKIT MAKAN.
2) Ibu dari segala ADAB adalah SEDIKIT BERCAKAP
3) Ibu dari segala IBADAT adalah TAKUT BUAT DOSA
4) Ibu dari segala CITA CITA adalah SABAR
.:: Final Exam ::.
-
Salam *kesayangan* cik eva...
kesibukan dan tanggungjawab yang dipikul menyebabkan cik eva x berpeluang
untuk update blog ni..
maaf ye *KESAYANGAN*..
...
14 years ago

No comments:
Post a Comment