PERGAULAN
Assalamualaika Dr. Danial,
Saya ingin menanyakan Dr. akan persoalan bagaimanakah cara pergaulan
antara lelaki bukan mahram dengan wanita bukan mahram? Di manakah
batasnya? Kemungkinan ramai yang mengetahui akan cara-cara tersebut
namun saya perhatikan ada yang perkara-perkara tertentu yang dipandang
ringan. Bagaimanakah cara untuk mengenali seorang wanita bukan mahram
atau lelaki bukan mahram seiring dengan cara syariat? Adakah
dibenarkan? Sekiranya Dr. mempunyai sebarang informasi berkenaan dengan
adab-adab pergaulan harap dapat ditengahkan juga.
KAEDAH KECEMERLANGAN: SEPERTI BENDANG, PERGAULAN ADA BATASNYA. JAGALAH BATAS ITU
Untuk menjadi insan yang cemerlang berlandaskan agama, isu pergaulan
antara lelaki dan perempuan perlu difahami secara yang komprehensif.
Pergaulan antara lelaki dan perempuan yang harus berkahwin (iaitu yang
bukan mahram) perlulah dijaga agar tidak terbabas dari tuntutan syariat
serta akhlak. Batas-batas pergaulan ini bukan hanya melibatkan fizikal,
malah juga melibatkan mental dan spiritual. Secara umumnya Allah
berfirman dalam surah al-Israk ayat 32, "Dan janganlah kamu mendekati
zina. Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang yang keji dan
suatu jalan yang buruk."
1- MENJAUHI ZINA MINDA
Sebagai contoh, jika seseorang lelaki duduk berjauhan dari seorang
wanita, tetapi mindanya membayangkan yang dia sedang melakukan
perbuatan lucah dengan wanita itu, dia ketika itu sedang mrelakukan
dosa walaupun dia secara zahirnya berjauhan dari wanita itu. Dia
sebenarnya sedang melakukan ‘zina minda,’
2- MENJAUHI ZINA MATA
Demikianlah juga dengan pandangan mata. Jika seseorang lelaki melihat
seorang wanita dari jauh dengan pandangan syahwat, dia juga berdosa
walaupun ketika itu wanita itu duduk berjauhan daripadanya. Ketika itu
dia sedang melakukan 'zina mata.’ Sahabat nabi, Jarir bin Abdullah,
pernah berkata, "Saya pernah bertanya kepada Rasulullah tentang melihat
wanita dengan tidak disengaja, maka sabdanya: 'Palingkanlah
pandanganmu'." (Riwayat Muslim) Nabi juga telah bersabda kepada saidina
Ali, "Ya Ali, janganlah engkau susuli satu pandangan (kepada wanita)
dengan satu pandangan yang lain karena yang pertama itu tidak menjadi
kesalahan (kerana tidak sengaja), tetapi tidak yang kedua." (Riwayat
Abu Daud)
3- MENJAUHI DARI BERDUA-DUAAN
Ketika berdua-duaan, rangsangan utk bermaksiat akan lebih kuat kerana
godaan syaitan. Justeru ianya dilarang oleh agama. Berhubung dengan ini
nabi bersabda, "Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhir, maka
janganlah dia bersendirian dengan seorang wanita di suatu tempat tanpa
disertai mahramnya, karena sesungguhnya yang ketiganya adalah syaitan."
(Riwayat Ahmad)
4- MENJAUHI DARI BERSENTUHAN
Jika melihat seseorang wanita dengan syahwat sudah dilarang oleh agama,
bersentuhan kulit dengannya sudah pasti lebih dilarang lagi. Dalam
sebuah hadis oleh Bukhari & Muslim telah diriwayatkan, "Tidak
pernah tangan Rasulullah menyentuh tangan wanita yang tidak halal
baginya." Dalam riwayat yang lain nabi bersabda, "Ditikam salah seorang
daripada kamu dengan jarum dari besi di kepalanya adalah lebih baik
baginya daripada dia menyentuh seorang wanita yang tidak halal
baginya." (Riwayat Thabrani)
.:: Final Exam ::.
-
Salam *kesayangan* cik eva...
kesibukan dan tanggungjawab yang dipikul menyebabkan cik eva x berpeluang
untuk update blog ni..
maaf ye *KESAYANGAN*..
...
14 years ago

No comments:
Post a Comment