Rakyat Jelata AreMie

Sunday, 23 October 2011

HIMPUNAN FATWA HARAM MEROKOK

1. Fatwa Syeikh Muhammad bin Shalih Al-Utsaimin

Merokok haram hukumnya berdasarkan makna dari zahir ayat Al-Qurr17;an dan As-Sunnah serta iktibar (logik) yang benar. Allah berfirman (yang bermaksud), "Dan janganlah kamu mencampakkan dirimu sendiri dalam kebinasaan." (Al-Baqarah: 195).

Maknanya, janganlah kamu melakukan sebab yang menjadi kebinasaanmu. Wajhud dilalah (aspek pendalilan) dari ayat di atas bermaksud merokok termasuk perbuatan yang mencampakkan diri sendiri ke dalam kebinasaan.

Sedangkan dalil dari As-Sunnah adalah hadis sahih dari Rasulullah Sollallahu r16;alaihi Wasallam bahwa beliau melarang membazirkan harta. Makna membazirkan harta adalah memperuntukkannya kepada hal-hal yang tidak bermanfaat. Sebagaimana dimaklumi bahwa memperuntukkan harta dengan membeli rokok adalah termasuk pengperuntukan harta pada hal yang tidak bermanfaat, bahkan peruntukan harta kepada hal-hal yang mengandung kemudaratan.

Dalil yang lain, Rasulullah Sollallahu r16;alaihi Wasallam bersabda, "Tidak boleh (menimbulkan) bahaya dan tidak boleh pula membahayakan orang lain." (HR. Ibnu Majah dari kitab Al-Ahkam 2340).

Jadi, menimbulkan bahaya (dharar) adalah ditiadakan (tidak berlaku) dalam syari'at, baik bahayanya terhadap badan, akal, ataupun harta. Sebagaimana dimaklumi pula merokok adalah berbahaya terhadap badan dan harta.

Adapun dalil dari iktibar (logik) yang benar yang menunjukkan keharaman rokok adalah kerana dengan perbuatan itu perokok mencampakkan dirinya ke dalam hal yang menimbukan bahaya, rasa cemas, dan keletihan jiwa. Orang yang berakal tentu tidak rela hal itu terjadi pada dirinya sendiri. Alangkah tragisnya keadaannya, dan demikian sesaknya dada si perokok bila tidak menghisapnya. Alangkah berat ia melakukan puasa dan ibadah-ibadah lainnya kerana hal itu menghalagi dirinya dari merokok. Bahkan, alangkah berat dirinya berinteraksi dengan orang-orang saleh kerana tidak mungkin mereka membiarkan asap rokok mengepul di hadapan mereka. Oleh itu anda akan melihat perokok demikian tidak selesa bila duduk dan berinteraksi dengan orang-orang saleh.

Semua iktibar itu menunjukkan merokok hukumnya diharamkan. Oleh itu, nasihat saya untuk saudara-saudara kaum muslimin yang masih didera oleh kebiasaan menghisap rokok agar memohon pertolongan Allah dan tekad untuk meninggalkannya. Ini kerana di dalam tekad yang tulus disertai dengan memohon pertolongan Allah, mengharap pahala dari-Nya dan menghindari siksaan-Nya, semua itu adalah amat membantu di dalam usaha meninggalkan hal tersebut.


Jawapan Atas Berbagai Dalihan

Jika ada orang yang berdalih, "Sesungguhnya kami tidak menemukan nas, baik di dalam kitabullah ataupun sunnah Rasulullah Sollallahu r16;alaihi Wasallam perihal haramnya rokok."

Maka, jawapan atas kenyataan ini kita nyatakan nas-nas Al-Qurr17;an dan sunnah terdiri dari dua jenis;
1. Jenis yang dalil-dalilnya bersifat umum seperti Adh-Dhawabith (ketentuan-ketentuan) dan kaedah-kaedah yang mencakup perincian yang banyak sekali hingga hari kiamat.
2. Jenis yang dalil-dalilnya memang diarahkan kepada suatu itu sendiri secara langsung.

Bagi jenis pertama, ayat Al-Qurr17;an dan dua hadis yang kami sebutkan di atas yang menunjukkan keharaman merokok secara umum meskipun tidak diarahkan secara langsung kepadanya. Manakala bagi jenis kedua, ialah fiman Allah (yang bermaksud), "Diharamkan bagimu (memakan) bangkai, darah, daging babi, (daging haiwan) yang disembelih atas nama selain Allah." (Al-Maidah: 3).

Dan firman-Nya, "Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya meminum khamr, berjudi, berkorban untuk berhala, mengundi nasib dengan anak panah adalah perbuatan keji dari amalan syaitan. Maka, jauhilah perbuatan-perbuatan itu." (Al-Maidah: 90).

Jadi, baik nas-nas itu termasuk jenis pertama atau kedua, ia bersifat keharusan bagi semua hamba Allah kerana dari sisi pengambilan dalil menunjukkan hal itu.

Sumber: Program Nur 'alad Darb, dari Fatwa Syekh Muhammad bin Shaleh Al-Utsaimin, dari kitab Fatwa-Fatwa Terkini 2.

2. Syeikh Muhammad bin Ibrahim

Rokok haram kerana di dalamnya ada racun. Al-Qurr17;an menyatakan, r0;Dihalalkan atas mereka apa-apa yang baik, dan diharamkan atas mereka apa-apa yang buruk (kotoran).r1; (al-Ar17;raf: 157). Rasulullah juga melarang setiap yang memabukkan dan melemahkan, sebagaimana diriwayatkan Imam Ahmad dan Abu Dawud dari Ummu Salamah ra. Merokok juga termasuk melakukan pembaziran yang tidak bermanfaat. Selanjutnya, rokok dan bau mulut perokok mengganggu orang lain, termasuk pada jamaah solat.

3. Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab

Rokok haram kerana melemahkan dan memabukkan. Dalil nas tentang benda memabukkan sudah cukup jelas. Hanya saja, penjelasan tentang mabuk itu sendiri perlu penyesuaian.

4. Ulamak Mesir, Syria, Saudi

Rokok haram iaitu terlarang, dengan alasan membahayakan. Di antara yang mendokong dalil ini ialah Syeikh Ahmad as-Sunhawy al-Bahuty al-Anjalaby dan Syeikh Al-Malakiyah Ibrahim al-Qaani dari Mesir, An-Najm al-Gazy al-Amiry as-Syafir17;i dari Syria, dan ulamak Mekkah Abdul Malik al-Ashami.

5. Dr Yusuf Qardhawi

Rokok haram kerana membahayakan. Demikian disebut dalam bukunya r16;Halal & Haram dalam Islamr17;. Menurutnya, tidak boleh seseorang membuat bahaya dan membalas bahaya, sebagaimana sabda Nabi yang diriwayatkan Ahmad dan Ibnu Majah. Qardhawi menambahkan, selain berbahaya, rokok juga mengajak penikmatnya untuk membazir masa dan harta. Padahal lebih baik harta itu digunakan untuk yang lebih berguna, atau diinfaqkan bila memang keluarganya tidak memerlukan.

6. SyariahOnline.com

Keharaman rokok tidaklah berdasarkan sebuah larangan yang disebutkan secara mutlak dalam nas Al-Quran Al-Kariem atau pun As-Sunnah An-Nabawiyah.

Keharaman rokok itu disimpulkan oleh para ulamak semasa ini setelah dipastikannya fakta setiap batang rokok itu mengandung lebih dari 4000 jenis racun berbahaya. Oleh kerana racun itu merosak tubuh manusia yang sebenarnya amanah Allah SWT untuk dijaga dan dipelihara, maka merokok itu termasuk melanggar amanat itu dan merosak larangan.

Namun banyak orang yang menganggap hal itu terlalu mengada-ada, sebab buktinya terdapat jutaan orang di muka bumi ini yang setiap hari merokok dan buktinya mereka masih bernafas iaitu tidak langsung mati secara mendadak.

Kerana itulah kita masih menemui rokok di sekeliling kita dan ternyata rokok masih bertahan. Bahkan mampu memberikan pulangan kepada pemerintah melalui cukainya. Sehingga tidak pernah muncul keinginan baik dari pembuat undang-undang untuk melarang rokok.

Ini merupakan salah satu ciri ketidak-sampaian maklumat kepada masyarakat atau memang masyarakat tidak prihatin. Di negara yang sudah maju, maklumat berkaitan tidak dianggap penting. Dan kedua jenis masyarakat ini memang sama-sama tidak tahu apa yang terbaik buat mereka.

Di dalam hukum Islam, apabila sesuatu itu telah dipastikan yang ia membahayakan kesihatan, maka menggunakannya adalah diharamkan. Inilah bentuk ketegasan hukum Islam yang sudah menjadi ciri khas. Maka khamar itu tetap haram meski hanya seteguk ditelan untuk sebuah malam yang dingin menusuk.

Demikian pula para ulamak ketika menyedari kewujudan lebih 4000 racun dalam batang rokok dan mengetahui akitab-akibat yang diderita para perokok, mereka pun sepakat untuk mengharamkannya. Sayangnya, umat Islam masih lagi menganggap sekiranya tidak ada ayat yang tegas atau hadits yang eksplisit yang mengharamkan rokok, maka mereka masih menganggap rokok itu halal, atau makruh paling minima.

7. Ustaz Ahmad Sarwat , Konsultan eramuslim.com

Pada peringkat permulaan, tidak ada ulamak yang mengharamkan rokok. Mereka hanya memakruhkannya yang dasarnya amat berbeza dengan dasar pengharaman yang dibuat sekarang ini. Dahulu para ulamak hanya menganggap bau mulut perokok agak kurang sedap yang mengganggu orang lain semasa bergaul. Akibatnya si perokok kurang disukai dan dikatakan hukumnya makruh tahrim (makruh terlarang).

Sebahagian ulamak di negara kita yang menghisap rokok, bila ditanyakan tentang hukum rokok, mereka terus menjawab rokok itu tidak haram, tetapi hanya makruh sahaja.

Mengapa mereka menganggap demikian?

Mereka menganggapnya demikian kerana kajian secara jelas tentang nikotin dan zat beracun dalam sebatang rokok kurang jelas dan penelitian dan fakta belum ditemui ketika itu. Maka hukum rokok hanya sekedar makruh lantaran membuat mulut berbau busuk serta mengganggu pergaulan.

8. Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia (yang ke 37, Tahun 1995)

MFKM ke 37 memutuskan rokok adalah haram berdasarkan hujjah yang hamper sama dengan fatwa di atas, malah Majlis Fatwa Sedunia yang berpengkalan di Arab Saudi juga menghukum haram merokok atas maklumat terkini mengenai rokok.

Penelitian Terbaru

Seandainya para ulamak tersebut tidak hanya terpaku pada naskah lama dan mengikuti perkembangan terbaru di Negara umat Islam yang agak maju, sudah tentu pandangan mereka berubah 360 darjah. Apalagi bila mereka membaca penelitian terbaru tentang lebih 200 jenis racun berbahaya terdapat dalam sebatang rokok, sudah pasti mereka beubah pandangan dan bersetuju rokok mendatangkan mudarat yang amat besar kepada penghisapnya dan orang di sekeliling. Malah mereka akan bersetuju dan menerima rokok bukan sekadar makruh akibat bau busuk mulut perokok tetapi haram, lantaran ia telah banyak meragut manusia. Statistik menunjukkan kadar kematian disebabkan menghisap rokok lebih tinggi daripada akibat peperangan dan kemalangan jalanraya.

Badan kesihatan dunia WHO melaporkan di Amerika, sekitar 346 ribu orang meninggal setiap tahun disebabkan rokok, dan tidak kurang dari 90% daripada 660 orang yang terkena penyakit kanser di salah satu rumah sakit Shanghai di Cina disebabkan rokok.

Penelitian juga menyebutkan 20 batang rokok sehari akan menyebabkan berkurangnya 15% hemoglobin, yakni zat asasi pembentuk darah merah.

Seandainya para ulamak mengetahui penelitian terakhir tentang rokok mengandungi lebih kurang 4.000 elemen-elemen dan setidaknya 200 di antaranya dinyatakan berbahaya bagi kesihatan, pastilah pandangan mereka akan berubah.

Racun utama pada rokok adalah tar, nikotin dan karbon monoksida. Tar adalah bahan hidrokarbon yang bersifat lekit dan melekat pada paru-paru. Nikotin adalah zat adiktif yang mempengaruhi saraf dan peredaran darah. Zat ini bersifat karsinogen dan mampu menyebabkan kanser paru-paru yang mematikan. Karbon monoksida adalah zat yang mengikat hemoglobin dalam darah, membuat darah tidak mampu mengikat oksigen.

Kesan racun pada rokok ini membuat penghisap asap rokok mengalami risiko 14 kali lebih besar kemungkinan terkena kanser paru-paru, mulut, dan tenggorokan berbanding mereka yang tidak merokok.

Perokok juga berkemungkinan 4 kali lebih besar untuk terkena kanser esophagus dari mereka yang tidak menghisapnya. Di samping mereka juga berisiko 2 kali lebih besar untuk terkena serangan jantung berbanding dengan yang tidak merokok.

Rokok juga meningkatkan risiko keparahan bagi penderita pneumonia dan jantung gagal serta tekanan darah tinggi. Menggunakan rokok dengan kadar nikotin rendah tidak akan membantu, kerana perokok cenderung menyedut asap rokok secara lebih keras, lebih dalam, dan lebih lama untuk mengikuti keenakan zat adiktif.

Tidak ada seorang pun yang menyangkal semua fakta di atas, kerana ia hasil penelitian ilmiah. Bahkan pengusaha rokok pun mengiakan hal tersebut, dan menuliskan pada kotak rokok amaran begini: MEROKOK MEMBAHAYAKAN KESIHATAN.

Kalau pengeluar rokok sendiri sudah menyatakan bahaya produknya berbahaya dan mendatangkan penyakit, bagaimana mungkin perokok masih mau mengingkarinya?

Walau pun hampir jumhur para ulamak menghukumkan rokok sebagai haram ada ulamak yang menghukumkan harus dan memperincikan hokum tetapi tidak mewakili pandangan ulamak ramai. Di samping itu mereka juga kekurangan maklumat tentang kandungan rokok dan kesan kesihatan yang serius kepada perokok dan orang di sekeliling.

Secara ringkas diperturunkan pendirian beberapa ulamak terkemuka mengenai kedudukan rokok dalam Islam:-

1. Dr. Yusof al-Qardhawi lebih cenderung kepada hukum haram merokok.

2. Para ulamak Hijaz juga cenderung kepada hukum haram merokok.

3. Syeikh Mahmud Syaltut cenderung kepada hukum haram merokok.

4. Syeikh Abu Sahal Muhamad bin al-War17;izh al-Hanafi condong kepada hukum
makruh.

5. Syeikh Abdul Ghani al-Nabilisi mengatakan Harus.

6. Syeikh Athiyah Saqr condong kepada pendapat yang memperincikan hukum

HIKMAT 7 AYAT

Barang siapa mengamalkan tujuh kalimat ini, ia terpandang mulia di sisi Allah swt dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak buih air di lautan.

1. Mengucap "Bismillah"... pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.
2. Mengucap "Alhamdulillah"... pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.
3. Mengucap "Astagfirullah" jika lidah tersilap perkataan yang tidak patut dilafazkan.
4. Mengucap "Insya Allah"... jika merancang hendak berbuat sesuatu di hari esok atau masa akan datang.
5. Mengucap "La haula wala kuwwata illa billah"... jika menghadapi sesuatu yang tak disukai atau tak diingini.
6. Mengucap "Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun"... jika menghadapi atau menerima sesuatu musibah.
7. Mengucap "La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah"... sepanjang siang dan malam sehingga tak terpisah dari lidahnya.

Insya Allah, mari membiasakan lidah dengan kalimah2 thoiyyibah ini.. mudah2an kita sama2 beroleh manfaatnya.

HIKMAH MENINGGALKAN CAKAP BOHONG

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Luqman Hakim, menceritakan pada suatu hari ada seorang telah datang berjumpa dengan Rasulullah S.A.W. kerana hendak memeluk agama Islam. Sesudah mengucapkan dua kalimah syahadat, lelaki itu lalu berkata :
"Ya Rasulullah. Sebenarnya hamba ini selalu sahaja berbuat dosa dan payah hendak meninggalkannya." Maka Rasulullah menjawab : "Mahukah engkau berjanji bahawa engkau sanggup meninggalkan cakap bohong?"
"Ya, saya berjanji" jawab lelaki itu singkat. Selepas itu, dia pun pulanglah ke rumahnya.

Menurut riwayat, sebelum lelaki itu memeluk agama Islam, dia sangat terkenal sebagai seorang yang jahat. Kegemarannya hanyalah mencuri, berjudi dan meminum minuman keras. Maka setelah dia memeluk agama Islam, dia sedaya upaya untuk meninggalkan segala keburukan itu. Sebab itulah dia meminta nasihat dari Rasulullah S.A.W.
Dalam perjalanan pulang dari menemui Rasulullah S.A.W. lelaki itu berkata di dalam hatinya :
"Berat juga aku hendak meninggalkan apa yang dikehendaki oleh Rasulullah itu."

Maka setiap kali hatinya terdorong untk berbuat jahat, hati kecilnya terus mengejek.
"Berani engkau berbuat jahat. Apakah jawapan kamu nanti apabila ditanya oleh Rasulullah. Sanggupkah engkau berbohong kepadanya" bisik hati kecil. Setiap kali dia berniat hendak berbuat jahat, maka dia teringat segala pesan Rasulullah S.A.W. dan setiap kali pulalah hatinya berkata :
"Kalau aku berbohong kepada Rasulullah bererti aku telah mengkhianati janjiku padanya. Sebaliknya jika aku bercakap benar bererti aku akan menerima hukuman sebagai orang Islam. Oh Tuhan....sesungguhnya di dalam pesanan Rasulullah itu terkandung sebuah hikmah yang sangat berharga."

Setelah dia berjuang dengan hawa nafsunya itu, akhirnya lelaki itu berjaya di dalam perjuangannya menentang kehendak nalurinya. Menurut hadis itu lagi, sejak dari hari itu bermula babak baru dalam hidupnya. Dia telah berhijrah dari kejahatan kepada kemuliaan hidup seperti yang digariskan oleh Rasulullah S.A.W. Hingga ke akhirnya dia telah berubah menjadi mukmin yang soleh dan mulia.

Hikmah disebalik dugaan

Gagal sekali bukan bermakna gagal buat selama-lamanya. Setiap dugaan yang menimpa manusia bukanlah hukuman dari Tuhan semata-mata. Di sebalik apa yang berlaku pasti ada hikmahnya.
Banyak kegagalan yang menimpa manusia tetapi kurang yang memikirkan musibah yang datang itu merupakan rahmat dan tanda kasih sayang Allah kepada hambaNya. Ada manusia yang kaya dengan harta tapi akhirnya harta dan kekayaan yang ada hilang sekelip mata sahaja. Seorang peniaga mengalami kerugian berjuta-juta dalam perniagaan dan akhirnya jatuh muflis. Lain pula seorang isteri yang menjaga dan mengasuh anak-anak dengan didikan agama sedari kecil lagi tetapi apabila anak-anak telah dewasa, semuanya lupa dan mengabaikan tanggungjawab kepada ibubapa. Sesetengah orang akan menganggap keadaan ini disebabkan kegagalan ibubapa mendidik anak-anak. Berbeza pula keadaan remaja yang hangat bercinta sehingga bertahun-tahun lamanya, lama kelamaan cinta yang mekar ditaman pudar dan hilang sebelum sampai masa mendirikan rumahtangga bahagia. Sehinggakan cinta yang tidak kesampaian membuatkan masing-masing kecewa. Seorang pelajar pintar dan sentiasa mendapat kedudukan teratas dalam kelas, bila tiba masa keputusan peperiksaan diumumkan, pelajar tersebut hanya lulus dan tidak cemerlang seperti rakan-rakan yang lain. Adakah setiap kegagalan ini merupakan takdir yang sahaja ditimpakan oleh Allah Swt untuk manusia?

Sedar atau tidak, sebenarnya setiap yang berlaku keatas makhluk di muka bumi ini adalah dari Allah Swt Yang Maha Mengetahui akan setiap sesuatu. Sebagaimana dalam Surah al-Baqarah ayat 29 yang bermaksud :

“Dia lah (Allah) Yang menjadikan untuk kamu Segala yang ada di bumi, kemudian ia menuju dengan kehendakNya ke arah (bahan-bahan) langit, lalu dijadikannya tujuh langit dengan sempurna; dan ia Maha mengetahui akan tiap-tiap sesuatu”

Apabila ditimpa musibah atau dugaan yang berat, manusia sering kali menyalahkan takdir. Hati mula berbisik dan mengeluh ”mengapa aku jadi begini?”, kenapa Tuhan uji aku dengan ujian yang berat sekali?” dan terjadi juga persoalan di hati kecil manusia sambil berkata ”Tuhan tidak adil..”. Bukankah ungkapan itu menunjukkan kita tidak menerima qadha dan qadar Tuhan. Telah dinyatakan dengan jelas dalam kalimah Allah bahawa setiap sesuatu itu adalah atas ketentuanNya. Kegagalan yang menimpa manusia bukanlah penamat dan pengakhiran kehidupan di dunia ini. Ini juga bukan bermakna tidak ada jalan lain untuk kita berusaha dan memperbaiki kegagalan yang lepas. Menangisi kegagalan dan kesusahan hidup tidak akan menyelesaikan apa-apa. Keyakinan dalam diri bahawa di hadapan sana pasti ada sinar baru akan menyerlah menjadikan hidup lebih bahagia dan pasti tabah menghadapi dugaan yang tiba. Mengalah dan terus mengalah akan menjadikan diri tidak tahan dengan ujian. Percayalah, kita mampu menghadapinya sebagaimana firman Allah SWT dalam surah Surah Al-Baqarah ayat 286 yang bermaksud "Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." Kegagalan bukan untuk ditangisi selamanya, kalimah Allah sentiasa memberi kelapangan pada hati dan fikiran malah memberi semangat untuk terus tabah. Dalam ayat yang lain "Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yg beriman." - Surah Al-Imran ayat 139.
Tidak kah kita terfikir bagaimana umat yang terdahulu diuji dengan ujian yang berat sekali. Sebagaimana Rasulullah SAW sendiri diuji dengan pelbagai ujian, dengan berhadapan kaumnya yang tidak mahu beriman. Walaupun pelbagai rintangan semasa menyebarkan dakwah di Mekah namun semangat yang kental untuk agama Islam diteruskan juga untuk berdakwah ke Madinah. Bukan sekali dua Nabi SAW diuji bahkan sepanjang hidupnya Baginda diuji dengan kematian ibu bapanya, isteri yang trcinta, kematian datuk dan juga bapa saudaranya. Namun Rasulullah SAW tetap meneruskan hidup dengan penuh kesabaran. Kesenangan dan kejayaan bukanlah dikecapi hanya dengan sekelip mata sahaja tetapi ia memerlukan pengorbanan yang tinggi. Untuk mencapai sesuatu bukan hanya berjalan, berlari malah terpaksa merangkak demi untuk mendapatkan sesuatu yang terbaik dalam hidup. Namun bukan semua yang diharapkan adalah indah belaka. Ada benda yang kita harapkan dari sesuatu untuk kebaikan diri kita tetapi Allah berikan ujian sebaliknya. Hati mula gelisah, jiwa menjadi tidak tenang, fikiran mula berkecamuk memikirkan nasib yang menimpa diri. Persoalan demi persoalan bermain difikiran mengapa aku tidak dapat apa yang aku idam-idamkan selama ini? Beginilah realitinya manusia yang tidak pernah puas dengan apa yang dimiliki. Janganlah membenci akan sesuatu yang telah Tuhan berikan kepada kita malah sepatutnya manusia harus bersyukur dengan nikmat yang dilimpahkan kepada mereka. Dalam Surah Al-Baqarah ayat 216 Allah telah menjelaskan “"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."

Sebenarnya hakikat ujian dan musibah bukanlah sengaja ditimpakan Allah SWT kepada manusia. Disebalik ujian pasti ada hikmahnya. Ujian dan musibah yang datang adalah untuk melihat kesungguhan dan kesabaran seseorang. Sebagaimana firman Allah yang bermaksud : “Dan demi sesungguhnya! Kami tetap menguji kamu (Wahai orang-orang yang mengaku beriman) sehingga ternyata pengetahuan Kami tentang adanya orang-orang yang berjuang dari kalangan kamu dan orang-orang yang sabar (dalam menjalankan perintah kami); dan (sehingga) Kami dapat mengesahkan (benar atau tidaknya) berita-berita tentang keadaan kamu” (Surah Muhammad :31)
Sifat sabar merupakan sifat mukmin sejati. Setelah ujian melanda seharusnya seorang manusia yang beriman pasti akan menerima ujian itu dengan penuh kesabaran. Bagi orang-orang yang soleh akan sabar dan tetap istiqamah dan juga bertawakal kepada Allah SWT. Allah juga menyuruh agar kita bersabar dengan ujian dan musibah sebagaimana perintahNya “Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).(Surah Al-Imran ayat 200)

Sentiasa bermuhasabah diri akan menambah keimanan dalam diri setiap insan yang ingin merenung dan berfikir tentang kehidupan. Apabila ditimpa ujian atau musibah mereka akan berfikir bahawa ujian yang datang itu merupakan peringatan daripada Allah SWT agar manusia kembali ke jalan yang benar dan sentiasa memperbaiki diri. Kebaikan yang dilakukan bukan hanya akan mendapat ganjaran di dunia bahkan di akhirat jua. "Sesungguhnya Allah telah membeli dr orang-orang mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... .(-Surah At-Taubah ayat 111). Sabar tidak hanya merupakan cara yang paling tepat untuk menghadapi segala macam ujian dan cubaan, tetapi sikap sabar juga akan mendapat perlindungan dari Allah SWT. Ini kerana Allah sentiasa bersama dengan orang-orang yang berlaku sabar.

Ketika ujian melanda diri , kepada Allah jua lah tempat memohon dan mengharap. Semakin dekat padaNya jiwa akan bertambah tenang dan dapat menjalani kehidupan ini dengan bahagia. Sebagaimana ayat al-Quran yang bermaksud "Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dariNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." (Surah At-Taubah ayat 129). Mukmin yang sejati tidak akan berputus asa daripada ujian dan musibah yang menimpa dirinya. Malah Allah menyuruh umat Islam bangun dan terus berusaha gigih sebagaimana Surah Yusuf ayat 12 yang bermaksud "... ..dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."

Segala bencana ,ujian, penyakit, kesusahan atau kerunsingan yang menimpa tubuh badan atau akal fikiran seseorang mukmin adalah menjadi "Kaffarah" (penghapus) kekotoran dosa dan kesalahan orang yang ditimpa bencana itu. Sesiapa yang menyifatkan bala bencana yang menimpanya sebagai nikmat dan menerimanya dengan reda akan mendapat balasan pahala daripada Allah, selain terhapus kekotoran dosa dan kesalahannya. Umat manusia seharusnya bersyukur kerana setiap dugaan dan ujian itu merupakan rahmat dan kasih sayang dari Allah SWT. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya....

Hikmah angka dlm islam

ANGKA 1:
Istiqamah itu satu jalan .awalnya kemulian,pertngahan ya keselamatan, dan akhirnya adalah syurga yang menanti.

ANGKA 2:
Dua titisan yang sangat bernilai di hari akhirat .dapat memadamkan kepanasan api di padang mahsyar :
1)Air mata orang yang menangis {bertaubat kepada Allah}terutama d malam hari.
2)Darah para syuhada d medan jihad fisabilillah.

ANGKA 3:
Tiga perkara yang menjadi kesukaan dan kebahagian hidup rasulullah SAW:
1)Bau-bauan yang harum{wangi}
2)Isteri yang solehah
3)Cahaya mataku d dalam sembahyang.

ANGKA 4:
Berkata Syaidina Ali karamullahuwajhah: Barangsiapa yang d berikan kepadanya empat perkara sesungguhnya dia telah d beri kebaikan dunia dan akhirat:
1)Sifat warak yang memeliharanya daripada apa yang d haramkan oleh Allah.
2)Dia hidup bersama masyarakat dengan akhlak yang penyantun.
3)Malu yang meneghnya dari kejahilan org2 jahil.
4)Juga isteri solehah yang membantunya dalam urusan dunia dan akhirat.

ANGKA 5:
Berkata seorang soleh:Ubat bagi hati itu ada pada lima perkara:
1)Membaca al-quran dengan tadabbur{ulang2}
2)Kosong perut.
3)Melakukan qiamullail.
4)Memohon ampun d waktu sahur.
5)Mendampingi orang2 soleh {ulamak}

ANGKA 6:
Enam cara2 menghindarkan dari iblis:
1)Bertaqwa kepada allah d mana sahaja.
2)Selalu meminta pertolongan daripada Allah.
3)Selalu berzikir dan berwirid.
4)Memperbaharui taubat.
5)Memperbnyakkan istighfar
6)Selalu meningkatkan dan memperkemaskan ibadah d samping asasnya ilmu yang bermanafaat.

ANGKA 7:
Tujuh anak-anak rasulullah SAW:
1)Qasim
2)Abdullah
3)Ibrahim
4)Zainab
5)Ruqaiyah
6)Fatimah
7)Umi kalsum

ANGKA 8:
Senjata2 perempuan yang boleh mendatangkan fitnah besar kepada islam dan umatnya:
1)Air mata
2)Merajuk dan suka bermanja -manja
3)Berhias diri dan bergaya
4)Berpura -pura sakit
5)Senyuman
6)Penipuan
7)Kata-kata yang manis
8)Mempertakuti bahawa ia akan lari.

ANGKA 9:
Bila taqwa tidak ada,maka para ulama akan dikuasai oleh sembilan nafsu-nafsu berikiut:
1)Sombong atau ego
2)Ujub dan riak
3)Hasad dengki
4)susah untuk menerima kbnaran dari orang lain
5)Ingin berlawan terutama sesama ulama
6)Gunakan ilmu sebagai alat untuk kepentingan dunia,pangkat, dan wang ringgit
7)Pemarah
8)Ingin d hormati {gila puji}
9)Kalau mampu akan hidup bermewah- mewah.

ANGKA 10:
Ada sepuluh macam orang yang mayatnya tidak busuk dan tidak reput d dalam kubur dan mereka
akan bangun ke padang mahsyar dgan tubuh yang asal dari kubur:
1)Para nabi dan rasul
2)Para ahli jihad{mujahid}
3)Para ahli ulama
4)Para syuhada
5)Huffazul quran
6)Imam atau pemimpin yang adil
7)Muazzin
8)Wanita yang mati kerana kelahiran{beranak}
9)Orang yang mati d bunuh atau dianiaya
10)Orang yang mati pada siang atau d malam jumaat....

Hidup Tanpa Wanita

Jangan katakan lelaki biasa, Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita.

Tanpa mereka, hati, fikiran dan perasaan lelaki akan resah. Masih mencari walaupun sudah ada segala-galanya. Apa lagi yang tidak ada di syurga,namun Nabi Adam a.s tetap rindukan Siti Hawa.

Kepada wanitalah lelaki memanggil ibu, isteri atau puteri.

Dijadikan mereka dari tulang rusuk yang bengkok untuk diluruskan oleh lelaki,tetapi kalau lelaki sendiri yang tak lurus, tak mungkin mampu nak meluruskan mereka. Tak lojik kayu yang bengkok menghasilkan bayang-bayang

yang lurus. Luruskanlah wanita dengan cara yang ditunjuk Allah, kerana mereka dicipta sebegitu rupa oleh-Nya. Didiklah mereka dengan panduan dariNya.

JANGAN CUBA JINAKKAN MEREKA DENGAN HARTA,

NANTI MEREKA SEMAKIN LIAR.

JANGAN HIBURKAN MEREKA DENGAN KECANTIKAN,

NANTI MEREKA SEMAKIN MENDERITA

Yang sementara itu tidak akan menyelesaikan masalah. Kenalkan

mereka kepada Allah, zat yang kekal, itulah suisnya.

AKAL SETIPIS RAMBUTNYA, TEBALKAN DENGAN ILMU.

HATI SEPARUH KACA, KUATKAN DENGAN IMAN.

PERASAAN SELEMBUT SUTERA, HIASILAH DENGAN AKHLAK.

Suburkanlah kerana dari situlah nanti mereka akan nampak

nilaian dan keadilan Tuhan. Akan terhibur dan bahagialah hati mereka, walaupun tidak jadi ratu cantik dunia, presiden, perdana menteri negara ataupun

women gladiator. Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan. Itu bukan diskriminasi Tuhan. Sebaliknya disitulah kasih sayang Tuhan, kerana rahim wanita yang lembut itulah yang mengandung-kan lelaki- lelaki waja : negarawan, karyawan, jutawan dan " wan-wan"

lain.Tidak akan lahir superman tanpa superwoman. Wanita yang lupa

hakikat kejadiannya, pasti tidak terhibur dan tidak menghiburkan. Tanpa

ilmu,iman dan akhlak, mereka bukan sahaja tidak boleh diluruskan bahkan

mereka pula membengkokkan.

LEBIH RAMAI LELAKI YANG DIROSAKKAN OLEH PEREMPUAN

DARIPADA PEREMPUAN YANG DIROSAKKAN OLEH LELAKI.

SEBODOH-b***h PEREMPUAN PUN BOLEH MENUNDUKKAN SEPANDAI-PANDAI LELAKI.

Itulah akibatnya apabila wanita tidak kenal tuhan. Mereka

tidak akan kenal diri mereka sendiri, apalagi mengenal lelaki. Kini bukan

saja ramai boss telah kehilangan secretary, bahkan anak pun akan kehilangan

ibu, suami kehilangan isteri dan bapa akan kehilangan puteri.

Bila wanita durhaka dunia akan huru-hara. Bila tulang rusuk

patah,rosaklah jantung, hati dan limpa.

Para lelaki pula jangan hanya mengharap ketaatan tetapi binalah kepimpinan. Pastikan sebelum memimpin wanita menuju Allah,

PIMPINLAH DIRI SENDIRI DAHULU KEPADANYA. Jinakkan diri dengan Allah, nescaya akan

jinaklah segala-galanya dibawah pimpinan kita.

JANGAN MENGHARAP ISTERI SEPERTI SITI FATIMAH,

KALAU PERIBADI BELUM LAGI SEPERTI SAYIDINA ALI.

Hidayat dan Kesyukuran yang Hilang di Hari Raya

Dalam bulan puasa amat dijaga perintah Allah SWT, solatnya, zakatnya, tawaduknya, percakapannya, pergaulannya, pandangannya dan setiap gerak-gerinya. Amat banyak dan lumayan hidayah yang telah berjaya dusahakan. Tetapi kenapa setelah bermulanya Syawal hidayah tersebut mula hilang sedikit demi sedikit? Adakah hidayah dalam bulan Ramadan tidak perlu dijaga hingga akhir hayat? Adakah tidak perlu mensyukuri nikmat ibadat dan taqwa yang diperolehi melalui madrasah Ramadan?

Amat meriah suasana hari raya di negara Malaysia. Amalan ziarah menziarahi saudara mara dan sahabat handai amat dititik beratkan. Selain itu, amalan sedekah melalui 'duit raya' dan bertukar kuih muih juga mewarnai fenomena hari raya. Alhamdulillah, amat banyak kebaikan dari hari raya.

Tetapi adakah hari raya yang dianugerahkan oleh Allah SWT untuk umat ini digunakan sebaik mungkin atau ianya disalahgunakan. Jawapannya ada dalam diri setiap umat Islam yang menyambut hari raya. Jawapan yang berbeza akan diberi oleh setiap mereka. Kenapa? Kerana setiap diri manusia ada kemahuan dan ada kefahaman tersendiri. Kehendak manusia tiada batasan. Oleh kerana itu, kehendak mereka menjawab juga tiada batasan. Sekiranya perkara ini tidak disistemkan maka akan berlaku perbezaan ketara di kalangan umat Islam dan akhirnya hari raya yang sepatutnya mampu membawa kesatuan umat menjadi punca perpecahan pendapat dan selisihnya rahmat.

Islam tidak membiarkan umatnya bertindak mengikut fikiran dan kehendak masing-masing. Bahkan Islam meletakkan garis panduan yang kukuh dan jelas dalam menunaikan sesuatu perkara dalam kehidupan. Sekiranya urusan dunia pun diajar oleh Islam cara pengurusannya, apatah lagi dengan urusan ibadat dan yang berkaitan dengan ibadat seperti berhari raya.

Ya benar, memang hari raya adalah termasuk dalam ibadat. Buktinya Allah SWT telah berfirman dalam surah al-Baqarah ayat 185 bahawa antara hikmah disyariatkan berpuasa ialah untuk bertakbir pada hari raya. Seterusnya, hadis pula menjelaskan tentang tempoh takbir dan lafaz sebutan takbir tersebut. Selain itu, oleh kerana hari raya adalah ibadat yang bersifat 'happy' dan 'bergembira' mengikut adab-adab syariah maka diharamkan berpuasa pada hari itu.

Hari raya Aidilfitri yang sebenar hanyalah pada 1 Syawal tetapi oleh kerana tempoh yang singkat tersebut tidak cukup untuk amalan ziarah menziarahi maka di Malaysia dan di beberapa negara lain menyambutnya berhari-hari bahkan mencecah hingga akhir bulan Syawal. Namun, hari raya yang dianggap ibadat hanyalah pada 1 Syawal.

Oleh kerana hari raya adalah ibadat maka sudah pasti mempunyai hikmah tersendiri dalam menggilap keimanan setiap Muslim. Diringkaskan di sini bahawa hikmah utama dalam hari raya ialah memuji-muji Allah dan merasakan kehebatanNya kerana telah memberi cahaya hidayat dan petunjuk kepada umat Islam. Seterusnya adalah untuk disyukuri anugerah Allah kepada umat islam. Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 185 menerangkan perkara ini:

Maksudnya: Bulan Ramadan yang telah diturunkan di dalamnya akan al-Quran sebagai petunjuk untuk manusia dan keterangan dari petunjuk tersebut serta pemisah (antara kebenaran dan kebatilan) maka sesiapa yang menyaksikannya daripada kalangan kamu maka berpuasalah dia dan sesiapa yang sakit atau dalam dalam perjalanan safar maka gantilah pada hari-hari selain (Ramadan), Allah inginkan kemudahan untuk kamu dan Dia tidak ingin menyusahkan kamu, (disyaritakan puasa Ramadhan) juga supaya kamu membesarkan Allah kerana Dia telah memberi petunjuk kepada kamu dan begitu juga supaya kamu bersyukur.

Di akhir ayat telah dijelaskan tentang hikmah hari raya. Pertama ialah untuk umat Islam membesarkan Allah SWT. Membesarkan Allah bukan kerana sudah bebas dari kekangan lapar di bulan Ramadan tetapi membesarkan Allah dan memuji-mujinya kerana telah memberi hidayah. Hidayah apa? Hidayah di sini terbahagi kepada dua iaitu hidayah atau petunjuk al-Quran yang Allah SWT telah turunkan, sama ada diterima oleh umat manusia atau tidak dan hidayah yang telah dianugerahkan kepada mana-mana individu yang dapat dinikmatinya.

Hikmah kedua ialah spaya umat Islam bersyukur atas nikmat-nikmat yang telah dikurniakan oleh Allah swt. Bukan nikmat dunia sahaja, bahkan yang paling utama ialah nikmat iman dan Islam.

Perkara yang hendak ditekankan di sini ialah hidayah dan syukur. Sifat sentiasa merasa penting untuk menjaga hidayah yang telah dikurniakah oleh Allah SWT dan sifat sentiasa mensyukuri nikmat Allah dari semasa ke semasa adalah yang ditekankan oleh ayat tersebut. dalam erti kata yang lain, umat Islam diperintah supaya sensitif dengan isu hidayah dan diperintah untuk mensyukuri anugerah hidayah itu dengan menjaga ketaatan kepada Allah SWT dan RasulNya SAW.

Setelah difahami ayat tersebut, marilah berfikir sejenak sejauh mana kesan hidayah dan ketaatan dari hari raya ini yang telah dapat kita hayati. Adakah hari raya lebih menjauhkan diri kita dari Allah atau lebih mendekatkan diri kita kepada Allah? Adakah dengan sebab menziarahi sanak saudara menyebabkan kita meninggalkan solat atau melambat-lambatkan solat? Adalah dengan sebab hari raya perkataan baik kita lebih banyak atau perkataan sia-sia yang lebih banyak? Adakah dengan sebab hari raya kita banyak bersedekah atau kita lebih banyak membazir? Setiap Muslim ada jawapan dalam diri masing-masing.

Artikel ini tidak ingin menyalahkan budaya berhari raya yang berlaku di Malaysia atau di mana-mana tetapi artikel ini hanya ingin mengajak pembaca untuk berfikir tentang hakikat hari raya yang sepatutnya, hikmah disyariatkan hari raya dan sejauh mana hari raya telah disalahgunakan kemudian berusaha untuk membaikinya.

Semoga Allah SWT memberi petunjuk hidayah kepada penulis dan pembaca serta seluruh umat Islam untuk benar-benar mencari hidayah dan kesyukuran yang telah banyak hilang dan dilupakan pada hari raya. Diriku bukan yang terbaik tetapi berusaha menuju ke arah itu bersama-sama umat. 1Umat 1Hidayat 1Matlamat.

Hidangan Restoran Hotel 5 Bintang - Halal Atau Haram?

Pada hari Ahad yang lepas, sekiranya anda mendengar siaran Radio 24 bersama Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) pada jam 2 pm, terdapat satu wawancara yang sangat menarik di antara Pengulas Radio 24, Tokki dan 2 orang Chef.

Isu ini begitu menarik sehinggakan saya terasa rugi jika tidak mendengar celoteh mereka walaupun hanya hendak bangun ke tandas. Isu kepenggunaan kali ini ialah tentang Halal atau Tidak Halal Makanan yang Dihidangkan di Hotel 5 bintang.

Seperti yang kita maklum, waktu orang Islam berpusu-pusu untuk makan di Hotel 5 bintang ialah ketika bulan Ramadhan. Bukan sahaja individu, malah syarikat-syarikat juga menjamu pekerja-pekerja dan pelanggan masing-masing di Jamuan Berbuka Puasa di Hotel 5 bintang. Maklumlah, Setelah penat dan lapar berpuasa pada siangnya, tentulah waktu untuk berbuka itu sewajarnya diiringi dengan juadah-juadah yang lazat dan sedap.

Tetapi jangan terkejut kerana hidangan anda di Restoran 5 Bintang itu belum tentu HALAL. Apa hukumnya puasa anda sekiranya berbuka dengan makanan yang Haram?

Yang menariknya di dalam program ini, 2 orang Chef telah bersama-sama menceriakan rancangan ini. Apa kata mereka?

Salah seorang Chef memberitahu, dari pengalamannya dahulu, di dalam retoran hotel 5 bintang yang menghidangkan buffet, terdapat 5 bahagian dapur masakan (Masakan Melayu, Masakan Barat, Masakan Cina.... tak ingat lagi dua). Setiap satu dapur diketuai seorang Chef yang dipanggil Eksekutif Chef. Di dalam buffet, setiap dapur akan memasak makanan tertentu untuk buffet tersebut. Resepi-resepi untuk makanan yang dimasak daripada setiap dapur adalah hak mutlak Eksekutif Chef. Ini bermakna tiada orang lain berhak memberi komen tentang resipi yang telah ditetapkan oleh Eksekutif Chef.

Eksekutif Chef ini terdiri daripada orang yang pakar dan ahli di dalam masakannya untuk menjaga kualiti makanan yang dihasilkan (5 bintang lah katakan...). Sekiranya Dapur Masakan Melayu tentulah eksekutif Chefnya adalah seorang Melayu. Sekiranya western maka pakarnya tentulah orang dari luar negara, begitu juga masakan cina dan lain lain.

Sesetengah Chef yang mungkin berasal dari luar negara mempunyai cara memasak mereka yang tersendiri. Jika mereka sudah biasa meletakkan arak di dalam makanan di luar negara, mereka pasti akan meletakkan Arak ketika memasak di dapur sini.

Salah seorang chef berkata, ketika beliau baru memulakan kerjayanya, beliau melihat bagaimana arak dituang di dalam sup bawang (onion soup) yang dimasak di Hotel 5 bintang ini. Chef itu juga berkata, di atas ruang rak tempat memasak sup-sup, berbaris berjenis-jenis botol arak bersama-sama dengan rencah-rencah lain untuk dibuat sup. Jika tidak silap saya, bukan sup sahaja makanan yang mengandungi arak.

Selain daripada Arak, ada yang lebih menarik lagi tentang pendedahan ini. Menurut chef tersebut, terdapat dua mesin pengisar daging di dapur tempat beliau bekerja. Satu bertulis "PORK" pada papan tanda berdekatan dan satu lagi bertulis "NON-PORK". Tapi dia amat kecut perut.. bila semua orang seperti tak nampak (atau buat-buat tak nampak) sahaja papan tanda itu... Kejap yang pork dimasukkan ke mesin yang ini, sekejap yang di sana... sehinggakan, beliau terpaksa mengangkat tanah dan air untuk mencuci mesin tersebut setiap kali habis bertugas. Yang memakan masakan itu pula ialah kita.

Pada kebiasaannya, sesetengah hotel mengasingkan pinggan yang digunakan untuk menghidangkan khinzir di satu tempat yang berasingan untuk dicuci.

Ini adalah kerana, pencuci pinggan dahulunya adalah di kalangan orang Islam. Tetapi menurut chef itu sekarang, pencuci pinggan adalah di kalangan orang Myanmar dan Bangladesh. Mereka bukannya tahu pinggan mana yang ada khinzir ataupun tidak. Untuk memudahkan kerja, semuanya dicampurkan sekali. Habis semuanya....

Chef itu juga ada bercerita tentang kek-kek yang dihidangkan yang mempunyai arak, contohnya tiramisu. Banyak juga dessert dan kek yang tidak halal dihidangkan.



Adakalanya, daging yang di grill, ayam-ayam atau makanan yang dibakar adalah halal. Begitu juga dengan makanan laut. Namun, Chef menasihatkan agar lebih berhati-hati dengan pelbagai sos atau pencicah yang disediakan bersama kerana ia dikhuatiri tidak halal.


Ada juga pada waktu waktu tertentu chef ini akan keluar dan melihat-lihat para pelanggan. Sekiranya beliau melihat orang Islam mendekati makanan-makanan yang tidak halal, maka dia akan mendekati mereka dan berbisik "Encik, makanan ni tidak halal...". Tapi tentulah banyak daripada masa mereka berada di dalam dapur. Jadi nasiblah kepada para pelanggan Islam yang lain sekiranya tidak sengaja menikmati makanan yang haram.

JAKIM telah memberi sijil Halal kepada 3 buah hotel sahaja tetapi sampai tamat program wawancara Radio 24 itu, saya tidak dapat menangkap nama Hotel 5 Bintang yang mana satu. D'Saji Felda telah diiktiraf Halal oleh JAKIM menurut Tokki (PPIM) cuma ia bukan nama Hotel 5 Bintang yang ingin saya dengar.

Saya berasa sangat terkesan di dalam hati apabila mendengar program ini dan pendedahan pengalaman-pengalam an daripada 2 orang Chef jemputan.

Salah seorangnya kini telah menjadi Ketua Chef untuk Tabung Haji dan salah seorang lagi bertugas sebagai pengurus di sebuah syarikat makanan.

Ia menjadi pengajaran kepada kita bahawa makanan yang nampak mahal dan sedap itu tidak semestinya memberi manfaat kepada kita.

Sekiranya anda tahu Hotel 5 Bintang yang diiktiraf Halal oleh JAKIM sila kongsikan kepada semua pembaca.

Hati-hati bila baca Al-Fatihah

Semoga boleh dimanfaatkan Al-Fatihah adalah
satu rukun dalam solat, apabila cacat bacaannya
maka rosaklah solat. Oleh itu perbaikilah
bacaannya dengan ilmu tajwid. Bukan setakat
bacaannya saja rosak malah kita menyebut nama
syaitan di dalam solat kita. Berikut diperturunkan
nama syaitan laknat yang wujud didalam Al-
Fatihah, sekiranya kita tidak berhati-hati.

Nama syaitan;

1. DU LI LAH (bila dibaca tiada sabdu) sepatutnya
DULILLAH

2. HIR ROB (bila dibaca dengan sabdu)
sepatutnya HI ROB

3. KIYYAU (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya
KI YAU

4. KANNAK (bila dibaca dengan sabdu)
sepatutnya KA NAK

5. KANNAS (bila dibaca dengan sabdu)
sepatutnya KA NAS

6) Iya (disebut tanpa sabdu) sepatutnya Iyya. Iya
bermaksud 'matahari'

Dalam ayat ke 5,jika salah bacaannya akan
bermaksud "kepada
mataharilah yang kami sembah dan kepada
matahari kami meminta pertolongan"!!!!

7) SIROTHOLLAZI............. sehingga habis
hendaklah dibaca tanpa
henti.

8) AMIN ................hendaklah mengaminkan Al-
Fatihah dengan betul iaitu AA......dua harakat,
MIN .... 3 harakat, semoga Amin kita
bersamaan dengan Amin malaikat ..... Insya-Allah.
semoga kita menjadi orang yang sentiasa
membaiki bacaannya.

Perhatian;

Sebarkan hukum Allah walaupun satu ayat
semoga kita mendapat
rahmatNya,

Hati Lembut Bukan Bermakna Lemah

ADA orang berbangga dengan kedudukan dan pangkatnya. Ada juga yang sombong dengan kekayaan, rumah besar dan kereta mewah. Mereka seolah-olah lupa bersyukur bahawa semua harta dan pangkat diperoleh adalah atas kehendak Allah.

Sehubungan itu, Allah mengingatkan kita supaya sentiasa merendah diri dan tidak berlagak sombong seperti dalam firman-Nya yang bermaksud: "Dan janganlah engkau berjalan di muka bumi dengan berlagak sombong, kerana engkau tidak mungkin dapat menebus bumi dan tidak mungkin menjangkau gunung dari segi ketinggian." - (Al-Isra' : 37).

Allah SWT berfirman lagi yang maksudnya: "Dan Allah SWT tidak suka orang yang sombong lagi membanggakan diri." - (Al-Hadid : 23).

Orang yang berbudi mulia dan tidak keras hati akan sentiasa memberi pertimbangan kepada keupayaan dan kebolehan orang lain dalam menjalankan kerja mereka. Ia banyak memberi maaf kepada kesalahan orang lain, tetapi sentiasa tegas dalam menjalankan kewajipan.

Hati yang lembut dan bertimbang rasa, tidak bermakna ia lemah dan lalai dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab, terutama tanggungjawabnya kepada Allah dan Rasul-Nya. Tabiat yang dimilikinya itu sentiasa diletakkan pada tempatnya dan ketegasannya juga disampaikan dalam keadaan yang tenang dan beradab sehingga ia dihormati dan disegani.

Lantaran hatinya yang lembut dan bertimbang rasa, ia suka bermusyawarah dan meminta pandangan orang yang sesuai dalam membuat sesuatu keputusan atau bagi mengambil tindakan yang besar.

Allah SWT berfirman yang maksudnya: "Jika kamu bersikap kasar dan keras hati, nescaya mereka lari daripada kamu. Maka berilah kemaafan kepada mereka dan mohonlah kemaafan Allah untuk mereka dan bermusyawarah dengan mereka dalam urusan hidup mereka. Dan apabila ditentukan keazaman, maka berserahlah kepada Allah."- (Ali Imran: 159).

Orang yang berbudi mulia akan sentiasa bercakap perkara yang baik mengenai orang lain dan tidak mendedahkan keburukan mereka. Bagaimanapun, ia tidak lupa untuk memberi nasihat secara langsung kepada teman dan sahabatnya yang melakukan kesalahan dan kesilapan.

Kelakuan orang lain dijadikan cermin untuk menyuluh dirinya. Sahabatnya dijadikan ukuran untuk menilai kelebihan dan kekurangan yang ada pada dirinya. Jika ada kelebihan pada dirinya, ia akan bersyukur dan sebaliknya jika terdapat kekurangan, ia cuba memperbaiki kelemahannya itu.

Sebagai contoh, menceritakan keburukan orang lain (mengumpat) adalah budi pekerti yang jahat dan buruk yang boleh menyebabkan pergaduhan dan menghilangkan rasa hormat antara sesama masyarakat.

Apabila hilang rasa saling hormat menghormati maka mudahlah berlaku ketegangan dalam masyarakat sekalipun disebabkan oleh faktor yang remeh-temeh. Oleh sebab itulah Allah mengharamkan mengumpat. Allah SWT berfirman yang maksudnya: "Dan janganlah kamu mengumpat antara satu dengan yang lain. Adakah antara kamu ada yang suka memakan daging mayat saudaranya, lalu ia membencinya." – (Al-Hujurat: 12).

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang menutup keaiban seseorang Muslim, Allah menutup keaibannya pada hari kiamat." (Muttafaq `Alaih)

Harta haram tidak bersih dengan zakat

DEWASA ini proses mencari rezeki amat luas. Kalau dahulu, IA mungkin setakat pertanian, penternakan Dan aktiviti ekonomi yang amat terbatas.

Namun dengan perkembangan zaman, manusia telah mampu meluaskan kaedah mencari rezeki termasuklah kaedah yang ditegah dalam hukum agama.

Ada tanggapan bahawa carilah rezeki Dan buatlah duit selagi mana mampu. Walaupun haram atau bertentangan dengan undang-undang negara, tetapi kalau pandai mengelak daripada dikenakan tindakan, apa salahnya. Ia bak kata pepatah ‘jikalau pandai makan, pandailah menyimpan’.

Oleh itu, Ada manusia yang sanggup makan rasuah, terlibat secara langsung dengan riba, menipu Dan bermacam kegiatan ekonomi yang salah. Akhirnya bagi ‘menghalalkan’ harta kekayaan itu, maka mereka berlumba-lumba berzakat, bersedekah, menderma Dan sebagainya.

Oleh itu, Islam sebenarnya meletakkan had-had tertentu dalam mencari harta. Antara prinsip Islam dalam bab mencari harta ialah :

1. Tidak terlibat dengan aktiviti ekonomi yang haram seperti arak, judi, khinzir Dan seumpamanya.

2. Tidak wujud unsur penipuan. Umpamanya peniaga yang mengurangkan timbangan di mana zahirnya sekilogram tetapi hakikatnya hanya 900 gram sahaja. Walaupun berniaga kerja yang mulia, tetapi akhlak menipu akhlak yang hina.

3. Tidak terlibat dengan rasuah. Rasuah adalah satu jenayah yang serius. Negara tidak akan maju selagi rakyatnya masih mengamalkan rasuah.

Apabila prinsip ini dipatuhi, maka harta yang dikumpul akan menjadi halal Dan berkat. Setiap suapan untuk diri Dan anak-anak adalah rezeki yang berkat.

Tanggapan bahawa zakat, sedekah Dan derma boleh ‘menghalal’ Dan membersihkan harta yang haram adalah jauh menyeleweng daripada wahyu Quran Dan petunjuk Nabi s.a.w. Memang dalam Islam, umatnya disuruh mencari harta kekayaan. Dengan adanya harta kekayaan, umat Islam akan menjadi umat yang kuat. Kefarduan zakat yang seringkali disebut dalam al-Quran Dan sunah sebenarnya adalah kesinambungan daripada kaya harta.

Dalam masalah ini, Cuba renungi Dan hayati sabda Nabi s.a.w. Dalam riwayat Ibnu Khuzaimah yang bermaksud: Sesiapa yang mengumpulkan harta daripada (sumber) yang haram, kemudian bersedekah dengannya, maka tiadalah baginya pahala padanya Dan ke atasnya pula dosa.

Jelas lagi bahawa amalan baik seperti zakat Dan sedekah mestilah daripada harta yang halal. Dalam hadis ini telah jelas bahawa tiada pahala bagi amalan sedemikian bahkan baginya dosa. Jauh sekali untuk ditafsirkan bahawa IA dapat membersihkan harta yang haram.

Bukankah Nabi s.a.w. Bersabda sebagaimana dalam riwayat Muslim maksudnya: Sesungguhnya Allah itu baik (toyyib), Dan Allah tidak menerima melainkan yang baik.

Alangkah indahnya kata orang bijak pandai bahawa orang yang Cuba membersihkan hartanya yang haram dengan zakat, sedekah Dan derma seumpama orang yang membersihkan kotoran dengan air kencing. Adakah kotoran itu makin hilang? Kotoran tidak akan hilang kerana air yang membersihkannya bukanlah air yang bersih atau bukan air mutlak. Kotoran mungkin juga hilang tetapi Kita menambahkan lagi kotoran dengan air kencing tersebut.

Dalam hadis riwayat Ibnu Khuzaimah, jelas bahawa tidak sepatutnya pemilik harta yang haram berzakat. Zakatnya tidak akan diberi pahala, bahkan mungkin Ada dosa yang perlu ditanggungnya.

Namun melihat kepada aspek yang lain, sewajarnya pihak berkuasa tidak lepas tangan sahaja terhadap harta begini. Zakat adalah penting khususnya bagi membantu golongan fakir miskin serta golongan yang memerlukan bantuan. Jika golongan kaya begini dibiarkan sahaja, berapakah nilai harta yang sepatutnya dimanfaatkan oleh golongan daif terbiar begitu sahaja.

Walaupun hadis menyebut pemilik harta yang haram yang mengeluar sedekah tidak mendapat pahala, tetapi tidak nyata di sana bahawa haram diambil zakatnya atau sedekahnya.

Oleh itu, mungkin boleh diikhtiarkan agar Ada sedikit terpaksa supaya pemilik harta yang haram ini perlu juga membayar zakat.

Seandainya Ada kaedah agar harta yang tidak halal ini diambil oleh pihak berkuasa. Pemiliknya tidaklah berderma atau bersedekah dengan harta yang haram, tetapi sekadar memudahkan cara demi kemaslahatan umat Islam. Ini boleh difahami daripada duit hasil riba yang haram. Apabila duit itu haram, maka sudah tentulah haram atas pemiliknya menggunakan untuk tujuan peribadi.

Kalau duit haram itu dibiarkan sahaja, maka IA merupakan harta terbiar yang membazir. Jika begitu, mengapa tidak difikirkan kaedah sesuai agar harta haram bagi pemiliknya dapat dimanfaatkan untuk maslahat umum.

Kenapakah harta itu boleh digunakan untuk kepentingan umum sedangkan IA asalnya harta yang haram? Sebenarnya harta itu haram bagi pemiliknya sahaja. Contohnya, harta hasil judi, riba Dan sebagainya. Namun bagi orang lain lebih-lebih lagi untuk kepentingan umum, IA bukanlah haram. Ini mungkin dapat difahami daripada sepotong hadis riwayat Muslim di mana Anas bin Malik r.a. Menceritakan bahawa Barirah r.a. Menghadiahkan kepada Nabi s.a.w. Daging yang disedekahkan kepadanya. Nabi s.a.w. Bersabda: “Bahawa daging itu adalah sedekah bagi Barirah Dan hadiah bagi kami.”

Jelas bahawa walaupun sedekah haram kepada Nabi s.a.w., namun daging sedekah itu bertukar sifatnya daripada sedekah kepada hadiah. Manakala hadiah adalah halal bagi Nabi s.a.w.

Namun, sekali ditegaskan bahawa harta yang haram tidak akan bersih Dan halal dengan zakat Dan sedekah. Oleh itu, carilah rezeki yang halal.

Harimau, 2 Buaya, 2 Tikus & Lebah

Ada seorang hamba Allah ni, dia pergilah bersiar-siar di tepi hutan.
Sedang dia menghirup udara rimba yg segar tu, tetiba dia terdengar satu
bunyi.. jeng!jeng!jeng!.. bunyi.... aauuummmmm!!! Bunyi harimau yg kelaparan
dan hanya menunggu mangsanya saja.

Jadi, si hamba Allah ni pun lari untuk menyelamatkan diri. Harimau tu kejar
hamba Allah ni. Sebab dia dah lapar sangat ni. Harimau tu pun kejar, kejar,
kejar dan kejar. Hamba Allah ni punyalah takut, berlari lintang pukang.
Sempat juga dia berdoa agar dia diselamatkan daripada dibaham dek harimau
tadi.

Dengan kuasa Allah diperlihatkan sebuah perigi di depan mata nya. Jadi untuk
menyelamatkan diri si hamba Allah ni pun terjunlah ke dalam perigi. Perigi
tu ada tali dan sebuah timba. Si hamba Allah ni bergayut pada tali tu. Tali
tu pendek jer. Jadi dia bergantungan di tengah-tengah perigi.

Di mulut perigi, harimau yg lapar tu menunggunya. Si hamba Allah ni pun
berfikirlah macam mana nak menyelamatkan diri, sambil berdoa kepada Allah
agar dia diselamatkan. Tengah dok berfikir camner nak selamat, tetiba dengar
bunyi kocakan air di bawah perigi.

Aaaaa!!!!... Ya Allah..... lagilah seram dibuatnya. Nak tahu ada apa kat
bawah tu? Ada 2 ekor buaya yg kelaparan. Apalah nasib. Dah jatuh ditimpa
tangga. lagilah takut si hamba Allah ni. Atas ada harimau bawah ada buaya.
Semakin risau dan takut.

Tengah berfikir untuk mencari jalan keluar, tetiba keluar seekor tikus putih
dari lubang celah-celah perigi, naik ke atas ikut tali yg hamba Allah tu
bergayut. Sampai kat atas tikus tu gigit tali tu pulak. Cis, kurang ajar
punya tikus. Alahhhh... cam ner ni. Pas tu, keluar lagi seekor tikus yg
berwarna hitam. Naik mengikut tali tadi, cit!cit! cit!cit! sampai kat
atas.Tikus hitam ni pun gigit juga tali tu. Cis, lagi satu. Macam mana aku
nak buat ni... habislah jadi mangsa buaya
..
Berfikir lagi. Kalau naik kat atas makan dek harimau. Kalau tunggu tali
putus dan jatuh ke bawah makan dek buaya. Macam mana nih... Sedang hamba
Allah tu berfikir cam ner nak selamatkan dirinya, tetiba.... terdengar satu
bunyi.... uuuuuuuuuuuuu... Bunyi lebah bawa madu.
Si hamba Allah ni pun mendongak ke langit, melihat lebah yg sedang bawa
madu. Tetiba setitik madu terjatuh dan terus masuk ke dalam mulut si hamba
Allah ni tadi. Punyalah nikmat sehingga tidak terkata.
Hamba Allah tu kata, "Fuh manisnya madu ni , tak pernah ku rasa manisnya ni.
Sedapnya. Subhanallah sungguh sedap ni." kerana setitik madu si hamba Allah
tu lupa pada harimau yg sedang menantinya di mulut perigi dan buaya yg
menantinya di bawah

Kalau semua nak tahu ...

si Hamba Allah itu adalah kita semua. Harimau yg mengejar tu adalah maut
kita, ajal memang sentiasa mengejar kita, so beringat-ingatlah. 2 ekor
buaya itu adalah malaikat Munkar Dan Nakir yg menanti kita di alam kubur
nanti.
Tali yg tempat di hamba bergayut tadi adalah jangka hayat kita kalau pendek
talinya maka panjanglah umur kita dan kalau panjang talinya maka pendeklah
umur kita.
Tikus Putih dan Hitam tu adalah dunia kita siang dan juga malam yang
sentiasa menghakis umur kita. Kan tikus tu gigit tali tu.
Madu... madu yg jatuh setitik ke dalam mulut hamba itu tadi adalah nikmat
dunia. Bayangkan setitik saja madu tu jatuh ke dalam mulutnya, dia lupa pada
harimau dan buaya tu. Macam kitalah bila dapat nikmat sikit lupa pada Allah.
Waktu susah baru la nak ingat Allah. Astaghfirullah...

1 minit untuk mengingati Allah

Step 1:
Sebutlah dengan sepenuh hati dan lidah yang fasih akan:
*SUBHANA'LLAH
*ALHAMDULI'LLAH
*LA I LAHA ILLA'LLAH
*ALLAHU AKBAR
*ASTAGHFIRU'LLAH
*LA ILAHA ILLALLAH, MUHAMMADUR RASULULLAH
*ALLAHUMMA SALLI WA SALLIM WABARIK 'ALA SAYYIDINA MUHAMMAD WA AALIHI WA
SAHBIH AJMA'IN

Step 2:
Hayatilah sedalam-dalamnya akan makna ayat demi ayat, perkataan demi perkataan..

Hari-hari Dalam Islam

Sahabat-sahabat Nabi SAW telah bertanya akan hari-hari yang tujuh, Sabda Nabi,

JUMAAT
Hari Jumaat adalah hari yang baik untuk mengadakan perhubungan dan pernikahan.

SABTU
Hari Sabtu adalah di namakan sebagai hari tipu daya, kerana pada hari itu orang-orang kafir Quraish telah mengadakan tipu daya pada perjanjian Darrun Nadwah.

AHAD
Hari Ahad adalah hari yang baik untuk bertanam dan membuat binaan, kerana pada hari Ahad Allah memulakan menciptakan dunia dan membangunnya.

Isnin
Hari Isnin adalah hari yang baik untuk musafir dan untuk berniaga, kerana bahawasanya pada hari Isnin Nabi Syith telah musafir dalam urusan perniagaan dan beliau banyak mendapatkan keuntungan dari perniagaannya.

Selasa
Hari Selasa adalah hari berdarah, kerana pada hari itu, bermulanya Siti Hawa berhaid, dan pada hari itu pula mula-mula terjadinya pembunuhan anak Nabi Adam iaitu Qabil membunuh Habil.

Rabu
Hari Rabu adalah hari kebinasaan yang berkekalan, kerana pada hari itu Allah SWT menenggelamkan Fir'aun bersama kaumnya. Kaum Samud dan kaum 'Ad yang mereka itu adalah kaum Nabi Saleh, juga di binasakan oleh Allah pada hari Rabu.

Khamis
Hari Khamis adalah hari yang baik untuk menuntut sekalian hajat, kerana bahawasanya Nabi Ibrahim AS pergi ke istana raja Mesir, maka raja Mesir menunaikan hajatnya dan mengembalikan isterinya Siti Sarah.

HARAM percayakan HOROSKOP!

Semoga dengan Maklumat ini dapat memperbetulkan minda, dan memberi kefahaman kepada anda tentang ramalan horoskop di dalam laman blog ini. saya tidak ingin melihat terutama orang islam lalai dengan artikel2 horoskop, zodiak didalam ini. Kerana mempercayai adalah syirik. Artikel berkaitan horoskop didalam blog ini hanyalah sebagai hiburan dan dari hasil penyelidikkan kekerapan berlaku dan hanyalah kebetulan ke atas manusia.
Mereka percaya apa yang diterangkan daripada bintang malah kadangkala taksub dan menganggap apa yang diberitahu itu benar walaupun ia hanyalah kebetulan.
Apakah pandangan Islam terhadap ramalan bintang horoskop?

Ada orang berkata mengapa tidak boleh mempercayai bintang horoskop sedangkan orang dahulu juga mempercayai bintang termasuk menentukan waktu dan arah perjalanan?
Penolong Pengarah Institut Latihan Islam Malaysia (Ilim), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Zamihan Mat Zin, berkata mempercayai ramalan bintang horoskop adalah haram bahkan sebarang ramalan lain juga adalah haram.

Menurutnya, kepercayaan seperti itu termasuk dalam hukum bertenung nasib yang diharamkan dalam Islam, seperti ditegaskan pada ayat 90, surah al-Maidah.
"Wahai orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, judi, pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang anak panah adalah perbuatan keji dari perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya."

Horoskop atau ramalan zodiak adalah carta atau diagram yang menunjukkan kedudukan relatif objek langit seperti matahari, bulan dan planet.
Perkataan horoskop berasal daripada bahasa Yunani yang bermaksud 'melihat jam.' Untuk memperoleh horoskop seseorang, tempat, hari dan tarikh lahir orang itu mesti diketahui.

Tarikh itu pula akan jatuh pada satu daripada 12 lambang zodiak yang sedia ada iaitu Aries, Taurus, Gemini, Cancer, Leo, Virgo, Libra, Scorpio, Sagitarius, Capricorn, Aquarius dan Pisces.

Menurut ilmu astrologi, ramalan nasib berdasarkan bintang, setiap zodiak itu mempunyai keperibadiannya yang tersendiri dan nasib setiap orang berdasarkan kepada zodiak serta kedudukan matahari, bulan dan planet pada hari itu. Ilmu astrologi dahulunya di Barat adalah satu disiplin bersama ilmu astronomi, namun sejak kurun ke-18, ilmu terbabit menjadi dua disiplin berbeza.
Ilmu astrologi adalah ramalan berdasarkan bintang, manakala astronomi ialah bidang kaji bintang dan angkasa raya atau ilmu falak.

Zamihan berkata, ilmu ramalan bintang atau astrologi dan ilmu kaji bintang atau astronomi adalah dua subjek berbeza dan perbezaan ini perlu difahami dengan sebaik-baiknya supaya tidak nanti timbul kekeliruan.
"Dalam ilmu mengkaji bintang atau disebut juga ilmu falak ia dijadikan sandaran untuk mengenali komposisi kita, contohnya menentukan waktu solat, kita melihat kepada longitud dan latitudnya, apakah sudah waktu Isya atau Subuh.

"Sama juga apabila berlayar di lautan, pelayar akan melihat bintang di langit, berdasarkan kerlipan atau kedudukan bintang memberikan panduan kepada mereka untuk menentukan arah pelayaran dan tiba ke destinasi ditujui," katanya.
Beliau berkata, ramalan horoskop pula ialah merujuk kepada bintang dan dengan ramalan itu mempercayai dapat memberikan penyebab kepada kehidupan seseorang sama ada kebaikan atau keburukan seseorang.
"Mempercayainya seperti seorang dilahirkan dalam bulan sekian membawa kebaikan atau keburukan adalah jelas haram kerana ia termasuk perkara karut dan khurafat.
"Dalam Islam, melahirkan atau dilahirkan dalam bulan dan hari apa sekalipun tidak memberikan kebaikan atau keburukan, cuma dalam Islam ada dibincangkan keistimewaan hari dan bulan tertentu.

"Tetapi mempercayai tarikh, waktu atau bulan tertentu memberikan kebaikan, keuntungan, kerugian atau keburukan adalah bertentangan dengan ajaran Islam.
"Ini kerana bintang juga adalah makhluk iaitu benda yang diciptakan, sama dengan makhluk yang lain, diciptakan dan yang mencipta ialah Allah.

Haram

Hakikat yang tak dapat ditolak, pusara ni semua memang sangat cantik. Malah teramat-amat cantik. Tentu ada antara korang yang terniat nak ada kubur macam ni bila dah KO nanti. Tapi mengapa kubur-kubur sebegini dikatakan haram? Baca artikel di bawah.

Larangan dari Rasulullah shallallaahu alaihi wasallam:

Dari Jabir radhiyallahu anhu, dia berkata,

Rasulullah shallallaahu alaihi wa sallam telah melarang kuburan dikapur (di simen), dijadikan tempat duduk, dan juga didirikan bangunan di atasnya.

(Hadith Riwayat Imam Muslim)

Dan membawa bunga-bungaan / jambak-jambak bunga dan seumpamanya bersama jenazah adalah diharamkan yang telah menular dikalangan orang-orang Islam kerana mengikuti adat-adat orang kafir dan Melayu kuno dalam upacara-upacara jenazah mereka. Juga kerana perbuatan tersebut boleh mensia-siakan harta tanpa faedah dan memberi makna bermegah-megah dan berbangga..

Manakala hukumnya adalah haram jika kubur dibina menggunakan marmar (marble) dan seumpamanya, kerana amat berlawanan dengan ajaran Rasulullah shallallaahu alaihi wa sallam, juga kerana terdapat pembaziran harta yang ditegah syarak serta terdapat sifat bermegah dan menunjuk yang amat dimurkai Allah subhanahuwataala.

Ali bin Abi Talib radhiyallahu anhu berkata kepada Abi Hayyaj Al-Asadi.

semut Vs manusia

Di zaman Nabi Allah Sulaiman berlaku satu peristiwa, apabila Nabi Allah Sulaiman nampak seekor semut melata di atas batu; lantas Nabi Allah Sulaiman merasa hairan bagaimana semut ini hendak hidup di atas batu yang kering di tengah-tengah padang pasir yang tandus.

Nabi Allah Sulaiman pun bertanya kepada semut: " Wahai semut apakah engkau yakin ada makanan cukup untuk kamu".

Semut pun menjawab: "Rezeki di tangan ALLAH, aku percaya rezeki di tangan ALLAH, aku yakin di atas batu kering di padang pasir yang tandus ini ada rezeki untuk ku". Lantas Nabi Allah Sulaiman pun bertanya: " Wahai semut, berapa banyakkah engkau makan? Apakah yang engkau gemar makan? Dan banyak mana engkau makan dalam sebulan?"

Jawab semut: "Aku makan hanya sekadar sebiji gandum sebulan". Nabi Allah Sulaiman pun mencadangkan: "Kalau kamu makan hanya sebiji gandum sebulan tak payah kamu melata di atas batu, aku boleh tolong". Nabi Allah Sulaiman pun mengambil satu bekas, dia angkat semut itu dan dimasukkan ke dalam bekas; kemudian Nabi ambil gandum sebiji, dibubuh dalam bekas dan tutup bekas itu. Kemudian Nabi tinggal semut di dalam bekas dengan sebiji gandum selama satu bulan.

Bila cukup satu bulan Nabi Allah Sulaiman lihat gandum sebiji tadi hanyadimakan setengah sahaja oleh semut, lantas Nabi Allah Sulaiman menemplak semut: "Kamu rupanya berbohong pada aku!. Bulan lalu kamu kata kamu makan sebiji gandum sebulan, ini sudah sebulan tapi kamu makan setengah".

Jawab semut: "Aku tidak berbohong, aku tidak berbohong, kalau aku ada diatas batu aku pasti makan apapun sehingga banyaknya sama seperti sebiji gandum sebulan, kerana makanan itu aku cari sendiri dan rezeki itu datangnya daripada Allah dan Allah tidak pernah lupa padaku. Tetapi bila kamu masukkan aku dalam bekas yang tertutup, rezeki aku bergantung pada kamu dan aku tak percaya kepada kamu, sebab itulah aku makan setengah sahaja supaya tahan dua bulan. Aku takut kamu lupa".

Itulah Iman Semut!!



IMAN MANUSIA??

Di zaman Imam Suffian, ada seorang hamba Allah yang kerjanya mengorek kubur orang mati. Kerja korek kubur orang mati bukan kerja orang ganjil. Bila ada orang mati, mayat terpaksa ditanam, oleh itu kubur perlu digali dulu. Tetapi yang ganjil mengenai hamba Allah ini ialah dia tidak gali kubur untuk tanam mayat.

Sebaliknya apabila orang mati sudah ditanam, waris sudah lama balik ke rumah dan Munkar Nakir sudah menyoal, barulah penggali ini datang ke kubur untuk korek balik. Dia nak tengok macam mana rupa mayat setelah di INTERVIEW oleh Munkar Nakir. Dia korek 1 kubur, 2 kubur, 3 kubur, 10 kubur, 50 kubur sampai 100 kubur.

Lepas itu, penggali pergi kepada Imam Suffian dan bertanya kepadanya: "Ya Imam, kenapakah daripada 100 kubur orang Islam yang aku gali, dua sahaja yang mana mayat di dalamnya masih berhadap kiblat. Yang 98 lagi sudah beralih ke belakang?". Jawab Imam Suffian:" Di akhir zaman hanya 2 dari 100 umat Islam yang percaya rezeki itu di tangan Allah. 98 orang lagi tidak percaya bahawa rezeki di tangan Tuhan".

Itulah sebabnya apabila umat Islam tertekan dengan SOGOKAN duit yang banyak, biasanya,iman dia akan beralih. Nyatalah iman semut lebih kuat dari iman manusia.

Kata Saidina Ali kepada Kamil: " ILMU ITU LEBIH BAIK DARIPADA HARTA, ILMU MENJAGA ENGKAU DAN ENGKAU MENJAGA HARTA, ILMU MENJADI HAKIM, HARTA DIHAKIMKAN, HARTA BERKURANGAN APABILA DIBELANJAKAN DAN ILMU BERTAMBAH APABILA DIBELANJAKAN".

Hanya kerana pencungkil gigi...

Semasa Nabi Isa berjalan di satu kawasan perkuburan, ia terdengar suara dari dalam satu kubur suara lelaki yang menjerit-jerit meminta tolong dan dalam kesakitan yang amat sangat... Nabi Isa ingin mengetahui apakah yang telah terjadi kepadanya. Sebagaimana yang kita tahu nabi Allah Isa mempunyai mukjizat boleh menghidupkan orang yang sudah mati. Maka nabi Allah Isa pun memohon doa kepada Allah SWT sambil menadahkan tangannya ke langit supaya menghidupkan lelaki tersebut.

Doanya dimakbul oleh Allah SWT, maka terbelah kubur itu dan keluarlah seorang lelaki yang sedang terbakar menjerit-jerit meminta tolong. Melihat akan keadaan lelaki tersebut, maka ditanya oleh nabi Isa kepada lelaki itu apakah kamu tidak sembahyang sehingga kamu diseksa sebegini. lelaki itu menjawab.. bahawa ia tidak meninggalkan sembahyang. ditanya lagi oleh nabi Isa adakah kamu tidak berpuasa.. lelaki itu menjawab... saya berpuasa dan lelaki itu pun berkata sesungguhnya ia taat akan perintah Allah SWT.... maka ditanya oleh nabi Isa lagi apakah yang kamu lakukan sehingga kamu diseksa sebegitu rupa? Maka berceritalah lelaki itu... Saya bekerja sebagai penjual kayu api dan saya akan mencari kayu api di hutan dan menjualkannya kepada sesiapa yang hendak membelinya.


Maka pada suatu hari datanglah seorang pembeli menemuinya utk membeli kayu api lalu diberinya wang dan disuruhnya hantar ke rumahnya . Maka pergilah saya mencari kayu dihutan dan apabila sudah dapat seberkas kayu di ikatnya elok-elok dan pergi lah saya hendak menghantar ke rumah si pembeli itu..


Dipertengahan jalan, saya merasa lapar dan teruslah saya berhenti untuk makan.... selepas itu saya pun meneruskan perjalanan ke rumah pembeli kayu itu. Sedang saya berjalan, saya terasa ada sisa makanan yang terselit dicelah gigi saya. maka dicuba berbagai cara mengeluarkannya dgn lidah tetapi tak berjaya.... kemudian dicubanya dengan menggunakan kukunya...tetapi tak berjaya juga. Akhirnya saya pun dengan menggunakan kuku saya mencungkil kayu api yang dipikul itu utk dibuat mencungkil gigi.


Maka akhirnya dapatlah mengeluarkannya. Maka saya teruskan perjalanan dan setelah sampai ke rumah si pembeli itu, saya pun menyerahkan kayu api itu dan terus pulang. Oleh kerana saya tidak meminta halal akan kayu yang saya cungkil dengan kuku saya tu, maka saya diseksa selama 70 tahun sebagaimana yang tuan lihat. Saya menyangka Allah tidak melihat akan perkara yang sekecil ini.... astaghfirullah al azim...
elok lah kita ambil ikhtibar akan riwayat ini...


Adakah kita pernah mengambil barang-barang drpd office samada drpd sekecil-kecilnya seperti paper clip, eraser dan sebagainya dan dibawa balik ke rumah untuk digunakan sendiri ataupun diberikan kepada anak-anak kita ???
Dan juga barang-barang orang lain yang kita pinjam tetapi tidak dikembalikan? Sekecil-kecil barang seperti tupperware, kaset dan sebagainya.. ..?

Sesungguhnya takutlah kita akan azab Allah kerana mati itu adalah benar...
Azab neraka itu adalah benar...
Dan syurga itu adalah benar...

HADITH PALSU KELEBIHAN TARAWIH

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang. Puji-pujian bagi Allah Subhanahu Wata'ala, Selawat dan Salam keatas junjungan kita Nabi Muhammad Sallaahu 'Alaihi Wasallam serta para sahabatnya.

SEJAK beberapa tahun kebelakangan ini satu hadis tentang kelebihan Tarawih pada malam-malam Ramadan telah tersebar dengan meluas sekali. Media elektronik, cetak serta media massa lain turut memainkan peranan menyebarkannya melalui akhbar, dairi Islam, TV, radio, risalah dan lain-lain dengan harapan semoga mereka mendapat saham dalam usaha menggalakkan umat Islam supaya rajin beramal ibadat, terutamanya dalam bulan yang diberkati itu. Hadis yang dimaksudkan itu ialah satu hadis yang agak panjang kononnya diriwayatkan oleh Sayyidina Ali r.a. yang sebahagian darinya adalah seperti berikut :

Diriwayatkan oleh Sayyidina Ali bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda berkenaan dengan fadilat sembahyang Tarawih pada bulan Ramadan antaranya:

Malam Pertama: Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama seperti mana dia baru dilahirkan (mendapat keampunan dari Allah Taala).
Malam Keempat: Mendapat pahala sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.
Malam Keenam: Allah kurniakan pahala kepadanya pahala malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul-Ma`mur (sebanyak 70 ribu malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah akan mendoakan supaya Allah mengampuni dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang tarawih pada malam ini.
Malam Ketujuh: Seolah-olah dia dapat bertemu serta menolong Nabi Musa A.S. menentang musuh ketatnya Firaun dan Haman.
Malam Kelapan: Allah mengurniakan pahala orang sembahyang tarawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Ibrahim A.S.
Malam kesembilan: Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W.
Dan kelebihan-kelebihan seterusnya sehingga sampai kemalam yang ke-tiga puluh

Namun begitu setelah diajukan pertanyaan kepada beberapa tokoh agama tanah air mengenai kedudukan hadis ini, dari manakah ianya diambil, semuanya tidak dapat memberikan penjelasan. Dan setelah diteliti dalam kitab induk hadis seperti Sunan Sittah dan lain-lain kitab hadis lagi, ianya tidak ditemui. Begitu juga dalam kitab-kitab hadis palsu (maudhu`aat) sendiri pun tidak didapati hadis ini. Ini menunjukkan bahawa hadis ini merupakan satu hadis yang baru diada-adakan sehingga ulama-ulama hadis dahulu yang menulis tentang hadis maudhu` pun tidak mengetahui akan wujudnya hadis ini. Kita tidak menafikan kelebihan sembahyang Tarawih dan kedudukannya dalam sunnah. Namun begitu kita tidak mahu umat Islam tertipu dengan berbagai-bagai janji palsu yang menyebabkan umat Islam mengerjakan amalan kebaikan dengan mengharapkan sesuatu yang sebenarnya tidak akan diperolehinya. Dengan tersebarnya hadis-hadis palsu seumpama ini juga akan mencemarkan kesucian hadis Rasulullah s.a.w. yang dipelihara dengan dengan begitu baik oleh ulama kita dahulu.

Rasulullah S.A.W. telah pun memberikan amaran terhadap orang-orang yang mengadakan pendustaan atas namanya dengan ancaman yang berat sebagaimana sabdanya: Barang siapa sengaja mengadakan dusta atas namaku maka hendaklah dia menyediakan tempatnya dalam neraka. (Bukhori, Muslim)

Hadis ini diriwayatkan dengan banyak sekali sehingga sampai keperingkat Mutawatir. Ancaman ini merangkumi segala jenis pendustaan keatas Nabi S.A.W. sama ada dengan maksud memberi galakan supaya rajin beramal ibadat ataupun ancaman supaya menjauhi segala larangan Allah (targhib dan tarhib).

Mulla Ali Qari dalam Al-Asrarul-Marfu'ah selepas membawakan lebih dari seratus riwayat hadis mengenai pendustaan atas nama Nabi Muhammad s.a.w. menukilkan kata-kata Imam Nawawi dalam syarah Muslim. Kata Imam Nawawi: Haram meriwayatkan sesuatu hadis palsu (maudhu`) bagi orang yang mengetahui bahawa hadis itu maudhu` atau dia hanya menyangka hadis ini maudhu`. Siapa yang menceritakan hadis yang dia tahu atau dia sangka bahawa ianya maudhu` serta dia tidak menerangkan keadaannya maka dia termasuk dalam ancaman ini. Katanya lagi, tidak ada perbezaan dalam pengharaman pendustaan atas Nabi Muhammad s.a.w. di antara hadis tentang hukum-hukum dan hadis yang bukan berkenaan dengan hukum seperti hadis yang mengandungi dorongan serta galakan beramal ibadat, hadis-hadis nasihat dan lain-lain. Semuanya haram termasuk dalam sebesar-besar dosa dan sejelek-jelek perkara dengan ijmak ulamak Islam? seterusnya dia berkata: Ulama sudahpun sepakat mengenai haram berdusta atas nama orang-orang biasa. Bagaimana pula dengan orang yang kata-katanya adalah syariat, kalamnya adalah wahyu dan berdusta atasnya adalah pendustaan atas Allah juga. Firman Allah bermaksud: Tidaklah dia mengucapkan mengikut kemahuan hawa nafsunya. Apa yang diucapkan tidak lain melainkan wahyu yang diwahyukan. (An-Najm: 3-4).

Di dalam hadis tersebut nampaknya ada galakan supaya umat Islam rajin untuk melakukan amalan Tarawih dalam bulan Ramadan seperti kita sering dapati hadis ancaman terhadap orang yang meninggalkan sembahyang yang sebenarnya hadis itu pun direka atas nama nabi Muhammad s.a.w. seperti contoh satu hadis yang sebahagian darinya berbunyi: Jika seseorang itu meninggalkan sembahyang Zuhur dosanya adalah seperti dia berzina dengan ibunya sendiri. Jika dia meninggalkan sembahyang Asar dosanya adalah seperti meruntuhkan Kaabah.

Adakah tidak cukup dengan janji ganjaran dari Allah bagi orang yang menghidupkan malam Ramadan yang terdapat dalam kitab hadis shahih contohnya hadis yang bermaksud: Sesiapa yang menghidupkan malam Ramadan dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran dari Allah diampunkan dosa-dosanya yang lalu. (Al-Bukhari)

Dan adakah tidak cukup dengan ancaman terhadap orang yang meninggalkan sembahyang yang terdapat dalam al-Quran antaranya firman Allah yang bermaksud: Apakah yang menyebabkan kamu dimasukkan ke dalam neraka saqar? Mereka menjawab: Kami dahulu termasuk orang yang tidak mengerjakan sembahyang. (Al-Muddatsir)

Sebenarnya bagi mereka yang suka menghidupkan malam Ramadan tidak mesti dengan adanya hadis rekaan yang seperti ini mereka akan bersungguh-sungguh dalam menghidupkan amalan Tarawih ini. Dan orang yang malas bersembahyang bawalah hadis yang bagaimana teruk sekalipun seksaannya, namun mereka tetap tidak mahu mengerjakannya.

Antara ciri-ciri hadis maudhu`(rekaan) dari segi zahirnya selain dari meneliti sanad perawinya ialah :

1. Kelebihan yang disebutkan menyamai atau mengatasi kelebihan yang terdapat pada para sahabat nabi kita Muhammad s.a.w. atau orang yang berjuang bersama dengan nabi yang lain apatah lagi untuk menyamai atau mengatasi kedudukan nabi-nabi kerana umat yang datang kemudian walaupun setinggi-tinggi wali sekalipun tidak akan dapat mengatasi atau menyamai kedudukan sekecil-kecil sahabat apatah lagi untuk menyamai kedudukan seorang nabi.

2. Kelebihan yang terdapat didalamnya tidak sepadan dengan amalan yang dilakukan sedangkan ia menyalahi apa yang terdapat dalam syariat sebagaimana tersebut dalam Al-Qur'an dan hadis-hadis sahih.

3. Kandungannya serta ertinya rapuh, tidak menyerupai kalam Nabi Muhammad s.a.w. dan lafaznya tidak sesuai keluar dari mulut Nabi seperti yang terdapat dalam hadis-hadis sahih.

4. Dalam sesetengah risalah yang terdapat hadis ini, ianya dimulai dengan "Ya Ali" sedangkan ulama hadis sudah mengatakan bahawa hadis yang dimulai dengan kata-kata ini hanya dua atau tiga sahaja yang sahih. Yang lainnya palsu.

Oleh itu umat Islam sekalian, terutamanya pihak seperti institusi agama di peringkat negeri dan pusat, sepatutnya prihatin terhadap perkara seperti ini demi menjaga kesucian hadis Rasul yang menjadi pegangan Ahlus Sunnah Wal Jamaah. Umat Islam janganlah mudah tertipu dengan dakyah palsu yang dikaitkan dengan Rasulullah sedangkan ianya tidak ada hubungan langsung dengan Rasulullah s.a.w. Janganlah sampai masyarakat kita melakukan sesuatu amalan dengan harapan akan mendapat pahala sedangkan sebaliknya dosa besar pula yang diperolehi dengan menyebarkan dan seterusnya beramal dengan hadis-hadis palsu seperti ini.

Gurau dan Canda Rasulullah s.a.w.

Rasulullah s.a.w. bergaul dengan semua orang. Baginda s.a.w menerima hamba, orang buta, dan anak-anak. Rasulullah s.a.w. bergurau dengan anak kecil, bermain-main dengan mereka, bersenda gurau dengan orang tua. Akan tetapi Rasulullah s.a.w. tidak berkata kecuali yang benar saja.
Suatu hari seorang perempuan datang kepada beliau lalu berkata, "Ya Rasulullah! Naikkan saya ke atas unta", katanya.
"Aku akan naikkan engkau ke atas anak unta", kata Rasulullah s.a.w.. "Ia tidak mampu", kata perempuan itu. "Tidak, aku akan naikkan engkau ke atas anak unta"."Ia tidak mampu".Para sahabat yang berada di situ berkata, "Bukankah unta itu juga anak unta?"

Datang seorang perempuan lain, dia memberitahu Rasulullah s.a.w.:"Ya Rasulullah, suamiku jatuh sakit. Dia memanggilmu". "Semoga suamimu yang dalam matanya putih", kata Rasulullah s.a.w. Perempuan itu kembali ke rumahnya. Dan dia pun membuka mata suaminya. Suaminya bertanya dengan keheranan, "Kenapa kamu ini?". "Rasulullah s.a.w. memberitahu bahawa dalam matamu putih", kata isterinya menerangkan. "Bukankah semua mata ada warna putih?" kata suaminya.

Seorang perempuan lain berkata kepada Rasulullah s.a.w.: "Ya Rasulullah, doakanlah kepada Allah s.w.t. agar aku dimasukkan ke dalam syurga". "Wahai ummi fulan, syurga tidak dimasuki oleh orang tua". Perempuan itu lalu menangis.
Rasulullah s.a.w. menjelaskan, "Tidakkah kamu membaca firman Allah s.w.t. ini:

"Serta kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa, serta kami jadikan mereka senantiasa perawan (yang tidak pernah disentuh), yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya".

Para sahabat Rasulullah s.a.w. suka tertawa tapi iman di dalam hati mereka bagai gunung yang teguh. Na'im adalah seorang sahabat yang paling suka bergurau dan tertawa. Mendengar kata-kata dan melihat gelagatnya, Rasulullah turut tersenyum.

Gugurkan Bayi Kerana Sakit dan Cacat

Soalan : Adakah dibenarkan untuk menggugurkan bayi atas perkiraan dia mengalami penyakit genetik atau pun cacat kekal apabila lahir? Bagaimanakah hal ini boleh ditentukan?

Dijawab oleh Sheikh `Abd al-Rahmân al-Jar`î, Professor di King Khâlid University, Abhâ

Jika ia sudah disahkan oleh sepasukan doktor yang pakar dengan bersandarkan asas keputusan ujian makmal dan klinikal bahawa janin (fetus) itu tidak normal, terjejas teruk, tidak dapat dirawat, dan andainya dia lahir diyakini dia akan menderita sepanjang hidup dan juga menyebabkan kesulitan kepada keluarganya, maka bayi itu boleh digugurkan sebelum berumur empat bulan (120 hari).

Ianya terletak kepada tanggungjawab bagi mereka yang berhak seperti doktor dan ibu bapanya untuk menentukan hal tersebut.

Ini adalah kesimpulan dari fatwa yang dikeluarkan oleh Komiti Perundangan Islam, Liga Muslim Sedunia dalam perjumpaan sesi ke-12 pada 15 Rejab 1410 H, oleh pandangan pendapat majoriti.

Dan ALLAH mengetahui yang terbaik.

Golongan Lelaki yg Akan Ditarik masuk Ke dalam Neraka

Di akhirat nanti ada 4 golongan lelaki yg akan ditarik
masuk ke neraka oleh wanita. Lelaki itu adalah mereka
yg tidak memberikan hak kpd wanita dan tidak menjaga
amanah itu. Mereka ialah:

1. Ayahnya

Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak mempedulikan
anak2 perempuannya didunia. Dia tidak memberikan
segala keperluan agama seperti mengajar solat,mengaji
dan sebagainya Dia membiarkan anak2 perempuannya tidak
menutup aurat. Tidak cukup kalau dgn hanya memberi
kemewahan dunia sahaja. Maka dia akan ditarik ke
neraka oleh anaknya.

(p/s; Duhai lelaki yg bergelar ayah, bagaimanakah hal
keadaan anak perempuanmu sekarang?. Adakah kau
mengajarnya bersolat & saum?..menutup aurat?..
pengetahuan agama?.. Jika tidak cukup salah satunya,
maka bersedialah utk menjadi bahan bakar neraka
jahannam.)

2. Suaminya

Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk
isterinya. Bergaul! bebas di pejabat, memperhiaskan
diri bukan utk suami tapi utk pandangan kaum lelaki yg
bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun
seorang yg alim dimana solatnya tidak pernah
bertangguh, saumnya tidak tinggal, maka dia
akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dlm
neraka.

(p/s; Duhai lelaki yg bergelar suami, bagaimanakah hal
keadaan isteri tercintamu sekarang?. Dimanakah dia?
Bagaimana akhlaknya? Jika tidak kau menjaganya
mengikut ketetapan syari'at, maka terimalah hakikat yg
kau akan
sehidup semati bersamanya di 'taman' neraka sana .)

3. Abang-abangnya

Apabila ayahnya sudah tiada,tanggungjawab menjaga
maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya dan saudara
lelakinya. Jikalau mereka hanya mementingkan
keluarganya sahaja dan adiknya dibiar melencong dari
ajaran Islam,tunggulah tarikan adiknya di akhirat
kelak.

(p/s; Duhai lelaki yg mempunyai adik perempuan, jgn
hanya menjaga amalmu, dan jgn ingat kau terlepas...
kau juga akan dipertanggungjawabkan diakhirat
kelak...jika membiarkan adikmu bergelumang dgn
maksiat... dan tidak menutup aurat.)
4. Anak2 lelakinya

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu
perihal kelakuan yg haram disisi Islam. bila ibu
membuat kemungkaran mengumpat, memfitnah, mengata
dan sebagainya...maka anak itu akan disoal dan
dipertanggungjawabkan di akhirat kelak....dan nantikan
tarikan ibunya ke neraka.

(p/s; Duhai anak2 lelaki.... sayangilah ibumu....
nasihatilah dia jika tersalah atau terlupa.... krn ibu
juga insan biasa... x lepas dr melakukan dosa...
selamatkanlah dia dr menjadi 'kayu api' neraka....jika
tidak, kau juga akan ditarik menjadi penemannya.)
................................................
Lihatlah.....betapa hebatnya tarikan wanita bukan
sahaja di dunia malah diakhirat pun tarikannya begitu
hebat. Maka kaum lelaki yg bergelar ayah/suami/abang
atau anak harus memainkan peranan mereka.

Firman Allah S.W.T;

"Hai anak Adam, peliharalah diri kamu serta ahlimu
dari api neraka dimana bahan bakarnya ialah manusia,
jin dan batu-batu...."

GODAAN-GODAAN DALAM SAKRATUL MAUT

Mati ialah berpisah nyawa dengan tubuh. nyawa akan tetap hidup terus menerus sampai hari kiamat, sedang tubuh hancur menjadi air dan tanah. Nyawa akan kembali kepada Tuhan manakala tubuh kembali kepada asalnya iaitu tanah. Sebelum malaikat maut menjalankan tugasnya dan sebelun nyawa terpisah dari anggota tubuh, maka masimg-masing anggota tubuh, ruas pergelangan masing-masing mengucapkan selamat berpisah sampai berjumpa lagi di hari kiamat. Meskipun tubuh badan kita telah hancur di dalam kubur pada hari kiamat semua akan berkumpul menjadi satu tubuh semula.

Waktu dalam sakratul maut itu ada orang yang susah, huru-hara, penuh dengan godaan- godaan syaitan hingga matinya menjadi susah. Bagi mereka yang derhaka terhadap Allah, iaitu orang- orang yang melakukan dosa besar maka susah baginya untuk mati kerana hukuman Allah terhadapnya. Antara dosa besar yang menyebabakan roh susah keluar daripada badan ialah syirik, nmurtad, dan derhaka kepada ibu bapa. Susah itu juga kerana kuatnya godaan. Orang beriman dan beramal soleh juga mengalami dugaan. Namun, bagi orang yang beraml soleh matinya senang. Huru-hara yang dialaminya adalah bermacam-macam. Ada yang nampak bayangan berupa tangga biru yang turun dari langit, harta, maksiat yang dilakukan, dan ada godaan yang mereka merasa haus dan lapar. syaitan akan berbuat pelbagai godaan sehingga mereka lupa akan Allah Taala.


Bersabda Nabi Muahmmad s.a.w:‘Bahawa mayat itu setelah mula gelap pandangan matanya dia nampak sebuah tangga yang tegak antara langit dan bumi. Tangga itu antara zamrud warna biru yang indah sekali. Belum pernah ia lihat seindah itu. Maka ketika itulah dia membuka matanya dan diikuti penglihatannya. ’(riwayat bukhari)

‘bahawa syaitan itu akan datang kepada seseorang itu sebelum matinya (di dalam sakratul maut ). Katanya : hendaklah engkau mati dalam agama yahudi, matilah engkau dalam agama Nasrani. ’(riwayat tarmizi dan nasa’i)

Syed Abdullah Al- Fatani menulis dalam karya bukunya Karya Gul Gummah hal 17 sebagai berikut : Ketika itu dating se ekor syaitan menyerupai ibunya yang telah meninggal dunia, duduk di sebelah kirinya, berkata sambil menangis katanya : Hai anakku. Aku adalah ibumu yang mengandungkanmu dengan bersusah payah dan telah memiliharamu sejak kecil. Bukan main kasih sayangku nak! Sekarang engkau akan meninggal maka ikutilah olehmu agama Yahudi, kerana itulah yang sebaik-baik agama. Dan se ekor syaitan lagi menyerupai bapa yang telah meninngal duduk di sebelah kanannya, seraya berkata: hai anakku! Sayang bapa kepadamu, tidak kalah dari sayang ibumu. Tidak kenal siang malam aku mencari nafkah untukmu nak! Sekarang engkau akan meninggal maka ikutlah agama Nasrani karana itulah sebaik agama. ( Dikutip dari Kasyaful Gumma halamn 17-18)

Begitulah godaan syaitan ketika seseorang berdepan dengan maut. Detik- detik roh itu akan keluar dari tubuh akan meninggalkan alam dunia. Malah bermacam-macam lagi dugaan sebenarnya. Cuma amalan soleh lagi ikhlas yang akan dapat menyelamatkan kita dari godaan atau fitnah syaitan tersebut.

Renungankanlah:

Kita sentiasa dalam fitnah, baik semasa hidup, mahupun hampir mati, disamping itu juga kita akan menghadapi fitnah kubur begitu juga bagi mereka yang akan hiup di akhir zaman tidak lepas dari fitnah dajjal. Dari itu sama-salam kita berdoa kepada ilahi semoga kita terhindarkan diri kita daripada fitnah-fitnah tersebut. Amin

goda2 syaitan yg best

Syaitan dalam menggoda
manusia memiliki berbagai cara strategi, dan yang sering dipakai adalah
dengan memanfaatkan hawa nafsu, yang memang memiliki kecenderungan
mengajak kepada keburukan (ammaratun bis su'). Syaitan seakan
mengetahui kecenderungan nafsu kita, dia terus berusaha agar manusia
keluar dari garis yang telah ditentukan Allah, termasuk melepaskan
hijab atau pakaian muslimah.



Berikut adalah cara bertahap:



I. Menghilangkan Definisi Hijab

Dalam tahap ini syaitan membisikkan kepada para wanita, bahawa pakaian
apapun termasuk hijab (penutup) itu tidak ada kaitannya dengan agama,
ia hanya sekadar pakaian atau gaya hiasan bagi para wanita. Jadi tidak
ada pakaian syar'i, pakaian, dengan apa pun bentuk dan namanya tetap
pakaian.



Sehingga akibatnya, ketika zaman telah berubah, atau kebudayaan manusia
telah berganti, maka tidak ada masalah pakaian ikut ganti juga.
Demikian pula ketika seseorang berpindah dari suatu negeri ke negeri
yang lain, maka harus menyesuaikan diri dengan pakaian penduduknya,
apapun yang mereka pakai. Berbeza

halnya jika seorang wanita berkeyakinan, bahawa hijab adalah pakaian
syar'i (identiti keislaman), dan memakainya adalah ibadah bukan sekadar
gaya ( fesyen ). Biarpun hidup bila saja dan di mana saja, maka hijab
syar'i tetap dipertahankan.



Apabila seorang wanita masih bertahan dengan prinsip hijabnya, maka syaitan beralih dengan strategi yang lebih halus. Caranya?



Pertama, Membuka Bahagian Tangan

Telapak tangan mungkin sudah kebiasaannya terbuka, maka syaitan
membisikkan kepada para wanita agar ada sedikit peningkatan model yakni
membuka bahagian hasta (siku hingga telapak tangan). "Ah tidak apa-apa,
kan masih pakai jilbab dan pakai baju panjang? Begitu bisikan syaitan.
Dan benar si wanita akhirnya memakai pakaian model baru yang
menampakkan tangannya, dan ternyata para lelaki melihatnya juga seperti
biasa saja. Maka syaitan berbisik," Tu.. tidak apa-apa kan?



Kedua, Membuka Leher dan Dada

Setelah menampakkan tangan menjadi kebiasaan, maka datanglah syaitan
untuk membisikkan perkara baru lagi. "Kini buka tangan sudah menjadi
lumrah, maka perlu ada peningkatan model pakaian yang lebih maju lagi,
yakni terbuka bahagian atas dada kamu." Tapi jangan sebut sebagai
pakaian terbuka, hanya sekadar sedikit untuk mendapatkan hawa, agar
tidak panas. Cubalah! Orang pasti tidak akan peduli, sebab hanya
sebahagian kecil sahaja yang terbuka.



Maka dipakailah pakaian fesyen terbaru yang terbuka bahagian leher dan
dadanya dari yang fesyen setengah lingkaran hingga yang fesyen bentuk
huruf "V" yang tentu menjadikan lebih terlihat lagi bahagian sensitif
lagi dari dadanya.



Ketiga, Berpakaian Tapi Telanjang

Syaitan berbisik lagi, "Pakaian mu hanya gitu-gitu saja, yak "cool"
cari fesyen atau bahan lain yang lebih bagus! Tapi apa ya? Si wanita
berfikir. "Banyak fesyen dan kain yang agak tipis, lalu bentuknya
dibuat yang agak ketat biar lebih sedap/cantik dipandang," syaitan
memberi idea baru.



Maka tergodalah si wanita, di carilah fesyen pakaian yang ketat dan
kain yang tipis bahkan transparent. "Mungkin tak ada masalah, kan
potongan pakaiannya masih panjang, hanya bahan dan fesyennya saja yang
agak berbeza, biar nampak lebih feminin," begitu dia menokok-nambah.
Walhasil pakaian tersebut akhirnya membudaya di kalangan wanita
muslimah, makin hari makin bertambah ketat dan transparent, maka
jadilah mereka wanita yang disebut oleh Nabi sebagai wanita

kasiyat 'ariyat (berpakaian tetapi telanjang).



Keempat, Agak di Buka Sedikit

Setelah para wanita muslimah mengenakan pakaian yang ketat, maka
syaitan datang lagi. Dan sebagaimana biasanya dia menawarkan idea baru
yang sepertinya "cool" dan "vogue", yakni dibisiki wanita itu, "Pakaian
seperti ini membuat susah berjalan atau duduk, soalnya sempit, apa tak
sebaiknya di belah hingga lutut atau mendekati paha?" Dengan itu kamu
akan lebih selesa, lebih kelihatan lincah dan energik." Lalu dicubalah
idea baru itu, dan memang benar dengan dibelah mulai dari bahagian
bawah hingga lutut atau mendekati paha ternyata membuat lebih selesa
dan leluasa, terutama ketika akan duduk atau naik kenderaan. "Yah....
tersingkap sedikit tak apa-apa lah, yang penting enjoy," katanya.



Inilah tahapan awal syaitan merosak kaum wanita, hingga tahap ini
pakaian masih tetap utuh dan panjang, hanya fesyen, corak, potongan dan
bahan saja yang dibuat berbeza dengan hijab syar'i yang sebenarnya.
Maka kini mulailah syaitan pada tahap berikutnya.



II. Terbuka Sedikit Demi Sedikit

Kini syaitan melangkah lagi, dengan tipu daya lain yang lebih "power",
tujuannya agar para wanita menampakkan bahagian aurat tubuhnya.



Pertama, Membuka Telapak Kaki dan Tumit

Syaitan Berbisik kepada para wanita, "Baju panjang benar-benar tidak
selesa, kalau hanya dengan membelah sedikit bahagiannya masih kurang
leluasa, lebih elok kalau dipotong sahaja hingga atas mata kaki." Ini
baru agak longgar. "Oh...... ada yang yang terlupa, kalau kamu pakai
baju sedemikian, maka jilbab yang besar tidak sepadan lagi, sekarang
kamu cari jilbab yang kecil agar lebih serasi dan sepadan, ala.......
orang tetap menamakannya dengan jilbab."



Maka para wanita yang terpengaruh dengan bisikan ini terburu-buru
mencari fesyen pakaian yang dimaksudkan. Tak ketinggalan kasut tumit
tinggi, yang kalau untuk berjalan, dapat menarik perhatian orang.



Kedua, Membuka Seperempat Hingga Separuh Betis

Terbuka telapak kaki telah biasa ia lakukan, dan ternyata orang yang
melihat juga tidak begitu ambil peduli. Maka syaitan kembali berbisik,
"Ternyata kebanyakan manusia menyukai apa yang kamu lakukan, buktinya
mereka tidak ada reaksi apa-apa, kecuali hanya beberapa orang. Kalau
langkah kakimu masih kurang leluasa, maka cubalah kamu cari fesyen lain
yang lebih menarik, bukankah kini banyak skirt separuh betis dijual di
pasaran? Tidak usah terlalu terdedah, hanya terlihat kira-kira sepuluh
centimetre saja." Nanti kalau sudah biasa,

baru kamu cari fesyen baru yang terbuka hingga separuh betis."



Benar-benar bisikan syaitan dan hawa nafsu telah menjadi penasihat
peribadinya, sehingga apa yang saja yang dibisikkan syaitan dalam
jiwanya dia turutkan. Maka terbiasalah dia memakai pakaian yang
terlihat separuh betisnya kemana saja dia pergi.



Ketiga, Terbuka Seluruh Betis

Kini di mata si wanita, zaman benar-benar telah berubah, syaitan telah
berhasil membalikkan pandangan jernihnya. Terkadang si wanita berfikir,
apakah ini tidak menyelisihi para wanita di masa Nabi dahulu. Namun
bisikan syaitan dan hawa nafsu menyahut, "Ah jelas tidak, kan sekarang
zaman sudah berubah, kalau zaman dulu para lelaki mengangkat pakaiannya
hingga setengah betis, maka wanitanya harus menyelisihi dengan
menjulurkannya hingga menutup telapak kaki, tapi kini lain, sekarang
banyak lelaki yang menurunkan pakaiannya hingga bawah mata kaki, maka
wanitanya harus menyelisihi mereka iaitu dengan mengangkatnya hingga
setengah betis atau kalau perlu lebih ke atas lagi, sehingga nampak
seluruh betisnya."



Tetapi? apakah itu tidak menjadi fitnah bagi kaum lelaki," bersungut.
"Fitnah? Ah...... itu kan zaman dulu, di masa itu kaum lelaki tidak
suka kalau wanita menampakkan auratnya, sehingga wanita-wanita mereka
lebih banyak di rumah dan pakaian mereka sangat tertutup. Tapi sekarang
sudah berbeza, kini kaum lelaki kalau melihat bahagian tubuh wanita
yang terbuka, malah senang dan mengatakan ooh atau wow, bukankah ini
bererti sudah tidak ada lagi fitnah, kerana sama- sama suka? Lihat saja
fesyen pakaian di sana-sini, dari yang di pasar malam hingga yang
berjenama di pusat membeli belah, semuanya memperagakan fesyen yang
dirancang khusus untuk wanita maju di zaman ini. Kalau kamu tidak
mengikutinya, akan menjadi wanita yang ketinggalan zaman."



Demikianlah, maka pakaian yang menampakkan seluruh betis akhirnya
menjadi kebiasaan, apalagi ramai yang memakainya dan sedikit sekali
orang yang mempersoalkannya. Kini tibalah saatnya syaitan melancarkan
tahap terakhir dari tipu dayannya untuk melucuti hijab wanita.



III. Serba Mini

Setelah pakaian yang menampakkan betis menjadi pakaian sehari- harian
dan dirasa biasa-biasa saja, maka datanglah bisikan syaitan yang lain.
"Pakaian memerlukan variasi, jangan yang itu-itu saja, sekarang ini
fesyen skirt mini, dan agar sepadan, rambut kepala harus terbuka,
sehingga benar-benar kelihatan indah."



Maka akhirnya skirt mini yang menampakkan bahagian bawah paha dia
pakai, bajunya pun bervariasi, ada yang terbuka hingga lengan tangan,
terbuka bahagian dada sekaligus bahagian punggungnya dan berbagai
fesyen lain yang serba pendek dan mini. Koleksi pakaiannya sangat
beraneka ragam, ada pakaian untuk berpesta, bersosial, pakaian kerja,
pakaian rasmi, pakaian malam, petang, musim panas, musim sejuk dan
lain-lain, tak ketinggalan seluar pendek separuh paha pun dia miliki,
fesyen dan warna rambut juga ikut bervariasi, semuanya telah dicuba.
Begitulah sesuatu yang sepertinya mustahil untuk dilakukan, ternyata
kalau sudah dihiasi oleh syaitan, maka segalanya menjadi serba mungkin
dan diterima oleh manusia.



Hingga suatu ketika, muncul idea untuk mandi di kolam renang terbuka
atau mandi di pantai, di mana semua wanitanya sama, hanya dua bahagian
paling ketara saja yang tersisa untuk ditutupi, kemaluan dan buah dada.
Mereka semua mengenakan pakaian yang sering disebut dengan "bikini".
Kerana semuanya begitu, maka harus ikut begitu, dan na'udzubillah
bisikan syaitan berhasil, tujuannya tercapai, "Menelanjangi Kaum
Wanita."



Selanjutnya terserah kamu wahai wanita, kalian semua sama, telanjang di
hadapan lelaki lain, di tempat umum. Aku berlepas diri kalau nanti
kelak kalian sama-sama di neraka. Aku hanya menunjukkan jalan, engkau
sendiri yang melakukan itu semua, maka tanggung sendiri semua dosamu"
Syaitan tak ingin ambil risiko.



Penutup

Demikian halus, cara yang digunakan syaitan, sehingga manusia
terjerumus dalam dosa tanpa terasa. Maka hendaklah kita semua, terutama
orang tua jika melihat gejala menyimpang pada anak-anak gadis dan para
wanita kita sekecil apapun, segera secepatnya diambil tindakan. Jangan
biarkan berlarut-larutan, kerana kalau dibiarkan dan telah menjadi
kebiasaan, maka sakan menjadi sukar bagi kita untuk mengatasinya.
Membiarkan mereka membuka aurat bererti merelakan mereka mendapatkan
laknat Allah, kasihanilah mereka, selamatkan para wanita muslimah,
jangan jerumuskan mereka ke dalam kebinasaan yang menyengsarakan, baik
di dunia mahupun di akhirat.