Rakyat Jelata AreMie

Monday, 19 September 2011

GANJARAN PENGORBANAN ISTERI DAN IBU

*PAHALA WANITA MENGANDUNG

Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah malaikat untuknya. Allah s.w.t. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan daripadanya 1,000 kejahatan.

* PAHALA WANITA BERSALIN

Apabila seseorang perempuan mula sakit hendak bersalin, maka Allah s.w.t. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s.w.t.

* KELEBIHAN MELAHIRKAN ANAK

Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

* KELEBIHAN MEYUSUKAN ANAK

Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

* PAHALA MEMELIHARA ANAK

Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah s.w.t. memberikannya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah s.w.t.

* GANJARAN MENOLONG SUAMI

Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah s.w.t. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya.

* GANJARAN WANITA SOLEHAH

Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

* GANJARAN MENTAATI SUAMI

Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang di kehendaki dengan tidak berhisab.

* KELEBIHAN SEORANG IBU

Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

Allahu akbar, itu semua adalah ganjaran oleh Allah s.w.t. bagi mereka yang ikhlas melaksanakannya dengan hati yang terbuka. Sekiranya, seseorang isteri dan ibu itu tahu betapa besarnya ganjaran pahala yang akan diterima kelak, sudah pasti tidak akan ada perbuatan membuang bayi, membunuh bayi dan sebagainya. Anak merupakan saham di alam akhirat kita kelak.

Para suami dan anak-anak, sedar dan fahamilah pengorbanan seorang isteri dan ibu dalam menjalani kehidupan seharian. Sekiranya suami mahu sama-sama ringankan tangan untuk membantu, syukur. Berilah penghargaan dalam bentuk material atau hadiah, itu dikira cukup baik. Paling tidak, penghargaan dalam bentuk kata-kata, sikap dan belaian mesra pun amat tinggi harganya. Mereka ini tidak menuntut bayaran sesen pun dari suami bagi kerja-kerja yang dibuatnya, namun balasan Allah s.w.t. adalah ganjaran yang paling berharga.

Gambaran Siksaan

Diriwayatkan oleh Bukhari dari Samurah bin Jundub : "Pada suatu hari Rasulullah SAW sesudah solat mengadapkan muka beliau kepada kami dan berkata : "Siapa di antara kamu yang bermimpi malam tadi ?" Orang yang bermimpi menerangkan mimpinya. Mendengar itu, Rasulullah SAW bersabda :"Masha Allah !" Di hari yang lain, tiada siapapun yang bermimpi. Rasulullah SAW berkata kepada kami, kebetulan saya bermimpi malam tadi.

"Saya melihat dua orang lelaki datang kepadaku, kedua orang itu memegang kedua tanganku, membawa aku keluar ke bumi suci. Tiba-tiba saya melihat seorang lelaki duduk sementara seorang lagi berdiri. Dia memegang alat yang dibuat dari besi dan mecocokkanya ke mulut hingga ke kerongkong kemudian dicabut kembali dan diulangi semula. Begitulah yang dikerjakan oleh keduanya silih berganti". Lalu aku bertanya : "Siapakah mereka ini". Kedua orang (malaikat) yang membawaku tidak menjawab, malah menyuruhku terus berjalan.

"Sambil berjalan, tiba-tiba saya melihat seorang lelaki sedang berbaring terlentang dan seorang lagi lelaki berdiri di sampingnya memegang batu sebesar penumbuk. Lalu dihempapkannya batu itu ke kepala pemuda berbaring tadi sehingga berkecai kepalanya. Setelah itu digulingkannya batu itu lalu diambil oleh pemuda yang dihempap batu tadi dan kepalanya normal semula. Kemudian diserahkan kebali batu itu kepada lelaki tadi dan dia menghempap semula kepala lelaki terlantang tadi dengan tidak berhenti-henti". Lalu aku bertanya : "Siapakah mereka ini". Kedua orang (malaikat) yang membawaku tidak menjawab, malah menyuruhku terus berjalan.

"Tiba-tiba kami sampai ke sebuah jurang seperti tungku yang sempit di bahagian atasnya, tengahnya luas dengan nyalaan api dengan 2 orang yang telanjang dibakar api, seorang lelaki dan seorang perempuan. Kedua-duanya hampir tercampak keluar akibat dari gelojakan api tersebut, tiba-tiba api terpadam dan kedua-dua terjatuh ke dasar jurang tersebut. Kemudian api dinyalakan semula dan hal ini terus berlaku berulang-ulangkali." Lalu aku bertanya : "Siapakah mereka ini". Kedua orang (malaikat) yang membawaku tidak menjawab, malah menyuruhku terus berjalan.

"Kemudian kami sampai ke sebuah sungai darah. Terdapat 2 lelaki di dalam sungai tersebut di mana lelaki yang pertama memegang seketul batu berada di tengah-tengah sungai. Sementara lelaki yang kedua mengadap lelaki yang pertama, dia mahu keluar dari sungai itu. Namun setiap kali dia cuba keluar dia dilempar dengan batu oleh lelaki yang pertama tadi dan terjatuh semula ke dalam sungai. Keadaan ini terjadi berulang-ulang kali." Lalu aku bertanya : "Siapakah mereka ini". Kedua orang (malaikat) yang membawaku tidak menjawab, malah menyuruhku terus berjalan.

"Tiba-tiba saya sampai di taman yang hijau dan terdapat sebatang pohon yang besar. Di bawah pohon itu terdapat seorang lelaki tua yang sedang menyalakan api bersama-sama dengan beberapa orang anak. Kedua-dua malaikat yang membawaku, lalu membawaku naik ke atas pohon itu. Kemudian keduanya membawaku memasuki gedung yang amat indah yang belum pernah aku lihat. Di dalamnya ada golongan tua dan ada yang masih muda."

Aku dibawa naik lagi. Tiba-tiba aku memasuki gedung yang lebih indah lagi. Ketika itu aku bertanya kepada kedua lelaki yang membawa aku: "Kamu telah membawa aku jauh mengembara pada malam ini, terangkan kepadaku apa yang telah aku lihat"

Keduanya menjawab : "Orang yang engkau lihat memasukkan alat besi sampai ke kerongkongnya adalah pembohong yang sedang berbohong. Ia disiksa begitu hingga hari qiamat." "Orang yang dipecahkan kepalanya dengan batu adalah orang yang pandai membaca al-Quran, tetapi dia tidur dengan al-Quran di malam hari (tidak membacanya) dan tidak mengamalkannya di siang hari. Begitulah siksaannya hingga hari qiamat". Orang yang engkau lihat di dalam jurang adalah penzina dan di dalam sungai adalah pemakan riba. Orang tua yang berada di bawah pohon adalah Nabi Ibrahim sedangkan anak-anak yang berada di sisinya adalah anak-anak manusia. Yang menyalakan api adalah Malik, penjaga Neraka. Gedung indah yang pertama ialah untuk semua orang-orang beriman sementara gedung yang lebih indah adalah untuk para syuhada'. Saya adalah Jibril dan ini Mikail."

Kemudian mereka menyuruh aku mengangkat kepala lalu aku melihat mahligai seperti awan tingginya. Kedua maliakat itu berkata : "Itulah tempat bagimu" Lalu aku berkata : "Biarkan aku memasukui mahligaiku" Jawab mereka : "Umurmu masih ada, sesudah engkau wafat, barulah engkau dibenarakan masuk"

Berikut adalah gambaran siksaan dan pembalasan yang diperlihatkan kepada Rasulullah SAW semasa peristiwa Isra' dan Mikraj.


Peristiwa Isra'

1. Orang yang bercucuktanam mengeluarkan hasil yang banyak dan cepat.Gambaran orang yang membelanjakan harta di jalan Allah
2. mencium bau yang wangi iaitu bau tukang sikat Firaun yang beriman kepada Allah
3. Sekumpulan manusia menghempap kepala masing-masing dengan batu berulangkali. Gambaran orang yang berat melakukan solat fardhu.
4. Kumpulan manusia telanjang memakan rumput berduri, buah zakkum yang sangat pahit dan makan bara api Jahannam. Balasan orang yang tidak suka menderma, bersedeqah dan tidak mengeluarkan zakat.
5. Orang yang mengguntingkan lidah tidak berhenti-henti. Balasan orang yang bercakap tetapi tidak mengamalkannya.
6. Ssekumpulan manusia makan daging busuk sedangkan ada daging baik, balasan orang yang berzina sedangkan dirinya ada isteri yang sah.
7. Orang yang tenggelam timbul dalam lautan darah dan dilemparkan dengan batu. Balasan orang yang makan riba.
8. Kumpulan manusia mencakar-cakar muka dan dada dengan kuku yang tajam. Balasan orang yang suka mengumpat.
9. Orang yang membawa berkas kayu yang banyak tidak terangkat olehnya. Balasan oarang yang menerima amanah tetapi tidak sanggup melaksanakannya.
10. Seekor lembu keluar dari lubang kecil tetapi tidak dapat masuk semula ke dalam lubang tersebut. Gambaran orang yang suka bercakap besar.


Peristiwa Mi'raj

1. Wanita menangis sambil meminta pertolongan tetapi tiada yang sanggup membantu. Gambaran balasan wanita yang berhias bukan kerana suaminya.
2. Wanita tergantung pada rambutnya, otaknya menggelegak dalam periuk. Balasan wanita yang tidak menutup auratnya (rambut)
3. Wanita berkepala seperti babi, badannya seperti kaldai dan menerima berbagai balasan wanita yang suka membuat fitnah, bermusuh dengan jiran dan membuat dusta.
4. Wanita yang mukanya hitam dan memamah isi perutnya sendiri. Balasan wanita yang mengoda dan menghairahkan lelaki.
5. Lelaki dan wanita yang ditarik kemaluannya ke depan dan ke belakang serta dilontar mukanya ke api neraka. Kemudian ditarik dan dipukul hingga keluar api dari badannya. Balasan orang yang membesarkan diri dan takabur kepada orang ramai.
6. Lelaki dan wanita dimasukkan besi pembakar daging dari duburnya, keluar hingga ke mulutnya. Balasan orang yang membuat fitnah, mengejek dan mencaci.
7) Wanita tergantung rambutnya di pohon Zakkum, api neraka membakarnya lalu kering kecut dagingnya terbakar. Balasan wanita yang minum ubat untuk membunuh janin.
8. Wanita dibelenggu dengan api neraka, mulutnya terbuka luas, keluar api dari perutnya. Balasan wanita yang menjadi penyanyi tidak sempat bertaubat.
9. Lelaki dan wanita yang masuk api ke dalam perut dari duburnya lalu keluar dari mulut. Balasan orang yang makan harta anak yatim.
10. Lelaki dan wanita kepalanya terbenam dalam api, dituang pula air panas ke badannya lalu melecur seluruh tubuhnya. Balasan orang yang berusaha ke arah pergaduhan sesama manusia.

Gambaran Di Hari Perhitungan (Judgement Day)

1. Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti
tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali
Izrail & beberapa malaikat yg lain.. Selepas itu, Izrail pun mencabut
nyawa malaikat yg tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

2. Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman
mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang
menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan
Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa". Ini menunjukkan kebesaran &
keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak
mati.

3. Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya
meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula
di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang
rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

4. Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz
Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia
umpama anak pokok yg kembang membesar dari biji benih.

5. Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan
hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat
takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi
kelak.

6. Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh
yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar.
Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal),
berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi
yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan
lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

7. Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan
cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya.
Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

8. Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu
turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah Ta'ala. Seluruh
makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang
menakutkan.

9. Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda.
Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas
kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti
keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-
bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan
dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul
atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan
mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

10. Terdapat satu kolam kepunyaan Nabi Muhammad s.a.w. bernama
Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang
mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang
menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam
ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air
kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan
rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir
dari syurga.

11. Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7
golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

1. Pemimpin yang adil.

2. Orang muda yang taat kepada perintah Allah.

3. Lelaki yang terikat hatinya dgn masjid.

4. Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.

5. Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan
berkata "Aku takut pada Allah".

6. Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang
ramai).

7. Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air
matanya kerana takutkan Allah.



12. Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua
manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian
mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka
mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia
ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi
Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah
Ta'ala. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s.,
Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan
sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah
saw. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun
perjalanan.

13. Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad s.a.w. ke hadrat Allah
Ta'ala. Lalu diperkenankan doa baginda.

14. Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga
menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun.
Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang
malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20ribu tahun)
sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba
dibumi.

15. 'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah
(bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul
oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia
seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan
malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya
yang sangat kuat.

16. Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy
yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih
kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah
ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

17. Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu
dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan
masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa
silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab.
Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib
& 'Atid / Kiraman Katibin.

18. Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing-
masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang
zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

19. Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad s.a.w.,
dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum
yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

20. Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat
akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil
dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika
orang bukan mukmin.

21. Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca
Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai
lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang
gelap untuk menimbang dosa.

22. Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad s.a.w. dan para imam 4
mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

23. Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam,
maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap
akan ditimbang.

24. Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata-
kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan.
Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana.

25. Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang
ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang
dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya
menyeberangi titian sirat.

26. Syafaat Nabi Muhammad s.a..w. di akhirat :

a. Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan
mempercepatkan hisab.

b. Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.

c. Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah Ta'ala.


27. Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh
Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini
berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000
orang yang lain.

28. Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga
melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian)
yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti
sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang.
Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

29. Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000
tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun.
Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang
binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya
disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh
ke dalamnya.

30. Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap
makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang
sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam
neraka.



Rujukan:

Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al-
Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.

Dalam sepotong ayat dan hadis ada menerangkan:

"Sesungguhnya yang mengada-adakan kebohongan itu hanyalah orang-orang yang tidak beriman dengan ayat-ayat Allah dan merekalah pembohong-pembohong ." (An-Nahl ayat 105)

"Barangsiapa mengatakan dariku apa yang aku tidak katakan, maka hendaklah Ia bersedia mengambil tempatnya dari Neraka."(HR: Az-Zahabi dlm Al-Kabair.)

Gadis melampau menerima padah

Pada suatu hari, seorang gadis yang terpengaruh dengan cara hidup masyarakat Barat menaiki sebuah bas mini untuk menuju ke
destinasi di wilayah Iskandariah. Malangnya walau pun tinggal dibumi yang terkenal dengan tradisi keislaman, pakaian gadis tersebut sangat menjolok mata..

Bajunya agak nipis dan seksi hampir terlihat segala yang patut disembunyikan bagi seorang perempuan dari pandangan lelaki ajnabi atau mahramnya.Gadis itu dalam lingkungan 20 tahun. Di dalam bas itu ada seorang tua yang dipenuhi uban menegurnya. "Wahai pemudi! Alangkah baiknya jika kamu berpakaian yang
baik, yang sesuai dengan ketimuran dan adat serta agama Islam kamu, itu lebih baik daripada kamu berpakaian begini yang pastinya menjadi mangsa pandangan liar kaum lelaki...."
nasihat orang tua itu. Namun, nasihat yang sangat bertetapan dengan tuntutan agama itu dijawab oleh gadis itu dengan jawapan mengejek. "Siapalah kamu hai orang tua? Apakah di tangan kamu ada anak kunci syurga? Atau adakah kamu memiliki sejenis kuasa yang menentukan aku bakal berada di syurga atau neraka?" Setelah menghamburkan kata-kata yang sangat menghiris perasaan orang tua
itu gadis itu tertawa mengejek panjang. Tidak cukup setakat itu, si gadis lantas cuba memberikan telefon bimbitnya kepada orang tua tadi sambil melafazkan kata kata yang lebih dahsyat. "Ambil hanphone ku ini dan hubungilah Allah serta tolong tempahkan sebuah bilik di neraka jahannam untukku," katanya lagi lantas ketawa berdekah-dekah tanpa mengetahui bahawasanya dia sedang mempertikaikan hukum Allah dengan begitu biadab.

Orang tua tersebut sangat terkejut mendengar jawapan dari si gadis manis. Sayang wajahnya yang ayu tidak sama dengan perilakunya yang buruk. Penumpang-penumpang yang lain turut terdiam ada yang menggelengkan kepala
kebingungan. Semua yang di dalam bas tidak menghiraukan gadis yang masih muda itu yang tidak menghormati hukum-hakam itu dan mereka tidak mahu menasihatinya kerana khuatir dia akan akan menghina agama dengan lebih teruk lagi. Sepuluh minit kemudian bas pun tiba perhentian.

Gadis seksi bermulut celupar tersebut didapati tertidur di muka pintu bas. Puas pemandu bas termasuk para penumpang yang lain mengejutkannya tapi gadis tersebut tidak sedarkan diri. Tiba-tiba orang tua tadi memeriksa nadi si gadis. Sedetik kemudian dia menggelengkan kepalanya. Gadis itu telah kembali menemui Tuhannya dalam keadaan yang tidak disangka. Para penumpang menjadi
cemas dengan berita yang menggemparkan itu.

Dalam suasana kelam kabut itu, tiba-tiba tubuh gadis itu terjatuh ke pinggir jalan. Orang ramai segera berkejar untuk menyelamatkan jenazah tersebut. Tapi sekali lagi mereka terkejut. Sesuatu yang aneh menimpa jenazah yang terbujur kaku di jalan raya. Mayatnya menjadi hitam seolah-olah dibakar api. Dua tiga orang yang cuba mengangkat mayat tersebut
juga kehairanan kerana tangan mereka terasa panas dan hampir melecur sebaik saja menyentuh tubuh si mayat.

Akhirnya mereka memanggil pihak keselamatan menguruskan mayat itu. Begitulah kisah ngeri lagi menyayat hati yang menimpa gadis malang tersebut. Apakah hasratnya menempah sebuah bilik di neraka dimakbulkan Allah? Nauzubillah,
sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa di atas segala sesuatu. Sangat baik kita jadikan ikhtibar dan pelajaran dengan kisah benar
ini sebagai muslim sejati. Jangan sekali-sekali kita mempertikaikan hukum Allah mahupun sunnah RasulNya saw dengan mempersendakan atau ejekan.

Kata kata seperti ajaran Islam tidak sesuai lagi dengan arus kemodenan dunia hari ini atau sembahyang tidak akan buat kita jadi kaya dan seumpamanya adalah kata-kata yang sangat biadab dan menghina Allah, pencipta seluruh
alam. Ingatlah teman, kita boleh melupakan kematian, tetapi kematian tetap akan terjadi bagi kita. Hanya masanya saja yang akan menentukan bila kita akan kembali ke alam barzakh. Janganlah menjadi orang yang bodoh, siapakah orang yang bodoh itu? Mereka itulah orang yang ingin melawan Tuhan Rabbul Alamin.
Apabila anda enggan melaksanakan suruhan Tuhan bererti anda ingin melawan arahan Tuhan. Sewaktu di sekolah anda tertakluk dengan undang-undang sekolah, dalam pekerjaan anda tertakluk dengan undang-undang yang di lakar oleh majikan anda, di dalam negeri anda tertakluk di bawah undang-undang negara anda. Begitu taksub sekali anda terhadap undang-undang itu hingga terlalu prihatin takut kalau melanggar undang-undang itu. Apabila anda berpijak di bumi ini, anda juga tertakluk dengan undang-undang yang telah di gubal oleh yang menjadikan bumi ini.

Setiap Sultan ada taman larangannya, begitu juga Allah swt. Taman laranganNya adalah perkara-perkara yang telah diharamkan bagi hamba-hambaNya di muka bumi ini. Sama samalah kita memohon agar Allah sentiasa memberi kita petunjuk di atas jalan yang benar dan kekuatan agar sentiasa dapat menjaga lidah kita.

FUNGSI GUNUNG - QUR'AN SEPANJANG MASA

Al Qur’an mengarahkan perhatian kita pada fungsi geologis penting dari gunung.

Qs.31 Luqman:10. Dia menciptakan langit tanpa tiang yang kamu melihatnya dan Dia meletakkan gunung-gunung bumi supaya bumi itu tidak menggoyangkan kamu;

Sebagaimana terlihat, dinyatakan dalam ayat tersebut bahwa gunung-gunung berfungsi mencegah goncangan di permukaan bumi.

Kenyataan ini tidaklah diketahui oleh siapapun di masa ketika Al Qur’an diturunkan. Nyatanya, hal ini baru saja terungkap sebagai hasil penemuan geologi modern.

Menurut penemuan ini, gunung-gunung muncul sebagai hasil pergerakan dan tumbukan dari lempengan-lempengan raksasa yang membentuk kerak bumi. Ketika dua lempengan bertumbukan, lempengan yang lebih kuat menyelip di bawah lempengan yang satunya, sementara yang di atas melipat dan membentuk dataran tinggi dan gunung.

Lapisan bawah bergerak di bawah permukaan dan membentuk perpanjangan yang dalam ke bawah. Ini berarti gunung mempunyai bagian yang menghujam jauh ke bawah yang tak kalah besarnya dengan yang tampak di permukaan bumi.

Dalam tulisan ilmiah, struktur gunung digambarkan sebagai berikut:

Pada bagian benua yang lebih tebal, seperti pada jajaran pegunungan, kerak bumi akan terbenam lebih dalam ke dalam lapisan magma. (General Science, Carolyn Sheets, Robert Gardner, Samuel F. Howe; Allyn and Bacon Inc. Newton, Massachusetts, 1985, s. 305)


Dalam sebuah ayat, peran gunung seperti ini diungkapkan melalui sebuah perumpamaan sebagai "pasak":

"Bukankah Kami telah menjadikan bumi itu sebagai hamparan?, dan gunung-gunung sebagai pasak?" (Al Qur'an, 78 Naba:6-7)

Dengan kata lain, gunung-gunung menggenggam lempengan-lempengan kerak bumi dengan memanjang ke atas dan ke bawah permukaan bumi pada titik-titik pertemuan lempengan-lempengan ini.

Dengan cara ini, mereka memancangkan kerak bumi dan mencegahnya dari terombang-ambing di atas lapisan magma atau di antara lempengan-lempengannya. Singkatnya, kita dapat menyamakan gunung dengan paku yang menjadikan lembaran-lembaran kayu tetap menyatu.

Dengan perpanjangannya yang menghujam jauh ke dalam maupun ke atas permukaan bumi, gunung-gunung menggenggam lempengan-lempengan kerak bumi yang berbeda, layaknya pasak.

Kerak bumi terdiri atas lempengan-lempengan yang senantiasa dalam keadaan bergerak. Fungsi pasak dari gunung ini mencegah guncangan dengan cara memancangkan kerak bumi yang memiliki struktur sangat mudah bergerak.

Fungsi pemancangan dari gunung dijelaskan dalam tulisan ilmiah dengan istilah "isostasi". Isostasi bermakna sebagai berikut:

Isostasi: kesetimbangan dalam kerak bumi yang terjaga oleh aliran materi bebatuan di bawah permukaan akibat tekanan gravitasi. (Webster's New Twentieth Century Dictionary, 2. edition "Isostasy", New York, s. 975)

Peran penting gunung yang ditemukan oleh ilmu geologi modern dan penelitian gempa, telah dinyatakan dalam Al Qur’an berabad-abad lampau sebagai suatu bukti Hikmah Maha Agung dalam ciptaan Allah.

Maka apakah mereka tidak memperhatikan Al Quran? Kalau kiranya Al Quran itu bukan dari sisi Allah, tentulah mereka mendapat pertentangan yang banyak di dalamnya. QS. 4 An-Nisaa':82

Subhanallah Walhamdulillah Wallaahu Akbar...
1 lagi bukti...
Islam TERBUKTI BENAR.....

Qs.3 Ali Imran:85. Barangsiapa mencari agama selain agama Islam, maka sekali-kali tidaklah akan diterima daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi.

Freemason : Fatwa Arab Saudi

Freemason adalah sebuah pertubuhan politik sulit bertujuan menamatkan perbuatan baik dan sistem keagamaan sedunia dengan menggantikannya sistem tanpa agama serta undang-undang ciptaan manusia. Mereka mengatur revolusi serta menggantikan satu pemerintah dengan pemerintah lain, atas dasar kebebasan pemikiran dan kepercayaan.

Ini jelas disebut seorang daripada mereka ketika persidangan pelajar berlangsung pada tahun 1865 selepas masihi di Kota Liege, iaitu salah satu pusat kegiatan Freemason. Dia menyebut; manusia wajib menolak Tuhan dan memerangiNYA. Hendaklah seseorang itu menghancurkan kepercayaan langit dan mengoyaknya seperti kertas.

Ia tercatat dalam Perhimpunan Agung Mason (Masonic Grand Lodge, 1922, hlm.98), “Kami akan mengukuhkan kepercayaan bebas dalam pemikiran individu menerusi kuasa yang kami miliki, dan kami melancarkan perang sebenar terhadap musuh sejati manusia iaitu agama.

Freemason adalah salah satu pertubuhan sulit tertua yang masih wujud, sedang kewujudan sebenarnya masih tidak jelas terhadap kebanyakan penduduk. Bahkan ahli-ahli mereka tidak diketahui, kerana plot kepimpinan mereka cukup tersembunyi dan rahsia. Namun mereka cukup menyanjung usaha merealisasikan perancangan serta objektif pertubuhan (Freemason). Kebanyakan agenda dijalankan secara lisan, kerana bukti bertulis tidak dapat ditemui.

Teori pertubuhan dan cara kerja Freemason banyak diambil dari tradisi lama Yahudi. Fakta ini dikuatkan bahawa idea dan ajaran Yahudi menjadi asas penubuhan Freemason (The Grand Lodge) pada tahun 1717 masihi. Ini termasuklah prinsip dan simbol pertubuhan. Ini boleh dilihat dalam kenyataan terkandung dalam majalah Masonic Acacia, bahawa “Kita boleh menemui ramai Yahudi di kalangan ahli-ahli Freemason” (isu no.66, tahun 1908)

Satu-satunya pertubuhan yang giat memusnahkan kepercayaan agama ialah Freemason. Kepercayaan tersebut menyamai kepercayaan Yahudi. Simbol mereka ialah 6 bucu bintang iaitu Star of David. Yahudi dan Freemason menganggap mereka adalah keturunan daripada roh pembina Kuil Sulaiman (Temple of Solomon). Manakala, dalam Protokol Orang-Orang Besar Zion menyerlah hasrat sebenar mereka mahu memusnahkan kepercayaan beragama.

Sememangnya wujud hubungan antara Freemason dan Yahudi dalam mengatur konspirasi serta agenda menjatuhkan sesebuah kerajaan. Seruan kebebasan pemikiran yang didukung dari idea cetusan Freemason sebenarnya menyebabkan kemusnahan moral di dunia serta banyak kerosakan sosial dan lain-lain.

Atas dasar ini, mana-mana Muslim yang menyertai pertubuhan Mason (atau pro-Mason) telah menjadi kafir kerana mendukung kepercayaan serta agenda mereka. Mereka diseru agar segera bertaubat. Sebaliknya, jika dia masih meneruskannya, hukuman mati (hadd - kerana terkeluar dari Islam) adalah wajib ke atasnya dan kematiannya dalam golongan kafir.

Formula Kejayaan Muslim

Setiap kali mendapat nikmat
Jarang ku sedari itu pemberianMu
Terkadang rasa itu kerana
Segala usaha dan penat lelah ku sahaja

"Yes! Dapat keputusan cemerlang... 17A tu.Yahooo!!aku dapat 4 flat la... berbaloi pun usaha aku selama ni."

Bagi seorang yang tidak jelas niat dan fikrahnya dalam menuntut ilmu, mungkin inilah yang akan terpacul keluar daripada mulutnya apabila mencapai nikmat kejayaan. Merasakan bahawa kejayaannya itu datang daripada penat lelahnya sendiri. Seperti bait-bait yang tersusun di awalnya.

Jarang sekali kita bersyukur...

Bagi seorang Muslim yang jelas niat dan matlamat dalam menuntut ilmu, apabila kejayaan dicapai, maka mereka akan meletakkan kembali kejayaan itu 'datang dari Allah SWT'. Dan rasa bangga, takbur, sombong dan riak itu akan cuba dilempar 'berbatu-batu' jauhnya daripada diri mereka.

Tak ku lupa kepada Allah
Tempat kembali segala masalah

Perlu diketahui bahawa segala apa yang kita kecapi ini merupakan milik Allah SWT. Allah SWT berfirman dalam Surah Al-Munafiqun ayat 8; " ... Padahal bagi Allah jualah kemuliaan dan kekuatan itu dan bagi Rasulnya serta bagi orang-orang yang beriman , akan tetapi orang-orang munafiq itu tidak tahu mengetahui (hakikat yang sebenar)"



Bila dipuji kejayaan kita
Sebenarnya bukan milik kita
Oleh itu sedarlah sentiasa
Semua itu dari Allah SWT

Hati gembira terasa bahagia
Itulah tanda nikmat dariNya
Ingat Allah SWT bersyukurlah padaNya
Wajiblah kita lafazkan Alhamdulillah

Dan dalam realiti kita mengejar kejayaan dunia dan akhirat ini, kita bukan hanya setakat perlu berusaha. Tetapi kita juga perlu 'meminta'. Apa yang dimaksudkan dengan meminta di sini. Ya! Maksudnya adalah memohon doa kepada Allah SWT. Hal ini kerana Allah SWT sentiasa menerima doa kita dan sentiasa berada hampir dengan hamba-ham baNya yang meminta kepadaNya.

Allah SWT berfirman dalam Surah Al-Baqarah ayat 186, bermaksud;

"Dan apabila hamba-hambaKu bertanyakan engkau (Wahai Muhammmad) tentangKu, (maka jawablah) sesungguhnya Aku ini hampir, Aku menjawab seruan sesiapa yang berdoa kepadaKu apabila dia berdoa. Maka hendaklah dia menyahut seruan (menunaikan perintahKu) dan beriman kepadaKu mudah-mudah mereka selalu berada di atas petunjuk"

Dan setelah kita berusaha, berdoa, maka kemudiannya kita bertawakal kepada Allah SWT sambil terus-menerus memohon doa kepadaNya. Itulah kejayaan dan resepi seorang Muslim yang jelas matlamat kehidupannya di dunia ini.

Dan bagaimana jika kita ditimpa kegagalan setelah kita melakukan seperti mana di atas?

Maka ingin saya katakan di sini;

"La Takhaf Wa La Thazan, InnAllaha Ma'ana"

Jangan kamu sedih dan berkecil hati, kerana Allah SWT bersama-sama kita. Sebagaimana yang selalu kita dengar, kegagalan itu tak bererti kita gagal selama-lamanya. Tetapi di sebalik kegagalan itu, kita harus mencari kekuatan untuk menjadi 'perangsang' kepada kebangkitan kita yang seterusnya.

Mungkin, Allah SWT menagguhkan kejayaan kita agar kita menjadi hamba yang mempertingkatkan kesyukuran dan keimana kepadaNya. Dan mungkin juga Allah SWT menangguhkan kejayaan kita untuk kejayaan yang lebih besar pada masa hadapan. Apapun, dengan syarat mestilah bersyukur...

Saya pernah berhadapan dengan situasi kegagalan dalam peperiksaan. Menangis kesedihan, penuh dengan rasa kecewa. Tetapi, muhasabahlah yang menguatkan hati-hati kita. Kerana hati itu raja bagi sekelian diri.

Jika berjaya kamu bersyukur...

Jika gagal lakukan muhasabah dan lakukan langkah yang tercipta dengan lebih tersusun...

Moga kejayaan dan kegagalan tidak mengalpakan kita daripadaNya yang hampir di sisi kita...

FENOMENA BERTUDUNG BUKAN PETANDA PENGHAYATAN ISLAM MAKIN MENYELURUH

Di awal 90-an, bilangan wanita bertudung mulai bertambah ramai. Di mana-mana sahaja kita boleh bersua dengan muslimah yang menutup aurat, di kilang, sekolah, stesen bas, pejabat, pasar, universiti, malah beberapa orang pengacara televisyen dan personaliti radio pun sudah memakai tudung. Alhamdulillah!

Tetapi apa yang menyedihkan, kalau dahulu wanita bertudung tidak akan ditemui di taman-taman bunga, di tempat-tempat hiburan, berpegangan tengan dengan teman lelaki, di panggung wayang ... atau kalau dahulu wanita bertudung bersih mukanya daripada calaran alat-alat make-up, tetapi kini dengan mudah kita boleh jumpa wanita bertudung berpeleseran dengan teman lelaki di tempat-tempat sedemikian.

Tudung berwarna warni mengikut fesyen disesuaikan dengan aliran zaman dan fesyen baju. Kadang-kadang pemakaian tudung itu tidak sempurna mengikut syariat.

Kadang-kadang macam nak terlondeh. Antara hendak tutup dan mahu terbuka. Akhlak dan tutur katanya kasar, malah kadang kala lebih buruk daripada mereka yang tidak memakai tudung atau yang membuka aurat.

Sesetengahnya bertudung tetapi tidak menunaikan solat. Imej wanita bertudung telah tercemar dengan wanita-wanita yang menjadikan tudung sekadar fesyen atau terpaksa memakainya kerana mengikut peraturan atau trend.

Kalau dahulu bila wanita itu bertudung, automatik dia sudah malu ke panggung wayang, malu untuk kepit berpasangan, malu untuk ke tempat hiburan, atau pendek kata malu untuk melakukan perbuatan mungkar.

Tetapi kini bertudung sudah tidak mempunyai peranan untuk mencegah manusia dari terjerumus ke dalam lembah maksiat.

Bila direnung-renung mengapa hal ini boleh terjadi, maka jelaslah wanita-wanita yang bertudung pada hari ini jahil mengenai tujuan dan peranan pemakaian tudung. Ramai wanita yang memakai tudung kerana terikut-ikut dengan suasana.

Mereka lihat adik beradik, teman sekolah, teman pejabat atau jiran telah ramai memakai tudung, maka timbul rasa malu kerana mereka sahaja yang masih tidak bertudung. Lantaran itu mereka mengambil keputusan untuk memakai tudung, walaupun hati tidak berapa menyetujuinya.

Kini masyarakat telah menerima budaya wanita memakai tudung. Ujian sudah tidak besar. Kadang kala orang lelaki yang hendak berkahwin pun memberi syarat, wanita yang hendak dikahwininya mestilah bertudung.

Setengahnya apabila melihat wanita lain memakai tudung nampak lebih cantik dan manis, mereka pun hendak memakainya, tanpa mengetahui tentang ilmunya, mengapa mesti pakai tudung.

Ada juga yang terpaksa memakai tudung kerana desakan keluarga atau suami. Ada yang mahu menjadikan tudung semacam fesyen. Sekejap pakai, sekejap buka. Lantaran itulah nilai orang yang bertudung pada hari ini sudah menurun.

Sudah tidak "semahal" wanita yang bertudung awal- awal dahulu. Hanya wanita yang berpurdah yg belum kelihatan berjalan-jalan di taman bunga atau di tempat-tempat hiburan. Mungkin taraf berpurdah kini sama dengan wanita yang bertudung dulu.

Sesuatu amalan yang dilakukan, kalau bukan atas dasar ilmu dan yakin serta faham apa yang mereka perbuat akan nampak ganjil dan pincang hasilnya. Sesuatu yngg dibuat bukan dari hati yang ikhlas, walaupun nampak hebat tetapi semuanya kosong. Tiada nilai di sisi Allah.

Wanita yang memakai tudung selain daripada keinginan untuk menutup aurat, tidak akan dapat berbohong dengn Allah walaupun di dunia mereka berjaya membohongi mata manusia mengatakan mereka juga sudah menutup aurat.

Tetapi di akhirat nanti, niat sebenar dan apa yang ada di dalam hati mereka akan diselongkar dan didedahkan oleh Allah.

Rasulullah s.a.w. pernah ditanya oleh seorang sahabat: "Ya Rasulullah, dengan apakah mencapai keselamatan kelak?" Jawab Nabi s.a.w: "Jangan menipu Allah."

Orang itu bertanya lagi: "Bagaimana menipu Allah?" Jawab baginda: "Iaitu mengerjakan apa yang diperintahkan oleh Allah, tetapi tidak kerana Allah."
Di awal 90-an, bilangan wanita bertudung mulai bertambah ramai. Di mana-mana sahaja kita boleh bersua dengan muslimah yang menutup aurat, di kilang, sekolah, stesen bas, pejabat, pasar, universiti, malah beberapa orang pengacara televisyen dan personaliti radio pun sudah memakai tudung. Alhamdulillah! "

FATWA-FATWA ULAMA BERKENAAN MENJATUHKAN PEMERINTAH

1. Fatwa Samahatus Syeikh Abdul Aziz Ibn Abdullah Ibn Baaz

Soalan 1:

Samahat al-Syeikh, ada yang berpendapat bahawa perbuatan sesetengah pemimpin melakukan maksiat dan dosa besar, mewajibkan kita berusaha untuk menjatuhkannya dan melakukan reformasi walaupun perbuatan akan membawa mudarat kepada orang Islam dalam negeri tersebut. Peristiwa yang dialami oleh Negara-neraga Islam cukup banyak, apa pendapat syeikh?

Jawapan:

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam, serta selawat Allah ke atas Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam, keluarganya dan sahabat-sahabat serta mereka yang mengikuti hidayahnya.

Sesungguhnya Allah Ta'ala telah berfirman:


Maksudnya: "Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul-Nya, dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, Maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al Quran) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya." (Surah an-Nisa': 59)

Ayat ini mewajibkan taat kepada pemimpin yang meliputi para umara dam ulama. Dalam satu hadis, Nabi sallallahu 'alaihi wasallam menegaskan bahawa ketaatan ini merupakan sesuatu yang wajib, dan menjadi fardu dalam perkara-perkara yang makruf.

Nas daripada as-Sunnah menerangkan makna dan menyokong ayat tersebut bahawa yang dimaksudkan dengan taat itu ialah ketaatan mereka pada perkara yang makruf. Maka wajib bagi umat Islam taat pada pemimpin mereka dalam perkara yang makruf, dan bukan pada perkara maksiat. Apabila pemimpin menyuruh melakukan maksiat, mereka tidak boleh ditaati, tetapi tidak harus menderhakai atau cuba menggulingkan mereka berdasarkan sabda Nabi sallallahu 'alaihi wasallam:


Maksudnya: "Barang siapa yang diperintahkan oleh seorang pemerintah, kemudian ia melihatnya melakukan maksiat kepada Allah Ta'ala, hendaklah ia membenci perkara maksiat tersebut, tetapi tidak boleh mencabut ketaatannya kepada pemimpin tadi." (Hadis riwayat Muslim)


Maksudnya: "Barang siapa yang keluar daripada ketaatan, serta berpisah daripada jemaah, lalu ia mati, maka matinya dalam keadaan jahiliah." (Hadis riwayat Muslim)


Maksudnya: "Wajib ke atas seseorang itu, dengar dan taat apa yang dia suka ataupun benci, kecuali apabila dia diarah melakukan maksiat. Pada ketika itu tidak perlulah ia dengar dan taat." (Hadis riwayat Muslim)

Para sahabat pernah bertanya Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam, apabila baginda menyebut tentang terdapat segolongan pemerintah yang kamu mendapat kebaikan dan kemungkaran daripada mereka. "Apa yang patut kami lakukan?" Baginda bersabda:


Maksudnya: "Tunaikanlah hak mereka, dan pohonkanlah kepada Allah hak kamu." (Hadis riwayat Bukhari)

Ubadah bin al-Samit berkata: "Kami berbaiah kepada Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam untuk memberi ketaatan dalam keadaan kami suka atau benci, dalam keadaan susah dan senang, kami akan mengutamakan Rasulullah ke atas diri kami sendiri dan kami tidak merampas hak pemerintah." Kemudian Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Kecuali jika kamu dapati kekafiran yang jelas, yang ada dalil dan bukti daripada Allah Ta'ala."

Ini merupakan dalil bahawa tidak harus menderhakai pemerintahan serta cuba menjatuhkan mereka, kecuali jika terhadap kekurufan yang nyata yang terdapat dalil daripada Allah Ta'ala. Ini kerana cubaan untuk menjatuhkan seseorang pemimpin boleh menyebabkan kerosakan yang besar serta keburukan yang dapat menggugat keamanan serta mengabaikan kewajipan. Pada ketika itu tiada orang dapat menghalang kezaliman dan membantu mereka yang dizalimi, serta keadaan menjadi kacau-bilau dan keamanan tidak lagi wujud.

Oleh itu, cubaan untuk menggulingkan seseorang pemimpin boleh membawa padah yang buruk serta keburukan yang nyata. Kecuali pada ketika umat Islam melihat kekufuran yang nyata, yang ada dalil daripada Allah tentang kekufuran mereka itu. Pada ketika itu haruslah menjatuhkan pemerintah tadi jika mereka mempunyai kekuatan. Tetapi jika mereka tidak mempunyai kekuatan, ataupun perbuatan mereka menjatuhkan pemerintah tadi boleh membawa kepada kerosakan yang lebih besar, maka tidak harus bagi mereka menjatuhkannya demi menjaga maslahah umum, berdasarkan kaedah syarak yang disepakati iaitu: Tidak harus menjatuhkan kejahatan dengan sesuatu yang lebih buruk daripadanya, bahkan mesti menolak keburukan itu dengan sesuatu yang dapat menghapuskannya atau meringankannya. Adapun menolak keburukan dengan keburukan yang lebih besar, maka hal ini tidak harus dengan ijmak (kesepakatan) para ulama.

Jika kumpulan yang melucutkan jawatan pemerintah yang melakukan kekufuran yang nyata itu mempunyai kekuatan untuk berbuat demikian dan menggantikannya dengan seorang pemerintah yang soleh dan baik tanpa membabitkan sebarang kemusnahan terhadap orang Islam, maka hal itu dibenarkan.

Tetapi jika perbuatan mereka itu mendatangkan kerosakan, menggugat keamanan, menzalimi orang ramai, serta lain-lain keburukan maka perbuatan itu tidak diharuskan. Bahkan mereka diwajibkan bersabar, dengar dan taat di dalam perkara yang makruf. Menasihati pemimpin serta menyeru mereka ke arah kebaikan. Mereka juga mesti berusaha meringankan atau mengurangkan kejahatan tersebut serta memperbanyakkan kebaikan.

Inilah jalan sebenar yang mesti diikuti untuk mendapatkan kemaslahatan bagi umat Islam. Ia juga dapat mengurangkan kejahatan dan menambah kebaikan selain daripada dapat menjaga keamanan dan menyelamatkan orang Islam daripada terjerumus ke dalam keburukan yang lebih besar. Kita pohon taufik dan inayah daripada Allah Ta'ala.

Soalan 2:

Kita telah mengetahui bahawa hakikat ini merupakan asas di dalam ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah. Tetapi yang menyedihkan ialah terdapatnya satu golongan daripada mereka yang mengganggap perkara ini sebagai pemikiran yang lemah serta melambangkan penghinaan kepada Islam, walaupun hal ini telah diperjelaskan. Hasil daripada itu mereka menyeru para pemuda supaya menggunakan kekerasan sebagai cara untuk membuat perubahan. Betulkah begitu?

Jawapan:

Pendapat seperti ini merupakan satu kesilapan serta menandakan kefahaman penuturnya cetek. Ini berlaku kerana mereka tidak memahami al-Sunnah serta tidak mengetahui sebagaimana sepatutnya. Mereka hanya dibuai semangat kosong serta ghairah untuk membuang kemungkaran walaupun mereka tersungkur sebagaimana golongan Khawarij dan Muktazilah yang terdahulu. Kecintaan serta keghairahan mereka untuk menegakkan kebenaran itu membawa mereka terjerumus ke dalam kebatilan sehingga mereka sanggup mengkufurkan orang Islam dengan sebab melakukan maksiat ataupun mereka kekal di dalam nereka kerana maksiat tersebut sebagaimana yang dilakukan oleh golongan Muktazilah.

Golongan Khawarij mengkafirkan mereka yang melakukan maksiat dan menganggap mereka kekal di dalam neraka. Manakala golongan Muktazilah pula bersetuju dengan mereka pada kesudahan mereka, bahawa mereka kekal di dalam neraka. Tetapi mereka mengatakan bahawa di dunia mereka berada pada satu tingkat di antara dua tingkat. Semua itu merupakan kesesatan. Sebenarnya pendapat Ahli Sunnah lebih tepat, iaitu mereka yang melakukan maksiat tidak jatuh kufur selagi mana ia tidak menghalalkannya.

Apabila ia berzina, ia tidak kufur, begitu juga jika ia mencuri atau minum arak. Tetapi ia dianggap melakukan maksiat lemah imannya serta fasiq. Ia mesti dihukum dengan hukum hudud. Ia tidak jatuh kufur kecuali jika ia menghalalkan perbuatan maksiat tersebut dan berkata: "Perbuatan itu halal."

Apa yang dikatakan oleh golongan Khawarij itu merupakan batil, begitu juga dengan perbuatan mereka mengkafirkan manusia. Oleh itu, golongan seperti mereka inilah dikatakan oleh Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam sebagai:


Maksudnya: "Mereka keluar daripada ajaran Islam dan tidak kembali kepadanya."

Mereka memerangi golongan Islam tetapi membiarkan penyembah berhala. Inilah keadaan golongan Khawarij dengan sebab sifat melampau, kejahilan serta kesesatan mereka. Tidak sepatutnya ajaran golongan Khawarij dan Muktazilah tadi manjadi ikutan.

Bahkan mereka wajib mengikuti landasan Ahli Sunnah Wal Jamaah yang berdasarkan dalil syarak iaitu nas al-Quran dan hadis sebagaimana ia diturunkan. Tidak sepatutnya mereka menderhakai pemerintah hanya dengan sebab kemaksiatan yang dilakukannya. Bahkan menjadi tugas mereka untuk menasihati pemerintah tersebut sama ada secara lisan ataupun bertulis dengan cara yang baik serta berhikmah dan dengan perdebatan yang bermanfaat sehingga mereka berjaya, sehinggalah keburukan tadi hilang atau berkurangan, dan timbulnya kebaikan sebagaimana firman Allah Ta'ala:

Maksudnya: "Maka disebabkan rahmat dari Allah-lah kamu berlaku lemah-lembut terhadap mereka. sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu." (Surah Ali 'Imran: 159)

2. Fatwa Syeikh Muhammad Ibn Shalih Al-'Utsaimin

Soalan 1:

Terdapat kemusykilan dikalangan pemuda Islam tentang cara untuk berhadapan dengan kemungkaran yang bertebaran di banyak negara Islam. Adakah mereka patut menghadapinya dengan cara yang kasar sebagaimana yang dilakukan oleh segelintir pemuda, ataupun berhadapan dengannya dengan cara yang lain tetapi tidak mendatangkan hasil, terutamannya apabila negara tersebut tidak mengamalkan hukum dan syariat Allah seperti yang sepatutnya. Apakah nasihat tuan kepada mereka?

Jawapan:

Saya berpendapat bahawa mereka sepatutnya menerangkan Islam yang sebenarnya meliputi bidang aqidah, amalan ibadat serta akhlak. Sepatutnya mereka tidak menyerang golongan tersebut sehingga membuatkan mereka lari. Pada pendangan saya jika Islam dipersembahkan dengan cara yang sebaiknya, fitrah manusia tentu akan menerimanya, walaubagaimana sekalipun keadaan mereka kerana agama Islam itu sesuai dengan fitrah manusia yang suci. Sebaliknya perbuatan mencela sejarah silam nenek moyangnya, menjadikan mereka lari dan benci terhadap dakwah yang benar itu. Allah Ta'ala berfirman:

Maksudnya: "Janganlah kamu mencela mereka yang menyembah selain daripada Allah. Akibatnya mereka akan mencela Allah secara liar tanpa sebarang pengetahuan. Dan begitulah kami hiaskan bagi setiap umat itu amalan mereka." (Surah Al-An'aam: 108)

Oleh itu, aku berpendapat, bagi saudaraku para pendakwah dalam masyarakat sebarang begini supaya mengambil berat dalam menerangkan kebenaran dan kebatilan seperti asalnya tanpa mencemuh secara langsung amalan mereka.

Soalan 2:

Apakah hukumnya mengadakan mogok bekerja dengan tujuan untuk menjatuhkan sistem sekular yang sedang dilaksanakan dalam sesebuah negara Islam, dan apakah hukum memprotes seperti mana dalam hadis mengenai seorang yang disakiti oleh jirannya, lantas ia mengadu kepada Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam, kemudian ia mengeluarkan barangan rumahnya di halaman (sebagaimana tanda protes).

Jawapan:

Soalan ini sebenarnya membahayakan pemudi-pemudi islam kerana mogok bekerja tidak digariskan oleh syarak. Persoalan ini juga sebenarnya membawa kemudaratan yang lebih besar sungguhpun perkara yang dikemukakan agak penting. Tidak dinafikan bahawa perkara ini boleh memberi tekanan kepada kerajaan yang memerintah. Namun perkara yang penting di sini ialah menjatuhkan sistem sekular. Justeru, perlu disahkan terlebih dahulu bahawa sistem yang sedia terpakai itu ialah sistem sekular. Sekiranya telah disahkan perkara tersebut, hendaklah kita ketahui bahawa tidak harus bagi kita mengingkari pemerintah melainkan dengan syarat-syarat tertentu sepertimana yang telah dijelaskan oleh Nabi sallallahu 'alaihi wasallam:

Hadis daripada Ubadah bin Samit radiallahu 'anhu:

"Kami telah memberi baiah untuk taat setia kepada Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam dalam perkara yang kami suka ataupun yang kami tidak suka, kegembiraan kami ataupun kedudukan kami dan mendahului baginda daripada diri-diri kami dan bahawa kami tidak bantah arahan ahlinya, sabdanya: "Melainkan sekiranya engkau melihat kekufuran yang nyata berdasarkan kepada dalil-dalil daripada Allah."

- Syarat yang pertama: Hendaklah engkau mengetahui dengan yakin bahawa pemerintah telah melakukan kekufuran.

- Syarat yang kedua: Hendaklah pemerintah telah melakukan kekufuran, sekiranya dia telah melakukan kefasiqan maka tidak harus keluar daripada pemerintahannya.


- Syarat yang ketiga: Hendaklah kekufuran itu kekufuran yang nyata, tiada keraguan serta tidak boleh ditakwilkan.

- Syarat yang keempat: Hendaklah kekufuran itu dibuktikan dengan nas yang pasti, sama ada daripada al-Quran, sunnah atau ijmak.


- Syarat yang kelima: Hendaklah pihak yang menentang kerajaan mempunyai kekuatan yang secukupnya untuk menjatuhkan kerajaan yang sedia ada. Jika perkara yang sebaliknya berlaku, akan berlakulah kemudaratan yang lebih besar. Oleh itu, hendaklah mereka terus berdiam diri di bawah kerajaan yang memerintah di samping memperkukuhkan kekuatan untuk menegakkan agama Islam.

Demikianlah lima syarat yang mesti dipenuhi untuk menjatuhkan sistem sekular dalam sesebuah negara. Sekiranya mogok bekerja dilakukan selepas kelima-lima syarat di atas dipenuhi, maka tidak menjadi kesalahan untuk menjatuhkan kerajaan sekular yang memerintah. Sebaliknya, jika salah satu syarat yang telah disebutkan tadi tidak dipenuhi, maka tidak harus diadakan mogok bekerja dan tidak harus menjatuhkan sistem yang sedia terpakai.

3. Fatwa Syeikh Shalih Fauzan Al-Fauzan

Soalan 1:

Apa yang berlaku dalam sesetengah masyarakat ilmuwan Islam hari ini ialah tersebarnya pengaruh fahaman sesat puak Khawarij dan Muktazilah, ada antara mereka yang mengkafirkan pihak lain serta membenarkan kekerasan terhadap umat Islam, apa pendapat anda dalam hal ini?

Jawapan:

Ini suatu dasar yang salah kerana Islam melarang kita menggunakan kekerasan (keganasan) dalam berdakwah. Allah berfirman:

Maksudnya: "Serulah ke jalan Tuhan-Mu dengan bijaksana dan pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka dengan cara yang lebih baik." (Surah An-Nahl: 125)

Allah berfirman kepada Nabi Musa dan Nabi Harun 'alaihimassalam apabila berdepan dengan Fir'aun:

Maksudnya: "Kemudian hendaklah kamu berkata kepadanya, dengan kata-kata yang lemah lembut, semoga ia beringat atau takut." (Surah Taha: 44)

Kekerasan akan dibalas dengan kekerasan dan ia tidak akan memberi manfaat, malah yang sebaliknya akan berlaku. Ia akan memberi kesan yang lebih buruk kepada umat Islam.

Dakwah perlu dilaksanakan dengan penuh kebijaksanaan, dengan cara yang terbaik serta dengan mendekati orang yang didakwah. Penggunaan kekerasan dan paksaan tidak terdapat dalam teknik penyampaian dakwah. Maka wajiblah umat Islam mengikut sunnah Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam dan panduan al-Quran dalam menyampaikan dakwah.

Isu "takfir" (mengkafirkan orang lain) ada kaitannya dengan syarak. Ulama Ahli Sunnah wal Jamaah telah menjelaskan sebab-sebab yang boleh menjadikan seseorang itu kafir dengan bukti yang jelas.

Soalan 2:

Amat dikesali, di sana ada yang mengharuskan kederhakaan kepada sesebuah kerajaan tanpa sebab-sebab yang dibolehkan oleh syarak, apakah dasar yang harus kami ikuti apabila berurusan dengan pemerintah Islam dan pemerintah bukan Islam?

Jawapan:

Pemerintah Islam wajib ditaati dan dipetuhi. Allah Ta’ala berfirman:


Maksudnya: "Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul-Nya, dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, Maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al Quran) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya." (Surah an-Nisa': 59)

Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam pula menyebut dalam hadisnya yang bermaksud:

“Aku berpesan kepada kamu agar bertakwa kepada Allah dan mentaati pemimpin kamu, sesungguhnya barangsiapa yang hidup selepas kamu akan melihat banyak perpecahan (perselisihan), maka hendaklah kamu mengikuti sunnahku dan sunnah Khulafa’ al-Rasyidin selepasku, berpegang teguhlah kamu dengannya dan gigitlah ia dengan gigi geraham (jangan lepaskan ia).”

Hadis ini menepati ayat yang sebelumnya. Dalam hadis yang lain, Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda lagi dengan maksudnya:

“Barangsiapa yang mentaati pemerintah, sesungguhnya ia telah mentaati aku, barangsiapa yang mengingkari pemerintah, sesungguhnya ia telah mengingkari aku.”

Terdapat juga hadis-hadis lain yang menuntut kita agar mentaati pemerintah antaranya ialah:

“Dengar dan taatlah walaupun hartamu dirampas dan dipukul belakangmu.”

Pemerintah Islam wajib ditaati selagi mana ia mentaati perintah Allah. Sekiranya dia menyuruh maksiat, maka dia tidak perlu ditaati (maksiat tersebut).

Adapun berurusan dengan pemerintah yang bukan Islam berbeza mengikut keadaan-keadaan yang tertentu. Sekiranya orang Islam mempunyai kekuatan dan keupayaan untuk memeranginya, maka ia perlu ditumbangkan, kemudian pemerintah Islam perlu dilantik. Ini dianggap sebagai usaha jihad di jalan Allah.

Sebaliknya, jika orang Islam tidak mampu menumbangkannya, maka tidak harus menentangnya kerana ia akan lebih memudaratkan dan melemahkan umat Islam.

Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam berada di Makkah selama 13 tahun selepas pelantikannya sebagai Rasul dan Makkah pada waktu itu di bawah pemerintah orang kafir. Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam bersama-sama sahabat-sahabatnya tidak memberontak dan tidak memerangi orang kafir pada waktu itu. Peperangan tidak dibenarkan melainkan selepas hijrah Nabi ke Madinah, selepas terbentuknya daulah Islamiyyah dan jemaah Islam yang berupaya memerangi orang kafir. Inilah dasar Islam.

Orang Islam perlu berpegang dengan agama Islam dan mempertahankan akidah mereka jika mereka berada di bawah pemerintahan bukan Islam yang tidak mampu ditumpaskannya. Mereka tidak perlu membahayakan diri mereka dengan menentang orang kafir kerana ia akan melemahkan gerakan dakwah. Jika mereka telah mempunyai kekuatan untuk berjihad, mereka perlu berjuang di jalan Allah mengiku landasan syariah.

Soalan 3:

Terdapat juga dalam kalangan pelajar yang mengambil mudah dengan mengatakan seseorang Muslim itu murtad. Ada juga yang mengajak orang lain melaksanaan hukumuan hudud ke atas orang yang murtad apabila sultan tidak melaksanaankan hukuman hudud tersebut?

Jawapan:

Melaksanakan hukum hudud adalah sesuatu yang baik bagi pemerintahan Islam. Tetapi tidak semua orang boleh melaksanakannya kerana mungkin akan tercetus huru-hara, pemberontakan, fitnah dan perpecahan dalam masyarakat. Nabi sallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

Maksudnya: "Maafkanlah kesalahan hudud di antara kamu, apabila telah sampai kes hudud kepada sultan, maka Allah akan melaknati penerima sogokan dan pemberi sogokan (orang yang cuba menggagalkan pelaksanaannya).”

Antara tugas-tugas pemerintah dalam Islam ialah melaksanakan hukuman hudud apabila telah sabit mengikuti syariat dalam mahkamah akan kesalahan orang yang melakukan jenayah seperti kesalahan murtad, mencuri dan sebagainya.

Kesimpulannya, pelaksanaan hudud adalah budi bicara pemerintahan, sekiranya tidak berlaku maka cukuplah dengan menyuruh melakukan kebaikan dan mencegah kemungkaran serta berdakwah ke jalan Allah dengan penuh hikmah, pengajaran yang baik dan berhujah dengan cara yang terbaik. Dalam hal ini, tidak harus bagi individu untuk melaksanakan hudud kerana ia akan menimbulkan huru-hara, fitnah dan pemberontakan. Ia juga akan lebih membawa kemusnahan daripada kebaikan. Antara kaedah-kaedah syarak ialah: “Kejahatan (kerosakan) lebih utama dihindarkan untuk mendapatkan kebaikan.”

Selesai nukilan fatwa-fatwa ulama.

*Fatwa-fatwa di atas di ambil dari buku “Sistem Politik Islam Menurut Pandangan Al-Quran, Al-Hadis dan Pendapat Ulama Salaf,” Karya Khalid Ali Muhammad Al-‘Anbariy, Terbitan Telaga Biru, Rujuk Lampiran; Fatwa Samahatus Syeikh Abdul Aziz Ibn Abdullah Ibn Baaz, no: 1 & 2. Fatwa Syeikh Muhammad Ibn Shalih Al-'Utsaimin, no: 1 & 7. Fatwa Syeikh Shalih Fauzan Al-Fauzan, no: 6, 8 & 11. Judul Asli: Fiqh As-Siyasah Asy-Syar’iyyah Fii Dhaw`i Al-Qur’an wa As-Sunnah wa Aqwal Salaf Al-Ummah.

eNAM PESANAN KHUSUS UNTUK WANITA

1. Jaga solat pd awal waktu. Kalau datang haid sekalipun jika tidak dpt
solat, kena duduk atas tikar sembahyang supaya anak tidak lihat kita meninggal solat.

2. Hidupkan Bacaan Hadis Nabi saw di rumah dengan keluarga. Dianjur
baca Hadis Fadhilat Amal. Ini amaln sahabiah zaman Nabi saw sehingga
dr rumah kita keluar anak-anak yg soleh yg mendoakan kesejahteraan
kedua ibubapa dunia/akhirat.

3. Baca Al Quran setiap hari walaupun hanya 8 ayat. Kalau tak mampu nak
baca krn terlalu sibuk, cukup dengan mencium Al Quran dan muhasabah
'Ya Allah, apa dosa sy hingga saya tak dapat nak baca kitab Mu pada hari ini."

4 . Mendidik anak secara Islam. Mengajar anak-anak dari kecil bermula
dgn doa-doa masnun.Iaitu doa seharian Nabi saw saperti doa tidur,
bangun tidur, makan dan sebagainya.

5. Hidup sederhana dengan tidak membebankan suami. Setiap hari malaikat
akan mhantar 500 jambangan bunga dari syurga untuk wanita yg hidup sederhana.
Setiap titisn air masakan dan basuhan mereka akan menjadi zikir mohon
keampunan kepada Allah swt atas wanita tersebut.

6. Galak suami untuk bermujahadah atas Agama Allah. Seorang isteri yg
menggalakkan suaminya untuk solat berjemaah di Masjid/Surau akan dapat
pahala berjemaah suaminya termasuk solat dia sendiri.

Empat Jenis Manusia Dalam Dunia

1. Mereka yang tidak ada lidah dan tidak ada hati.

Mereka ini ialah orang-orang yang bertaraf biasa, berotak tumpul dan berjiwa kerdil yang tidak mengenang Allah dan tidak ada kebaikan pada mereka. Mereka ini
ibarat melukut yang ringan, kecuali mereka dilimpahi dengan kasih sayang
Allah dan membimbing hati mereka supaya beriman serta menggerakkan
angota-anggota mereka supaya patuh kepada Allah.
Berhati-hatilah supaya kamu jangan termasuk dalam golongan mereka.
Janganlah kamu layan mereka dan janganlah kamu bergaul dengan mereka.
Merekalah orang-orang yang dimurkai Allah dan penghuni neraka. Kita minta
dilindungi Allah dari pengaruh mereka. Sebaliknya kamu hendaklah cuba
menjadikan diri kamu sebagai orang yang dilengkapi dengan Ilmu Ketuhanan,
Guru kepada yang baik,Pembimbing kepada agama Allah,Penyampai dan pengajak kepada manusia kepada jalan Allah.Berjaga-jagalah jika kamu hendak mempengaruhi mereka supaya mereka patuh kepada Allah dan beri amaran kepada mereka terhadap apa-apa yang memusuhi Allah. Jika kamu berjuang di jalan Allah untuk mengajak mereka menuju Allah, maka kamu akan jadi pejuang dan pahlawan di jalan Allah dan akan diberi ganjaran seperti yang diberi kepada Nabi-nabi dan Rasul.
Nabi Muhammad SAW pernah bersabda kepada Sayyidina Ali;
"Jika Allah membimbing seseorang melalui bimbingan kamu kepadaNya, maka itu
terlebih baik kepada kamu dari apa-apa sahaja di mana matahari terbit".

2. Mereka yang ada lidah tetapi tidak ada hati.

Mereka bijak bercakap tetapi tidak melakukan seperti yang dicakapkannya.
Mereka mengajak manusia menuju Allah tetepi mereka sendiri lari dari
Allah.Mereka benci kepada maksiat yang dilakukan oleh orang lain, tetapi
mereka sendiri bergelumbang dalam maksiat itu.Mereka menunjuk kepada orang lain yang mereka itu Soleh tetapi mereka sendiri melakukan dosa-dosa yang besar.
Bila mereka bersendirian, mereka bertindak selaku harimau yang berpakaian.
Inilah orang yang dikatakan kepada Nabi SAW. dengan sabda;
"Yang paling aku takuti dan aku pun takut di kalangan umatku ialah orang alim yang jahat".
Kita berlindung dengan Allah daripada orang alim seperti itu. Oleh itu,larilah dan jauhkan diri kamu dari orang-orang seperti itu. Jika tidak,kamu akan terpengaruh oleh kata-kata manis yang bijak berbicara itu dan api dosanya itu akan membakari kamu dan kekotoran hatinya akan membunuh kamu.

3. Mereka yang mempunyai hati tetapi tidak ada lidah.

Dia adalah seorang yang beriman.Allah telah mendindingkan mereka daripada makhluk dan menggantungkan di keliling mereka dengan tabirNya dan
memberi mereka kesedaran tentang cacat cedera diri mereka. Allah menyinari hati mereka dan menyedarkan mereka tentang kejahatan yang timbul oleh kerana mencampuri urusan orang ramai dan kejahatan yang timbul oleh kerana mencampuri orang ramai dan kejahatan kerana bercakap banyak.
Mereka ini tahu bahawa keselamatan itu terletak dalam "DIAM" dan bekhalwat.
Nabi SAW. pernah bersabda;
"Barangsiapa yang diam akan mencapai keselamatan".
Sabda baginda lagi;
"Sesungguhnya berkhidmat kepada Allah itu terdiri dari sepuluh bahagian,
sembilan darinya terletak dalam diam".
Oleh itu mereka dalam golongan jenis ini adalah Wali Allah dalam rahsiaNya,
dilindungi dan diberi keselamatan, bijaksana, rakan Allah dan diberkati
dengan keredhoan dan segala yang baik akan diberikan kepada mereka.
Oleh itu, kamu hendaklah berkawan dengan mereka dan bergaul dengan
orang-orang ini dan diberi pertolongan kepada mereka. Jika kamu berbuat
demikian, kamu akan dikasihi Allah dan kamu akan dipilih dan dimasukkan
dalam golongan mereka yang menjadi Wali Allah dan hamba-hambanya yang
Soleh.
4.Mereka yang diajak ke dunia tidak nampak(Alam Ghaib), diberi pakaian kemuliaan seperti dalam sabda Nabi SAW;

'Barangsiapa yang belajar dan mengamalkan pelajarannya dan mengajarkan
orang yang lain, maka akan diajak ke dunia ghaib dan permuliakan".
Orang dalam golongan ini mempunyai ilmu-ilmu Ketuhanan dan tanda-tanda
Allah. Hati mereka menjadi gedung ilmu Allah yang amat berharga dan orang
itu akan diberi Allah rahsia-rahsia yang tidak diberi kepada orang lain.
Allah telah memilih mereka dan membawa mereka hampir hampir kepadaNya.
Allah akan membimbing mereka dan membawa mereka ke sisiNya. Hati mereka
akan dilapangkan untuk menerima rahsia-rahsia ini dan ilmu-ilmu yang tinggi. Allah jadikan mereka itu pelaku dan lakuanNya dan pengajak manusia kepada jalan Allah dan melarang membuat dosa dan maksiat. Jadilah mereka itu "Orang-orang Allah". Mereka mendapat bimbingan yang benar dan yang mengesahkan kebenaran orang lain.
Mereka ibarat timbalan Nabi-nabi dan Rasul-rasul Allah. Mereka sentoasa
mendapat taufiq dan hidayah dari Allah Yang Maha Agung. Orang yang dalam
golongan ini adalah pada peringkat terakhir atau puncak kemanusian dan
tidak ada Maqam di atas ini kecuali Kenabian.
Oleh itu hati-hatilah kamu supaya jangan memusuhi dan membantah orang-orang
seperti ini dan dengarlah cakap atau nasihat mereka. Oleh itu, keselamatan
terletak dalam apa yang dicakapkan oleh mereka dan dalam berdamping dengan
mereka, kecuali mereka yang Allah beri kuasa dan pertolongan terhadap hak
dan keampunanNya.

Sheikh Abdul Qadir Al-Jailan telah bahagikan manusia itu kepada empat golongan. Sekarang terpulanglah kepada diri kita untuk memeriksa diri sendiri jika kita mempunyai fikiran. Dan selamatkanlah diri kita jika ingin keselamatan. Mudah-mudahan Allah membimbing kita menuju kepada apa yang dikasihiNya dan diredhaiNya, dalam dunia ini dan di akhirat kelak.
Dipetik dari Kitab Futuuhul Ghaib oleh Sheikh Abdul Qadir Al-Jailani.

DUIT ATAU TUHAN

Duit lebih penting daripada pahala! dalam erti kata lain duit lebih penting daripada taat kepada Tuhan!!!

Aku harap ader yang brani komen dengan sejujurnya!! mana lebih penting daripada Duit dan Tuhan..

Contohnya permulaan hidup kita, bangun SUBUH..perghhh malas gilerr, dah bangun tapi nak tambah extra time 5min sambung tido! pahtuu masuk extra time lg...sudden death...then DEATH.. subuh hilang entah ke manaa.. bangun-bangun tanpa rasa bersalah (sangat bahaya ni..means iman sudah tiada)----- tapi bila bangun mau pergi kerja tengok jam dah lewat sikit bukan main berlari-berlari masuk tandas mandi! time subuh takde pulak tengok jam lewat terus berlari-lari amik WUDUK...betol kan??

Punch card punyer taknak kasi merah...takut duit gaji kena potong 50sen..cisss taik la korang! pahala subuh-subuh pun xde plak ko rasa nak berkira macam tuu...terang lagi pahala tu lebih besar dari gaji ko seumur hidup!

Tiba sahaja bab makan! gaji dah masuk kan..awal bulan ni mesti nak makan bes-bes nie..paling kurang pun lamb chop laa 3malam berturut-turut.. tapi takde pulak korang pikir awal bulan nie nak SEDEKAH banyak mana yer dekat anak yatim, surau, masjid, peminta sedekah tepi jalan tuu.. korang tau pertolongan korang yang sedikti membuat seseorang tu bahagia kerana beban yg tertimpa padanya rasa sudah diringan kan,contoh paling mudah cerita keluang man laa(xtau cerita nie seyesss bukan rakyat malaysia)..

Pernah tak kita menolong orang dengan ikhlas membuat kita rasa TENANG!..xpernah?? maknanya-ko mati xde aku kesah pun

Setiap hari manusia sibuk pikir nak beli iphone, blueberry, upgrade pc, shopping, modified kereta, kasut baru n macam2 laaa..tapi serius jarang sekali pikir nak beli kopiah baru, telekung baru, sejadah baru...pasal aku dah tengok nazak sangat la korang punyer..bau haprak tuu xtahan sangat.. yg lelaki tunggu hari jumaat jer baru cari benda2 tuu... butang baju melayu xde pun xperlaaa..INI MAU MENGADAP TUHAN!! ...aduss kereta calar sikit bukan main mengamuk padahal anak sendiri yang buat. Yang mana sepatutnya penting nieeeeee???

Saturday, 17 September 2011

Dua Golongan Kafir Yang Memusuhi Islam

Telah dijelaskan di dalam Al-Quran yang mulia tentang dua golongan orang kafir yang amat memusuhi umat Islam.Dua golongan itu adalah golongan Yahudi dan Nasrani.

Ini adalah Jigsclue #003 di bawah codename 'connection'.SILA BACA DENGAN TELITI.

Secara kasar kita biasanya mengetahui bahawa golongan Yahudi yang dimaksudkan dalam ayat Al-Quran itu adalah tentunya orang-orang Yahudi yang jahat di Israel sana,merampas negara dan membunuh orang Islam Palestin.Dan orang Nasrani pula lagilah mudah,tentu saja orang Kristian sekarang ini.Tetapi tahukah anda bahawa Al-Quran yang mulia itu bukan sahaja memberikan banyak pembayang (clue) dan gambaran,malah sebenarnya memberikan sekali hakikat dan maksud tersirat dalam ayat-ayatnya yang menakjubkan.BENARLAH AL-QURAN ITU ADALAH MUKJIZAT RASULULLAH S.A.W.

Dalam penyelidikan Teologi-Politik dewasa ini,Yahudi dan Nasrani adalah istilah umum dalam Al-Quran,di mana Yahudi yang dimaksudkan itu adalah ZIONIS ANTARABANGSA.Pergerakan ini berselindung di bawah nama menuntut hak 'Tanah yang Dijanjikan' (Promised Land) namun sebenarnya ingin menghapuskan Islam dan merampas artifak-artifak (relic) penting Islam berserta tempat sucinya sekali kerana mereka percaya akan kemukjizatan (magic) objek-objek mistik dan bersifat kultus ini (sebagai contoh Spear of Destiny, Ark of Covenant,The True Cross,Holy Grail,Hajar Aswad dll).

Satu lagi pertubuhan yang menjadi 'front' kepada Yahudi adalah FREEMASON yang terang-terang mengambil ajaran Kabbalah sebagai tunjang pergerakannya.Dari Freemason bercambah lagi berpuluh-puluh pergerakan malah tidak mustahil beratus-ratus lagi pergerakan dibelakangnya dan juga 'puppet man' yang mengawal semua pergerakan Yahudi ini.ANDA NAMPAK SEKARANG APA YANG INGIN DISAMPAIKAN OLEH ALQURAN?

Golongan Yahudi pula terbahagi kepada dua.Satu adalah Yahudi Ortodoks yang kepercayaannya menghampiri ketulenan ajaran Nabi Musa dan Taurat serta golongan Yahudi yang tidak bersetuju dengan Zionis.Golongan ini dipercayai adalah minoriti dan terpinggir.Golongan yang kedua adalah Yahudi-Kabbalah yang berpegangkan ajaran Taurat yang diselewengkan,juga kitab Talmud iaitu kitab mistik sesat tulisan para rabbi Yahudi dan ajaran pagan.Golongan ini juga bergabung dengan Yahudi Khazar,iaitu bangsa Khazar yang menduduki kawasan Asia Tengah yang menganut agama Yahudi dan Yahudi Ashkenazi iaitu satu puak Yahudi yang umum diketahui berbahaya dan menjadi pengikut setia Dajal Laknatullah.INILAH DIA BAHAGIAN YAHUDI YANG DIBERITAHU OLEH ALQURAN.

Golongan yang kedua disebut di dalam AlQuran adalah Nasrani.Nasrani yang dimaksudkan itu adalah komplot Vatikan-Jesuit.Kumpulan ini memegang posisi penting dalam dunia Kristian khasnya aliran Katolik.Vatikan sebagaimana yang diketahui adalah pusat pemerintahan Paus,iaitu ketua umum Gereja Roman Katolik.Pejabatnya adalah St. Peter Basillica, bekas kuil pagan zaman Rom yang diubahsuai.Sebab itu di dalamnya penuh dengan berhala-berhala Rom di mana ketika itu Emperor Constatine masih sayangkan dewa-dewi Romnya walaupun telah dibaptiskan.Dari sini ajaran Nabi Isa yang dibawakan oleh golongan Nasrani terawal telah bercampur-aduk dengan doktrin pagan sesuai dengan selera Constatine tanpa banyak dibantah oleh pendeta Kristian kerana takutkan kezaliman Emperor Rom yang diketahui umum mempunyai sejarah panjang menyeksa dan membunuh orang-orang Kristian awal.Ditambah pula dengan penyelewengan demi penyelewengan yang dilakukan oleh pendeta-pendeta Kristian yang mengubah Injil sesuka hati dengan contoh yang paling popular adalah 'kerja-kerja' yang dilakukan oleh Paul (Surat-surat Paul) si Yahudi yang pada awalnya dikatakan antara orang yang suka menyeksa orang Kristian kemudiannya masuk agama tersebut.Jadi benarlah bayangan AlQuran yang mengatakan orang-orang Nasrani adalah kaum yang sesat.Dalam Kristian juga wujud sistem dualisme;Pope dan Black Pope,Christ dan Antichrist,Madonna dan Black Madonna.Kristian juga terpecah-pecah kepada pelbagai aliran seperti Protestant,Quaker,Evangelist,Adventist,Mormon dan bermacam lagi.Di dalam sistem kependetaan Kristian juga berpecah-pecah kepada pelbagai aliran pendeta seperti Benedictine,Fransiscan dan Dominican.Di antara aliran-aliran kepaderian itu terdapat satu aliran yang agresif dan yang paling terahsia serta licik iaitu aliran Society of Jesus atau dikenali sebagai Jesuit.DISINI KITA DAPAT MELIHAT BETAPA SESATNYA ORANG-ORANG NASRANI.

Jesuit inilah yang membayangi Vatikan terhadap semua kerja-kerja kotor mereka.Jesuit terdiri daripada golongan Christian Zionist,iaitu orang Kristian yang mengambil sebahagian ajaran Kabbalah dan mistik sesat bercampur kepercayaan pagan tertentu (yang paling popular adalah dewa-dewi Sumeria dan Babilon Kuno,juga termasuk Yunani dan Rom) sebagai panduan hidup mereka.Mereka mengamalkan sihir dan percaya kepada pelbagai mitos dan dongeng mengenai asal-usul kejadian makhluk dan kehidupan Iblis.

Jesuit adalah satu daripada cabang organisasi Dajal Laknatullah,bertujuan untuk mengekalkan hala tuju Vatikan sebagai kakitangannya,dan supaya golongan Kristian leka dengan ajaran Kristian yang dicampurkan dengan ajaran pagan dan mistik sesat.Dajal Laknatullah bimbang jika kaum Kristian sedar kepada ajaran asal Nabi Isa dan kitab Injil.ANDA SUDAH NAMPAK SEBAHAGIAN PERANCANGAN MUSUH-MUSUH ALLAH INI?

Dajal Laknatullah mengawal kedua-dua elemen ini;Yahudi dan Nasrani (Illuminati adalah contoh yang popular tetapi muslihat Dajal terlalu licik;mungkin ada 'hidden organization' yang lain).Kedua-duanya mempengaruhi di antara satu sama lain dan pada masa lain yang difikirkan sesuai,keduanya akan dilagakan untuk kepentingan Dajal dan kuncu-kuncunya walaupun mengorbankan pengikut-pengikut mereka sendiri yang dungu dan menjadi 'patsies' kepada perancangan licik Dajal (rujuk WWI & WW2 dan 911).BETAPA HEBATNYA PERANCANGAN DAJAL,SEBAB ITU SETIAP NABI DAN RASUL YANG DIUTUSKAN TUHAN ADA MENGINGATKAN KEPADA UMAT YANG DIUTUSKAN TENTANG BAHAYA FITNAH DAJAL INI.

SOALANNYA SEKARANG,APA TUJUAN DAJAL BERBUAT BEGITU?

Jawapannya ialah...

UNTUK MENJADI TUHAN YANG TERTINGGI...SEPERTI KATA-KATA FIRAUN "AKULAH TUHAN YANG TERTINGGI"

Dajal Laknatullah sememangnya telah lama menyimpan hasrat untuk menjadi 'dewaraja' yang mutlak di muka bumi ini.Tambahan pula setelah dibodek dan digalakkan oleh Iblis selaku 'Ayah' dan mentornya.Dajal tidak tahu dia ditipu oleh Iblis.DISINI KITA NAMPAK SIAPA AKHIRNYA YANG AKAN TERTIPU KEMUDIAN.Dajal Laknatullah akan mengetahui rahsia sebenar dan segala-galanya apabila bertanyakan hal itu kepada Iblis Laknatullah pada Perhimpunan Mimbar Iblis di dalam Neraka nanti.

Ini adalah Jigsclue yang menjadi KATAKUNCI (password) kepada Dua Rahsia Sulit Terbesar.JANGAN PANDANG REMEH KEPADANYA.


“Mereka ingin supaya kamu menjadi kafir sebagaimana mereka telah menjadi kafir, lalu kamu menjadi sama (dengan mereka). (An-Nisa’: 89).

“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: "Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar)". Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemauan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu.” (Al-Baqarah: 120).

Dosa Yang Lebih Besar Daripada zina

Pada suatu senja yang lengang, terlihat seorang wanita berjalan terhuyung-hayang. Pakaiannya yang serba hitam menandakan bahawa ia berada dalam dukacita yang mencekam.

Tudung kepalanya menangkup rapat hampir seluruh wajahnya tanpa hias muka atau perhiasan menempel di tubuhnya. Kulit yang bersih, badan yang ramping dan roman mukanya yang ayu, tidak dapat menghapus kesan kepedihan yang telah meroyak hidupnya.

Pada suatu senja yang lengang, terlihat seorang wanita berjalan terhuyung-hayang. Pakaiannya yang serba hitam menandakan bahawa ia berada dalam dukacita yang mencekam.

Tudung kepalanya menangkup rapat hampir seluruh wajahnya tanpa hias muka atau perhiasan menempel di tubuhnya. Kulit yang bersih, badan yang ramping dan roman mukanya yang ayu, tidak dapat menghapus kesan kepedihan yang telah meroyak hidupnya.

Ia melangkah terseret-seret mendekati kediaman rumah Nabi Musa a.s. Diketuknya pintu perlahan-lahan sambil mengucapkan salam. Maka terdengarlah ucapan dari dalam "Silakan masuk". Perempuan cantik itu lalu berjalan masuk sambil kepalanya terus menunduk. Air matanya berderai tatkala ia berkata, "Wahai Nabi Allah. Tolonglah saya. Doakan saya agar Tuhan berkenan mengampuni dosa keji saya." "Apakah dosamu wahai wanita ayu?" Tanya Nabi Musa a.s. terkejut. "Saya takut mengatakannya." Jawab wanita cantik. "Katakanlah jangan ragu-ragu!" Desak Nabi Musa.

Maka perempuan itupun secara ketakutan bercerita, "Saya... telah berzina". Kepala Nabi Musa terangkat, hatinya tersentak. Perempuan itu meneruskan, "Dari perzinaan itu saya pun...lantas hamil. Setelah anak itu lahir, langsung saya... cekik lehernya sampai... mati," ucap wanita itu seraya menangis sejadi-jadinya. Mata Nabi Musa pun berapi-api. Dengan muka berang ia mengherdik, "Perempuan celaka, pergi kamu dari sini! Agar siksa Allah tidak jatuh ke dalam rumahku kerana perbuatanmu. Pergi!"... teriak Nabi Musa sambil memalingkan muka kerana jijik.

Perempuan berwajah ayu dengan hati bagaikan kaca membentur batu hancur luluh segera bangkit dan melangkah surut. Dia menangis terangguk-angguk dan keluar dari dalam rumah Nabi Musa. Ratap tangisnya amat memilukan. Ia tak tahu harus ke mana lagi hendak mengadu. Bahkan dia tak tahu ke manakah kakinya untuk melangkah. Bila seorang Nabi saja sudah menolaknya, bagaimana pula manusia lain bakal menerimanya? Terbayang olehnya betapa besar dosanya, betapa jahat perbuatannya.

Sepeninggalannya, Malaikat Jibril turun mendatangi Nabi Musa. Sang Ruhul Amin Jibril lalu bertanya, "Mengapa engkau menolak seorang wanita yang hendak bertaubat dari dosanya? Tidakkah engkau tahu dosa yang lebih besar daripadanya?" Nabi Musa terperanjat. "Dosa apakah yang lebih besar dari kekejian wanita penzina dan pembunuh itu?" Maka Nabi Musa dengan penuh rasa ingin tahu bertanya kepada Jibril. "Betulkah ada dosa yang lebih besar daripada perempuan yang hina itu?" "Ada!" jawab Jibril dengan tegas. "Dosa apakah itu?" tanya Musa yang kian keliru. "Orang yang meninggalkan solat dengan sengaja dan tanpa menyesal. Orang itu dosanya lebih besar daripada seribu kali berzina".

Mendengar penjelasan ini Nabi Musa kemudian memanggil wanita tadi untuk menghadap kembali kepadanya. Ia mengangkat tangan dengan khusyuk untuk memohonkan keampunan kepada Allah untuk perempuan tersebut. Nabi Musa menyedari, orang yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja dan tanpa penyesalan adalah sama saja seperti berpendapat bahawa sembahyang itu tidak wajib dan tidak perlu atas dirinya. Bererti ia seakan-akan menganggap remeh perintah Tuhan, bahkan seolah-olah menganggap Tuhan tidak punya hak untuk mengatur dan memerintah hamba-Nya. Sedangkan orang yang bertaubat dan menyesali dosanya dengan sungguh-sungguh bererti masih mempunyai iman di dadanya dan yakin bahawa Allah itu ada, di jalan ketaatan kepada-Nya. Itulah sebabnya Tuhan pasti mahu menerima kedatangannya.

Dalam hadis Nabi SAW disebutkan : Orang yang meninggalkan solat lebih besar dosanya dibandingkan dengan orang yang membakar 70 buah Al-Quran, membunuh 70 nabi dan bersetubuh dengan ibunya di dalam Kaabah. Dalam hadis yang lain disebutkan bahawa orang yang meninggalkan solat sehingga terlewat waktu, kemudian ia mengqadanya, maka ia akan disiksa dalam neraka selama satu huqub. Satu huqub adalah lapan puluh tahun. Satu tahun terdiri dari 360 hari, sedangkan satu hari di akhirat perbandingannya adalah seribu tahun di dunia.

Demikianlah kisah Nabi Musa dan wanita penzina dan dua hadis Nabi, mudah-mudahan menjadi pengajaran bagi kita dan timbul niat untuk melaksanakan kewajiban solat dengan istiqomah (berterusan).

Dosa Tanpa Henti Di Facebook

Facebook satu permainan dari Israel untuk umat Islam. Adakah kita sedar semua tu?

Terutamanya bagi perempuan islam yang ada profile facebook dan suka upload gambar-gambar dorang yang “cute” tu ke facebook untuk ditonton dan dilihat oleh kawan2 di facebook.

Tahukah anda setiap kali lelaki yang menonton gambar anda tu, anda akan mendapat dosa?

Memang betul anda bertudung, pakai baju, pakai seluar. Pakai tudung tapi nampak bentuk payu dara jadi kira mendedahkan aurat tu. Contohnya tudung ekin. Anda ingat lelaki yang tengok gambar anda tak ghairah dan sekadar tengok sahaja bentuk payudara anda tu? Atau anda suka mendedahkan asset anda yang anda rasa besar dan cantik tu untuk tatapan para lelaki dan suka bila lelaki memuji anda?

Memang tak dapat disangkal lagi lelaki ada nafsu bila melihat wanita yang menampak bentuk tubuhnya walaupun wanita tersebut memakai tudung dan baju kurung. Tentu mata anda fokus di bahagian tetek payudara perempuan tersebut, tak tahulah sama anda nak tahu saiz atau bentuk. Bila diberitahu berdosa tengok aurat perempuan, anda bagi alasan “sape suruh perempuan tu upload dekat facebook?”.

Dan bila anda ghairah melihat gambar perempuan yang sekelas dengan anda atau kawan baik anda, anda segera save gambar tersebut untuk tatapan lain kali. Dan setiap kali anda melihat balik gambar tersebut, wanita itu akan mendapat 2 kali dosa dan anda mendapat 1 kali dosa. Dan jika anda sebarkan pula kepada kawan-kawan anda. Wanita tersebut terus mendapat dosa selagi orang melihat gambarnya walaupun ketika dia sedang tidur.

Sayang sekali perempuan-perempuan cantik di luar sana tak mengerti. Mereka suka bila lelaki komen “cantiknya”, “wah comelnya”, “cantik body” dan mereka lagilah menambah koleksi gambar mereka di facebook. Mereka suka dipuji padahal lelaki tersebut memuji payudara, bentuk tubuhnya bukan kecantikan wajahnya. Anda ada wajah yang cantik,comel jadi kenapa dedahkan pada orang lain? simpan je la untuk bakal suami nanti.

Anda amik gambar dalam posing yang seksi juga mampu menghairah lelaki yang melihatnya. Dengan lentuk badan anda yang cantik pasti lelaki tersebut datang lagi untuk melihatnya. Tubuh anda cantik?payudara anda mantap? body anda slim? Dan anda nak bagitahu semua lelaki yang anda tu menarik dengan mendedahkan aurat anda? Silakan terus buat dosa di facebook.

Baju ketat, seluar jeans ketat, bertudung tak tutup bahagian dada.. menutup aurat ke macam tu? Belambak gambar perempuan islam yang letak gambar macam ni di facebook mereka. Bagi mereka, mereka sangka menutup aurat sebab tak ada bahagian terdedah walaupun nampak jelas bentuk punggung, bentuk payudara dan susuk tubuh mereka. Mungkin mereka nak gambar mereka dijadikan modal untuk lelaki melancap/masturbasi.

Fikir-fikirkanlah. Jangan terperangkap dengan permainan Israel ni, facebook adalah kilang dosa untuk umat Islam.

Sekarang untuk perempuan, sila ke bahagian album anda dan set privacy kepada private dan untuk anda sahaja.

Untuk lelaki pula, kurangkan melihat gambar wanita yang mendedahkan aurat dan jangan pula anda create profile baru dan menyamar jadi perempuan untuk melihat album perempuan tersebut.

DOSA MENGUMPAT HANYA BOLEH DIAMPUN OLEH MANGSA

Mengumpat ialah menceritakan atau menyebut keburukan atau kekurangan seseorang kepada orang lain. Rasullah S.A. W. menjelaskan mengenai mengumpat separti sabda nya bermaksud "Mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu perkara yang dibencinya"(Hadis Riwayat Muslim) Mengumpat berlaku sama ada disedari atau tidak. Perbuatan itu termasuk apabila menyebut atau menceritakan keburukan biarpun tanpa menyebut nama pelakunya tetapi diketahui oleh orang yang mendengarnya. Memandangkan betapa buruk dan hinanya mengumpat, is disamakan seperti memakan daging saudara seagama. Manusia waras tidak sanggup memakan daging manusia, inikan pula daging saudara sendiri.

Dosa mengumpat bukan saja besar, malah antara dosa yang tidak akan diampunkan oleh Allah biarpun pelakunya benar-benar bertaubat. Dosa mengumpat hanya layak diampunkan oleh orang yang diumpatkan. Selagi orang yang diumpatnya tidak mengampunkan, maka dosa itu akan kekal dan menerima pembalasannya diakhirat. Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan zina, apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya.

Dan sesungguhnya orang yang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang yangdiumpat" (Hadis riwayat Ibnu Abib Dunya dan Ibnu Hibbad) Disebabkan mengumpat terlalu biasa dilakukan, maka ia tidak dirasakan lagi sebagai satu perbuatan dosa. Hakikat inilah perludirenungkan oleh semua. Mengumpat dan mencari kesalahan orang lain akan mendedahkan diri pelakunya diperlakukan perkara yang sama oleh orang lain.

Allah akan membalas perbuatan itu dengan mendedahkan keburukan pada dirinya. Sabda Rasulullah S.A.W. "wahai orang beriman dengan lidahnya tetapi belum beriman dengan hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum muslim, dan jangan lah kamu mengintip-intip keaibannya.

Sesungguhnya, sesiapa yang mengintip keaiban saudaranya, maka Allah akan mengintip keaibannya, dan dia akan mendedahkannya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri" (Hadis riwayat Abu Daud) Orang yang mengumpat akan mendapat kerugian besar pada hari akhirat. Pada rekod amalan mereka akan dicatatkan sebagai perbuatan menghapuskan pahala. Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud :Perbuatan mengumpat itu samalah seperti api memakan ranting kayu kering". Pahala yang dikumpulkan sebelum itu akan musnah atau dihapuskan seperti mudahnya api memakan kayu kering sehingga tidak tinggal apa-apa lagi. Diriwayatkan oleh Abu Ummah al-Bahili, diakhirat seorang terkejut besar apabila melihat cacatan amalan kebaikan yang tidak pernah dilakukannya didunia. Maka, dia berkata kepada Allah "Wahai Tuhan ku, dari manakah datangnya kebaikan yang banyak ini, sedangkan aku tidak pernah melakukannya". Maka Allahmenjawab :"Semua itu kebaikan (pahala) orang yang mengumpat engkau tanpa engkau ketahui". Sebaliknya, jika pahala orang yang mengumpat tidak ada lagi untuk diberikan kepada orang yang diumpat, maka dosa orang yang diumpat akan dipindahkan kepada orang yang mengumpat. Inilah dikatakan orang muflis diakhirat nanti.

Memandangkan betapa buruknya sifat mengumpat, kita wajib berusaha mengelakkan diri daripada melakukannya. Oleh itu perbanyakkan lah zikir supaya dapat menghindarkan diri daripada mengumpat. *Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara islam yang lain. Ilmu yang bermanafaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarkannya meskipun dia sudah mati.

Dosa Besar

DARIPADA Bakrah bin Nufai' bin Al-Harith r.a. berkata, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: "Mahukah kamu aku khabarkan tentang sebesar-besar dosa yang tiga?" kami menjawab : "Baiklah, ya Rasulullah".

Baginda bersabda: "Iaitu syirik kepada Allah, derhaka kepada dua orang tua." Ketika itu Baginda bersandar kemudian duduk dan bersabda lagi : "Ingatlah ucapan dusta dan saksi palsu." Baginda mengulang-ulanginya sehingga kami berkata, "Semoga baginda diam." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim.)

Allah berfirman yang bermaksud: "Jika kamu menjauhi dosa-dosa besar antara dosa-dosa yang dilarang mengerjakannya, nescaya Kami hapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan Kami akan masukkan kamu ke tempat yang mulia (syurga)." (Surah al-Nisa' 4:31)

"Sesungguhnya bertaubat kepada Allah itu hanya (layak) bagi mereka yang melakukan kejahatan kerana jahil, kemudian segera bertaubat. Taubat mereka itulah yang diterima Allah. Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana."

"Dan taubat itu tidak (diterima Allah) darpada mereka yang melakukan kejahatan hingga apabila datang ajal kepada seorang antara mereka, (barulah) dia mengatakan 'Aku benar-benar bertaubat'. Dan tidak (pula diterima taubat) daripada orang yang meninggal sedangkan mereka di dalam kekafiran. Bagi orang itu telah Kami sediakan azab yang pedih." (Surah al-Nisa' 4: 17-18)

Daripada Abdullah bin 'Amr bin al-Ash ra daripada Nabi saw, Baginda bersabda: "Dosa-dosa besar adalah mensyirikkan Allah, derhaka kedua orang tua, membunuh jiwa dan sumpah palsu." (Riwayat al-Bukhari)

Daripada Abu Muhammad Jubair bin Muth'im r.a, bahawa Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: "Tidak akan masuk syurga orang yang suka memutuskan silaturrahim." (Muttafaq 'alaihi)

Daripada Abdullah bin 'Amr bin al-'Ash daripada Nabi saw, Baginda bersabda:" Di antara dosa-dosa besar iaitu seseorang memaki kedua ibu bapanya."

Para sahabat bertanya: "Ya Rasulullah, apakah ada seseorang akan memaki kedua ibu bapanya?" Baginda menjawab, "Ada, iaitu ia memaki ayah orang lain, kemudian orang itu memaki ayahnya." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Doa2 di dalam al quran

Doa-doa di dalam al-Qur'an bukan sedikit dan harus dipakai atau dijadikan contoh untuk memohon atau berdoa kepada Allah.
Surah yang pertama di dalam al-Qur'an, al-Fatihah, adalah, pada hemat penulis, contoh bentuk sebuah doa yang amat baik, berbunyi,
"Dengan nama Allah, Yang Pemurah, Yang Pengasih. Segala puji bagi Allah, Pemelihara semua alam. Yang Pemurah, Yang Pengasih. Merajai Hari Agama (Pengadilan) . Engkau sahaja kami sembah, dan kepada Engkau sahaja kami memohon pertolongan. Tunjukkanlah kami jalan lurus, Jalan orang-orang yang Engkau merahmati, bukan orang-orang yang ke atas mereka dimurkai, dan bukan juga orang-orang yang sesat." (1:1-7)

Selanjutnya disenaraikan di bawah, menurut kronologi ayat-ayat, doa-doa lain yang terdapat di dalam al-Qur'an:

Tidak menjadi orang bodoh:
"Aku berlindung pada Allah daripada aku menjadi antara orang-orang yang bodoh." (2:67)

Doa Nabi Ibrahim ketika membina Rumah atau Kaabah:
"Wahai Pemelihara kami, terimalah ini daripada kami; sesungguhnya Engkaulah Yang Mendengar, Yang Mengetahui,
Wahai Pemelihara kami, buatlah kami muslim (tunduk patuh) kepada Engkau, dan daripada keturunan kami, umat yang muslim kepada Engkau; dan perlihatkanlah kepada kami peribadatan kami, dan terimalah taubat kami; sesungguhnya Engkaulah Yang Menerima Taubat, Yang Pengasih.
Wahai Pemelihara kami, bangkitkanlah di kalangan mereka seorang rasul, seorang daripada mereka, yang akan membacakan mereka ayat-ayat Engkau, dan mengajar mereka al-Kitab dan Kebijaksanaan, dan menyucikan mereka; sesungguhnya Engkaulah Yang Perkasa, Yang Bijaksana.'" (2:127-129)

Yang baik di dunia dan di akhirat:
"Wahai Pemelihara kami, berilah kami di dunia, yang baik, dan berilah kami yang baik di akhirat, dan lindungilah kami daripada azab Api." (2:201)

Ketika bertemu musuh dalam peperangan:
"Wahai Pemelihara kami, tuangkanlah kepada kami kesabaran, dan teguhkanlah kaki kami, dan tolonglah kami terhadap kaum yang tidak percaya (kafir)." (2:250)
Tidak dihukum kerana terlupa atau tersilap, dan beban diringankan:
"Wahai Pemelihara kami, janganlah Engkau mempertanggungjawab kan kami jika kami lupa, atau membuat kesilapan.
Wahai Pemelihara kami, janganlah Engkau membebankan kami sebagaimana Engkau telah membebankan orang-orang yang sebelum kami.
Wahai Pemelihara kami, janganlah Engkau membebankan kami melebihi apa yang kami ada kekuatan untuk memikul, dan maafkanlah kami, dan ampunilah kami, dan kasihanilah kami; Engkau Pelindung kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang tidak percaya (kafir)." (2:286)

Hati tidak menyimpang setelah mendapat petunjuk al-Qur'an:
"Wahai Pemelihara kami, janganlah menyimpangkan hati kami setelah Engkau memberi petunjuk kepada kami, dan berilah kami pengasihan daripada sisi Engkau; sesungguhnya Engkaulah Yang Pemberi.
Wahai Pemelihara kami, sesungguhnya Engkau yang mengumpulkan manusia untuk satu hari yang padanya tiada keraguan; sesungguhnya Allah tidak memungkiri janji temu." (3:8-9)

Memohon ampun atas kesalahan dan dilindungi daripada azab Api:
"Wahai Pemelihara kami, sesungguhnya kami percaya; ampunilah kami atas kesalahan-kesalahan kami, dan lindungilah kami daripada azab Api." (3:16)

Setelah melahirkan anak (doa ibu Mariam):
"Pemeliharaku, aku telah melahirkannya, seorang anak perempuan. Dan aku menamakan dia Mariam, dan melindungkannya kepada Engkau dengan keturunannya, daripada syaitan yang direjam." (3:36)

Mendapatkan anak:
"Pemeliharaku, berilah aku daripada sisi Engkau satu keturunan yang baik. Sesungguhnya Engkau mendengar doa." (3:38)

Menjadi seorang saksi bagi Allah dan Kitab-Nya:
"Wahai Pemelihara kami, kami percaya kepada apa yang Engkau menurunkan, dan kami mengikuti rasul, maka tuliskanlah kami bersama orang-orang yang menyaksikan. " (3:53)

Memohon ampun atas kesalahan dan yang berlebihan dalam urusan, teguhkan pendirian, dan pertolongan terhadap kaum yang tidak percaya:
"Wahai Pemelihara kami, ampunilah kami atas kesalahan-kesalahan kami, dan apa yang membazir (berlebihan) dalam urusan kami, dan teguhkanlah kaki kami, dan tolonglah kami terhadap kaum yang tidak percaya." (3:147)
Dijauhkan daripada azab Api, ampun atas kesalahan, lepas daripada kejahatan, mati sebagai orang yang taat, dan tidak diaibkan pada Hari Kiamat (doa ketika memikirkan tentang ciptaan langit dan bumi):
"Wahai Pemelihara kami, tidaklah Engkau menciptakan ini (langit dan bumi) dengan sia-sia. Engkau disanjung! Lindungilah kami daripada azab Api.
Wahai Pemelihara kami, sesiapa yang Engkau memasukkan ke Api, maka sesungguhnya Engkau mengaibkannya; dan orang-orang yang zalim tidak ada penolong-penolong.
Wahai Pemelihara kami, kami mendengar seorang pemanggil yang memanggil kami kepada keimanan, 'Percayalah kamu kepada Pemelihara kamu.' Dan kami percaya. Wahai Pemelihara kami, ampunilah kami atas kesalahan-kesalahan kami, dan lepaskanlah kami daripada kejahatan-kejahatan kami, dan matikanlah kami berserta orang-orang yang taat.
Wahai Pemelihara kami, berilah kami apa yang Engkau telah menjanjikan kami pada rasul-rasul Engkau, dan janganlah Engkau mengaibkan kami pada Hari Kiamat; sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji temu." (3:191-194)

Doa Nabi Isa untuk diturunkan hidangan dari langit:
"Ya Allah, Pemelihara kami, turunkanlah kepada kami sebuah meja hidangan dari langit, yang akan menjadi bagi kami satu perayaan, yang pertama dan yang akhir bagi kami, dan satu ayat (tanda) daripada Engkau. Dan berilah rezeki untuk kami; Engkau yang terbaik daripada pemberi-pemberi rezeki." (5:114)

Memohon ampun dan pengasihan Allah setelah menzalimi diri sendiri atau buat jahat:
"Wahai Pemelihara kami, kami telah menzalimi diri-diri kami sendiri, dan jika Engkau tidak mengampuni kami dan mengasihani kami, tentu kami menjadi antara orang-orang yang rugi." (7:23)

Kesabaran dan kemusliman:
"Wahai Pemelihara kami, tuangkanlah kepada kami kesabaran dan matikanlah kami dalam kemusliman." (7:126)

Taubat:
"Engkau disanjung! Aku bertaubat kepada Engkau; aku yang pertama antara orang-orang mukmin." (7:143)


Memohon ampun dan pengasihan Allah untuk diri sendiri dan saudara:
"Wahai Pemeliharaku, ampunilah aku dan saudaraku, dan masukkanlah kami ke dalam pengasihan Engkau; Engkau yang paling berpengasihan daripada yang berpengasihan. " (7:151)

Doa Nabi Musa setelah 70 orang lelaki meminta untuk melihat Tuhan lalu ditelan oleh gempa bumi:
"Wahai Pemeliharaku, sekiranya Engkau menghendaki, tentu Engkau memusnahkan mereka sebelum ini, dan aku. Adakah Engkau akan memusnahkan kami kerana apa yang orang-orang bodoh antara kami buat? Ia hanyalah cubaan Engkau, dengannya Engkau menyesatkan siapa yang Engkau mengkehendaki, dan memberi petunjuk siapa yang Engkau mengkehendaki. Engkau Wali (Pelindung) kami; maka ampunilah kami, dan kasihanilah kami, dan Engkau yang terbaik daripada yang mengampunkan. Dan tuliskanlah (tetapkanlah) untuk kami dalam kehidupan dunia ini yang baik, dan di akhirat; kami bertaubat kepada Engkau." (7:155-156)

Doa orang yang percaya kepada Allah dan Kitab-Nya supaya tidak menjadi cubaan bagi kaum yang tidak percaya, dan diselamatkan daripada kezaliman mereka:
"Pemelihara kami, janganlah Engkau membuat kami satu cubaan bagi kaum yang zalim, Dan selamatkanlah kami dengan pengasihan Engkau daripada kaum yang tidak percaya." (10:85-86)

Doa Nabi Musa terhadap Firaun:
"Pemelihara kami, Engkau telah memberikan Firaun dan pembesar-pembesarny a perhiasan dan harta kekayaan dalam kehidupan dunia ini. Pemelihara kami, biarkanlah mereka sesat daripada jalan Engkau. Pemelihara kami, hapuskanlah harta-harta mereka, dan keraskanlah hati mereka supaya mereka tidak mempercayai, sehingga mereka melihat azab yang pedih." (10:88)

Memohon ampun atas pertanyaan yang "bodoh" terhadap Allah:
"Pemeliharaku, aku berlindung pada Engkau supaya aku tidak menanyai Engkau apa yang aku tiada pengetahuan mengenainya; kerana jika Engkau tidak mengampuni aku, dan tidak mengasihani aku, tentu aku menjadi antara orang-orang yang rugi." (11:47)



Doa Nabi Yusuf:
"Wahai Pemeliharaku, Engkau telah memberikan aku untuk memerintah, dan Engkau telah mengajar aku interpretasi hadis (mimpi). Wahai Pemula langit dan bumi, Engkau Waliku (Pelindungku) di dunia dan akhirat. Matikanlah aku dalam kemusliman, dan satukanlah aku dengan orang-orang yang salih." (12:101)

Doa Nabi Ibrahim:
"Wahai Pemeliharaku, buatkanlah tanah (negeri) ini aman, dan jauhkanlah aku dan anak-anakku daripada menyembah patung-patung.
Wahai Pemeliharaku, mereka telah menyesatkan ramai manusia. Maka sesiapa yang mengikuti aku adalah daripadaku; dan sesiapa yang menentang aku, maka sesungguhnya Engkau Pengampun, Pengasih.
Wahai Pemelihara kami, aku menempatkan sebahagian daripada keturunanku di sebuah lembah di mana tidak ada tanah yang disemai dekat dengan Rumah Suci Engkau; wahai Pemelihara kami, agar mereka melakukan solat, dan buatkanlah hati manusia berkeinginan padanya, dan berilah rezeki mereka dengan buah-buahan supaya mereka berterima kasih.
Wahai Pemelihara kami, Engkau mengetahui apa yang kami menyembunyikan, dan apa yang kami menyiarkan; daripada Allah tiada sesuatu yang tersembunyi di bumi, dan tiada juga di langit.
Segala puji bagi Allah yang memberikan aku, walaupun aku tua, Ismail dan Ishak; sesungguhnya Pemeliharaku mendengar doa.
Wahai Pemeliharaku, buatlah aku seorang yang melakukan solat, dan daripada keturunanku. Wahai Pemelihara kami, dan terimalah doaku.
Wahai Pemelihara kami, ampunilah aku dan ibu bapaku, dan orang-orang mukmin, pada hari apabila perhitungan didirikan." (14:35-41)

Doa untuk ibu bapa:
"Wahai Pemeliharaku, kasihanilah mereka sebagaimana mereka memelihara aku semasa aku kecil." (17:24)

Doa pada waktu malam (untuk membaca al-Qur'an):
"Wahai Pemeliharaku, masukkanlah aku dengan kemasukan yang sebenar, dan keluarkanlah aku dengan keluaran yang sebenar; dan buatkanlah bagiku kuasa daripada sisi Engkau untuk menolongku. Yang benar telah datang, dan yang palsu telah lenyap; sesungguhnya yang palsu pasti lenyap." (17:80-81)



Pengasihan Allah dan kelurusan dalam urusan:
"Wahai Pemelihara kami, berilah kami pengasihan daripada Engkau, dan sediakanlah kami dengan kelurusan dalam urusan kami." (18:10)

Apabila terlupa setelah berjanji untuk melakukan sesuatu:
"Mudah-mudahan Pemeliharaku memberi petunjuk kepadaku pada sesuatu yang lebih dekat dengan yang lurus daripada yang ini." (18:24)

Apabila memasuki kebun:
"Seperti yang Allah mengkehendaki; tidak ada kekuatan melainkan dengan Allah" (18.39)

Doa Nabi Zakaria untuk memohon anak:
"Wahai Pemeliharaku, sesungguhnya tulang-tulang di dalamku telah menjadi lemah dan kepalaku bernyala-nyala dengan uban. Dan dalam doa kepada Engkau, wahai Pemeliharaku, aku tidak pernah sengsara. Dan aku takut akan keluargaku setelah peninggalanku; dan isteriku mandul. Maka berilah aku, daripada sisi Engkau, seorang wali (waris), Yang akan menjadi warisku, dan yang menjadi waris keluarga Yaakub; dan buatlah dia, wahai Pemeliharaku, sangat memuaskan hati." (19:4-6)

Lapangkan dada, mudahkan urusan, dan fasih bertutur supaya orang faham:
"Wahai Pemeliharaku, lapangkanlah dadaku, Dan mudahkanlah untukku urusanku. Dan lepaskanlah ikatan pada lisanku (lidahku), Supaya mereka memahami ucapanku." (20:25-28)

Menambahkan pengetahuan (dalam al-Qur'an):
"Wahai Pemeliharaku, tambahkanlah aku dalam pengetahuan. " (20:114)

Apabila disentuh penderitaan:
"Sesungguhnya, penderitaan telah menyentuhku, dan Engkau yang paling berpengasihan daripada yang berpengasihan. " (21:83)

Setelah orang berpaling daripada Peringatan yang disampaikan:
"Wahai Pemeliharaku, hakimkanlah dengan benar! Dan Pemelihara kami ialah Yang Pemurah, tempat dimohonkan pertolongan terhadap apa yang kamu menyifatkan. " (21:112)

Setelah didustakan orang:
"Wahai Pemeliharaku, tolonglah aku kerana mereka mendustakan aku." (23:26)
Tempat berlabuh (kapal):
"Wahai Pemeliharaku, labuhkanlah aku di sebuah pelabuhan yang diberkati; Engkau yang terbaik daripada mereka yang melabuhkan." (23:29)

Tidak diletakkan bersama orang zalim:
"Wahai Pemeliharaku, jika Engkau memperlihatkan kepadaku apa yang mereka dijanjikan, Wahai Pemeliharaku, janganlah Engkau meletakkan aku di kalangan kaum yang zalim." (23:93-94)

Perlindungan daripada syaitan:
"Wahai Pemeliharaku, aku berlindung pada Engkau daripada cadangan-cadangan jahat syaitan-syaitan, Dan aku berlindung pada Engkau, wahai Pemeliharaku, daripada mereka hadir padaku." (23:97-98)

Memohon ampun dan dikasihani:
"Wahai Pemelihara kami, kami percaya; maka ampunilah kami, dan kasihanilah kami; Engkau yang terbaik daripada yang berpengasihan. " (23:109) dan,
"Wahai Pemeliharaku, ampunilah, dan kasihanilah; Engkau yang terbaik daripada yang berpengasihan. " (23:118)

Dipalingkan daripada azab Jahanam:
"Wahai Pemelihara kami, Engkau palingkanlah daripada kami azab Jahanam; sesungguhnya azabnya adalah penderitaan yang paling ngeri, Buruknya ia sebagai sebuah tempat menginap, dan sebuah tempat tinggal." (25:65-66)

Kegembiraan daripada keluarga dan imam bagi orang-orang bertakwa:
"Wahai Pemelihara kami, berilah kami kegembiraan daripada isteri-isteri kami, dan keturunan kami, dan buatlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa." (25:74)

Doa Nabi Ibrahim:
"Wahai Pemeliharaku, berilah aku putusan, dan satukanlah aku dengan orang-orang yang salih, Dan buatlah aku lisan (lidah) yang benar bagi orang-orang yang akhir. Buatlah aku termasuk pewaris-pewaris Taman Kebahagiaan, Dan ampunilah bapaku kerana dia termasuk orang-orang yang sesat. Janganlah mengaibkan aku pada hari apabila mereka dibangkitkan, Pada hari apabila harta, dan tidak juga anak-anak lelaki bermanfaat, Kecuali bagi orang yang datang kepada Allah dengan hati yang bersih." (26:83-89)

Doa Nabi Sulaiman:
"Wahai Pemeliharaku, sediakanlah aku supaya aku berterima kasih atas rahmat Engkau, yang dengannya Engkau merahmati aku, dan bapaku, dan ibuku; dan supaya aku membuat kerja-kerja kebaikan yang sangat memuaskan hati Engkau, dan masukkanlah aku, dengan pengasihan Engkau, di kalangan hamba-hamba Engkau yang salih." (27:19)

Memohon ampun setelah menzalimi diri sendiri (buat jahat):
"Wahai Pemeliharaku, aku telah menzalimi diriku. Ampunilah aku." (28:16)

Mencari arah ke tempat yang baik:
"Mudah-mudahan Pemeliharaku memberi petunjuk kepadaku pada jalan yang betul." (28:22)

Memohon rezeki:
"Wahai Pemeliharaku, sesungguhnya aku fakir (memerlukan) apa-apa kebaikan yang Engkau menurunkan kepadaku." (28:24)

Pertolongan terhadap orang jahat:
"Wahai Pemeliharaku, tolonglah aku terhadap kaum yang membuat kerosakan." (29:30)

Jauhkan perjalanan (pengembaraan) :
"Wahai Pemelihara kami, jauhkanlah jarak perjalanan kami" (34:19)

Memohon mendapatkan anak yang salih (baik):
"Wahai Pemeliharaku, berilah aku yang termasuk orang-orang salih." (37:100)

Doa Nabi Sulaiman:
"Wahai Pemeliharaku, ampunilah aku, dan berilah aku sebuah kerajaan seperti yang tidak dijatuhkan kepada sesiapa sesudah aku; sesungguhnya Engkaulah Yang Pemberi." (38:35)

Doa para malaikat untuk orang bertaubat dan mengikuti jalan al-Qur'an:
"Wahai Pemelihara kami, Engkau merangkumi segala sesuatu dalam pengasihan dan pengetahuan; maka ampunilah orang-orang yang bertaubat, dan mengikuti jalan Engkau, dan lindungilah mereka daripada azab Jahim.
Wahai Pemelihara kami, dan masukkanlah mereka ke Taman Adn yang Engkau menjanjikan mereka dan orang-orang salih daripada bapa-bapa mereka, dan isteri-isteri mereka, dan keturunan mereka; sesungguhnya Engkaulah Yang Perkasa, Yang Bijaksana.
Dan lindungilah mereka daripada kejahatan-kejahatan ; sesiapa yang Engkau melindungi daripada kejahatan-kejahatan pada hari itu, kepadanya Engkau mengasihaninya; dan itulah kemenangan yang besar." (40:7-9)

Ketika menaiki kenderaan:
"Dia disanjung, yang menundukkan ini untuk kami, dan kami sendiri tidak setanding dengannya, Sesungguhnya kepada Pemelihara kami, kami balik." (43:13-14)

Doa ketika sampai usia 40 tahun:
"Wahai Pemeliharaku, sediakanlah aku supaya aku berterima kasih atas rahmat Engkau, yang dengannya Engkau merahmati aku dan bapa dan ibuku, dan supaya aku membuat kerja-kerja kebaikan yang memuaskan hati Engkau, dan betulkanlah aku, dan juga pada keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau, dan aku termasuk orang-orang yang muslim (tunduk patuh)." (46:15)

Setelah dikalahkan:
"Aku dikalahkan; tolonglah aku!" (54:10)

Orang yang beriman kemudian:
“Wahai Pemelihara kami, ampunilah kami, dan saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam keimanan, dan janganlah Engkau meletakkan di dalam hati kami sebarang perasaan dendam terhadap orang-orang yang percaya. Wahai Pemelihara kami, sesungguhnya Engkau Lembut, Pengasih.” (59:10)

Tidak menjadi ujian bagi orang yang tidak percaya (kepada Allah dan Kitab-Nya), dan memohon ampun:
"Wahai Pemelihara kami, kepada Engkau kami mempercayakan; kepada Engkau kami berkesesalan; kepada Engkau kepulangan. Wahai Pemelihara kami, janganlah membuat kami satu ujian bagi orang-orang yang tidak percaya; dan ampunilah kami. Wahai Pemelihara kami, sesungguhnya Engkaulah Yang Perkasa, Yang Bijaksana." (60:4-5)

Doa isteri Firaun yang beriman:
"Wahai Pemeliharaku, binalah untukku di sisi-Mu sebuah rumah di Taman, dan selamatkanlah aku daripada Firaun dan amalannya, dan Engkau selamatkanlah aku daripada kaum yang zalim.” (66:11)

Doa Nabi Nuh:
“Wahai Pemeliharaku, janganlah meninggalkan di atas bumi orang-orang yang tidak percaya, walaupun seorang. Sesungguhnya jika Engkau meninggalkan mereka, mereka akan menyesatkan hamba-hamba- Mu, dan mereka tidak beranakkan, kecuali kejahatan yang berdegil dalam ketidakpercayaan.
Wahai Pemeliharaku, ampunilah aku, dan ibu bapaku, dan sesiapa yang masuk ke rumahku sebagai seorang mukmin, dan orang-orang mukmin lelaki, dan orang-orang mukmin perempuan; dan janganlah Engkau menambahkan bagi orang-orang yang zalim, kecuali dalam kebinasaan!” (71:26-28)

Perlindungan daripada pelbagai kejahatan:
"Aku berlindung pada Pemelihara yang membelahkan (pada waktu dinihari), Daripada kejahatan apa yang Dia cipta, Daripada kejahatan kegelapan apabila ia gelap, Daripada kejahatan orang (perempuan) yang meniup pada ikatan, Daripada kejahatan pendengki apabila dia dengki." (113:1-5)

Perlindungan daripada bisikan syaitan (jin dan manusia):
"Aku berlindung pada Pemelihara manusia, Raja manusia, Tuhan manusia, Daripada kejahatan pembisik yang menyelinap, Yang membisikkan di dalam dada manusia, Daripada jin dan manusia." (114:1-5)

Halaman ini diakhiri dengan memuji Allah, berbunyi:
"Ya Allah, yang merajai kerajaan, Engkau memberikan kerajaan kepada siapa yang Engkau mengkehendaki, dan melucutkan kerajaan daripada siapa yang Engkau mengkehendaki, dan Engkau memuliakan siapa yang Engkau mengkehendaki, dan Engkau menghinakan siapa yang Engkau mengkehendaki. Di tangan Engkau yang baik; sesungguhnya Engkau berkuasa atas segala sesuatu.
Engkau menjadikan malam memasuki ke dalam siang, dan Engkau menjadikan siang memasuki ke dalam malam, dan Engkau mengeluarkan yang hidup daripada yang mati, dan Engkau mengeluarkan yang mati daripada yang hidup, dan Engkau memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau mengkehendaki tanpa perhitungan. " (3:26-27)