MENGATAKAN ALLAH ADA DI MANA-MANA
Oleh:
Syaikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz
Pertanyaan:
Syaikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz ditanya : Dalam sebuah siaran
radio ditampilkan kisah dengan menggunakan kata-kata: Seorang anak
bertanya tentang Allah kepada ayahnya, maka si ayah menjawab: Allah itu
ada dimana-mana. Bagaimana pandangan hukum agama terhadap jawapan yang
menggunakan kalimat seperti ini?
Jawapan:
Jawapan ini batil, merupakan perkataan golongan bid'ah dari aliran
Jahmiyah dan Mu'tazilah serta aliran lain yang sejalan dengan mereka.
Jawapan yang benar adalah yang di-ikuti oleh Ahli Sunnah wal Jama'ah,
iaitu Allah itu ada di langit di atas Arsy, di atas semua mahlukNya.
Akan tetapi ilmuNya ada dimana-mana (meliputi segala sesuatu).Hal ini
sebagaimana disebutkan didalam beberapa ayat Al Qur'an,hadis-hadis Nabi
Shalallahu alaihi wa sallam, ijma' dari pendahulu umat ini.Sebagaimana
contoh adalah firman Allah:
"Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang telah menciptakan langit dan
bumi dalam enam masa, lalu Dia bersemayam di atas Arasy" [Al A'raf : 54]
Didalam Al Qur'an ayat ini tersebut pada 6 tempat. Yang dimaksud dengan
'bersemayam' menurut Ahli Sunnah ialah pada ketinggian atau berada di
atas Arsy sesuai dengan keagungan Allah.Tidak ada yang dapat mengetahui
bagaimana bersemayamnya itu, seperti dikatakan oleh Imam Malik ketika
beliau ditanya orang tentang hal ini. Beliau menjawab:
"Perkataan bersemayam itu telah kita fahami.Akan tetapi ,bagaimana
caranya tidak kita ketahui. Mengimani hal ini adalah wajib, tetapi
mempersoalkannya adalah bid'ah".
Yang beliau maksudkan dengan mempersoalkannya adalah bid'ah yakni
mempersoalkan cara Allah bersemayam diatas Arsy. Pengertian ini beliau
peroleh dari gurunya, Syaikh Rabi'ah bin Abdurrahman yang bersumber
dari riwayat Ummu Salamah radhiallahu anha. Hal ini merupakan pendapat
semua Ahli Sunnah yang bersumber dari shahabat Nabi Shalallahu alaihi
wa sallam dan para tokoh Islam sesudahnya. Allah telah menerangkan pada
beberapa ayat lainnya bahawa Dia di langit dan Dia berada di atas,
seperti dalam firmanNya:
"Kepada-Nya lah naik perkataan-perkataan yang baik dan amal yang soleh dinaikkan-Nya" [Surat Faathir:10]
"Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar" [Al Baqarah:255]
"Apakah kamu merasa aman terhadap Allah yang di langit bahawa Dia akan
menjungkir balikkan bumi bersama kamu, sehingga dengan tiba-tiba bumi
itu bergoncang? Atau apakah kamu merasa aman terhadap Allah yang di
langit bahwa Dia akan mengirimkan badai yang berbatu. Maka kelak kamu
akan mengetahui bagaimana (akibat mendustakan) peringatan-Ku" [Surat Al
Mulk:16-17]
Banyak ayat-ayat Al Qur'an yang dengan jelas memuat penegasan bahwa
Allah itu ada di langit, Dia berada di atas. Hal ini sejalan dengan apa
yang dimaksud oleh ayat-ayat yang menggunakan kata-kata bersemayam.
Dengan demikian dapatlah diketahui perkataan ahlu bid'ah: Allah itu
berada dimana-mana, merupakan hal yang sangat batil. Perkataan ini
merupakan pernyataan firqah yang beranggapan bahawa alam ini penjelmaan
Allah, suatu aliran bid'ah lagi sesat, bahkan aliran kafir lagi sesat
serta mendustakan Allah dan RasulNya Muhammad Shalallahu alaihi wa
sallam. Dikatakan demikian kerana dalam riwayat yang sah dari beliau
Shalallahu alaihi wa sallam dinyatakan bahwa Allah ada di langit,
sebagaimana sabda beliau Shalallahu alaihi wa sallam:
"Tidakkah kalian mahu percaya kepadaku padahal aku adalah kepercayaan
dari Tuhan yang ada di langit". [Bukhari no.4351 kitabul Maghazi ;
Muslim no.1064 Kitabuz Zakat]
Hal ini juga disebutkan pada hadis-hadis (tentang) Isra' Mi'raj dan lain-lain.
[Majallatuud Dakwah no.1288]
MENGATAKAN ALLAH ADA DI MANA-MANA
Oleh:
Syaikh Muhammad bin Shalih Al-Utsaimin
Pertanyaan:
Syaikh Muhammad bin Shalih Al-Utsaimin ditanya: Bagaimana pandangan
hukum terhadap jawapan sebahagian orang: Allah berada dimana-mana,
apabila ditanya : Dimana Allah? Apakah jawapan seperti ini sepenuhnya
benar?
Jawapan:
Jawapan seperti ini sepenuhnya batil. Apabila seseorang ditanya: Allah
dimana? hendaklah ia menjawab: Di langit, seperti dikemukakan oleh
seorang (budak) perempuan yang ditanya oleh Nabi Shalallahu alaihi wa
sallam: Dimana Allah? jawabnya: Di langit.
Adapun orang yang menjawab dengan kata-kata: Allah itu ada, maka
jawapan ini sangat samar dan menyesatkan. Orang yang mengatakan bahawa
Allah itu ada di mana-mana dengan pengertian zat Allah ada di
mana-mana, adalah kafir kerana dia telah mendustakan
keterangan-keterangan agama, bahawa dalil-dalil wahyu dan akal serta
fitrah. Allah berada di atas segala mahluk. Dia berada di atas semua
langit, bersemayam di atas Arsy.
.:: Final Exam ::.
-
Salam *kesayangan* cik eva...
kesibukan dan tanggungjawab yang dipikul menyebabkan cik eva x berpeluang
untuk update blog ni..
maaf ye *KESAYANGAN*..
...
14 years ago

No comments:
Post a Comment