Bergurau. Semua orang suka bergurau kan. Selepas seharian penat bekerja
atau belajar, gelak ketawa, bergurau bersama-sama kawan memang sesuatu
yang menjadikan kita lebih ceria dan gembira. Bercakap pasal bergurau
ni, ada satu istilah yang berbunyi, bergurau tu biarlah bertempat.
Orang yang kematian keluarga contohnya, tiba-tiba sahaja kita bergurau
sesuatu yang tidak patut. Lagi, kita bergurau dengan seseorang tetapi
tiba-tiba sahaja kena marah kan.Itu maknanya, kita kenalah pandai
bergurau mengikut situasi kan.
Aku ikut juga la raja lawak kat tv ni. Aku tengok ade beberapa kumpulan
yang suka membuat lawak berbaur lucah dan mengutuk orang lain. Memang
la lawak yang dibuat tu kelakar tapi aku memang tak suka apabila unsur
sebegitu diselitkan, tak elok rasanya. Mereka menghiburkan orang ramai
dengan benda yang tak sepatutnya kan. Benda seperti ni sepatutnya tidak
boleh dipermain-mainkan sebab ia boleh menimbulkan sesuatu yang tak
baik.
Dalam Islam, bergurau ini boleh dilakukan sebagaimana yang pernah
dilakukan oleh Rasulullah s.a.w, baginda sering mengajak isteri dan
para sahabatnya bercanda dan bersenda gurau untuk mengambil hati serta
membuatkan mereka gembira.Namun, canda baginda tidak berlebihan dan
masih ada batasnya.
Bergurau dengan niat yang benar dan tidak berlebihan.
Mulakan sesuatu amalan itu dengan niat yang benar, termasuklah ketika
bergurau senda. Contohulah Rasulullah s.a.w dan teladanilah suruhannya.
Perbuatan ini akan menjadi sia-sia jika ia tidak dilandasi dengan
syariat yang diberikan. Usahlahh berlebihan ketika bergurau kerana ia
akan mengeraskan hati serta menjatuhkan kewibawaan kita di hadapan
orang lain.
Jangan bergurau dengan orang yang tidak suka bergurau.
Setiap orang mempunyai sifat yang berbeza-beza. Sesetengah orang suka
bergurau dan ada juga yang tidak suka dan lebih serius
sikapnya.Justeru, bataskan perbualan dan kenali sifat orang lain
terlebih dahulu ketika bergaul.Jangan biarkan gurauan kita itu
mendatangkan masalah pada perhubungan.
Hal-Hal yang diharamkan ketika bergurau.
1.Bercanda atau bermain-main dengan syariat Allah SWT.
Orang yang bermain atau mengejek syariat Allah, Al-Quran atau
Rasullullah serta sunnah, maka sesungguhnya dia kafir kepada Allah SWT.
Allah SWT telah berfirman, maksudnya:
“ Dan jika kamu tanyakan kepada mereka(tentang apa yang mereka
lakukan), tentulah mereka akan menjawab, “Sesungguhnya kami hanyalah
bergurau senda dan bermain-main saja.”Katakanlah apakah denagn Allah,
ayat-ayatNya dan rasulNya kamu selalu berolok-olok?” Tidak usah engkau
meminta maaf, kerana engkau telah kafir sesudah beriman..”(At-Taubah:
65-66)
Ayat ini turun berkaitan dengan seorang lelaki yang berdusta denagan
mengatakan bahawa Rasulullah dan sahabatnya orang yang paling ‘buncit
perutnya,’ pengecut dan dusta lisannya.Padahal lelaki ini hanya
bermaksud untuk bercanda sahaja. Namun bergurau dengan mengejek syariat
agama adalah dilarang bahkan akan menjatuhkan pelakunya pada kekafiran.
2.Berdusta ketika bergurau
Ada sebahagian orang yang meremehkan dosa dusta ketika bercanda dengan
alasan,ia bertujuan untuk menceriakan suasana. Perkara ini telah
dijawab oleh sabda Rasulullah s.a.w.
“ Aku memberi jaminan sebuah taman di tepi syurga bagi orang yang
meninggalkan debat meskipun ia berada di pihak yang benar, sebuah
istana di bahagian tengah syurga bagi orang yang meninggalkan dusta
meskipun dia bercanda, dan istana di bahagian atas syurga bagi
seseorang yang baik akhlaknya.” (Riwayat Abu Daud)
Rasullullah s.a.w juga bergurau, namun tetap jujur serta tidak
ditambahi dengan kata-kata dusta.Baginda bersabda, “Sesungguhnya aku
juga bercanda, dan aku tidak mengatakan kecuali yang benar,”(Riwayat
At-Thabrani)
Dalam hadis lain Rasulullah s.a.w bersabda, “Celakalah seseorang yang
berbicara dusta untuk membuat orang tertawa, celakalah ia.” (Riwayat
Ahmad)
3.Menakut-nakutkan orang ketika bergurau.
Tidak dibolehkan seseorang itu menakut-nakutkan orang lain dengan
bergurau.Bayangkan jika orang itu terkejut sedangkan dia mempunyai
sakit jantung. Sudah tentulah perkara ini membawa kemudaratan yang
lebih besar, iaitu meninggal secara tiba-tiba. Rasulullah s.a.w pernah
bersabda,
“Janganlah salah seorang dari kalian mengambil barang milik saudaranya
baik bercanda ataupun bersungguh-sungguh, barangsiapa mengambil barang
saudaranya hendaklah dia mengembalikannya.” (Riwayat Abu Daud)
.:: Final Exam ::.
-
Salam *kesayangan* cik eva...
kesibukan dan tanggungjawab yang dipikul menyebabkan cik eva x berpeluang
untuk update blog ni..
maaf ye *KESAYANGAN*..
...
14 years ago

No comments:
Post a Comment