Rakyat Jelata AreMie

Monday, 12 September 2011

berapa ramai suami yang blh jadi imam

Berapa ramai suami yang boleh jadi imam???
Kalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar.
Kalau lelaki tak boleh jadi imam kita kata okay saja. Jangan diperbesarkan nanti mereka terasa hati.

"Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak!"

Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada seorang ana k dara, juga
rakan sejawat kami. Maka jawaplah si gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajar memasak sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya di
suruh menumpukan perhatian pada pelajaran saja. Sementelah tinggal di
asrama, peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur
membantu ibunya.

''Habis sekarang kenapa tidak belajar?" Tanya sang lelaki lagi dengan
penuh semangat.

''Sedang belajarlah ni tetapi selain sibuk dengan kerjaya saya juga
sibuk belajar agama, jadi belajar memasak tetap tidak diutamakan!" Begitu
jawabsi gadis yang membuatkan lelaki tadi menggeleng-geleng kepala.
Baginya tidak sempurna seorang wanita jika tidak tahu memasak.
Wanita sepatutnya buat begitu juga. Syarat utama menjadi suami mesti boleh menjadi imam. Walau ada yang kata, jika itu syaratnya bermakna makin ramai wanita yang hidup bujang seumur hidup.

Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai perkara utama
dan ungkapan hendak memikat suami, perlu pikat seleranya sering diguna
pakai.

Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi
dan penyumbang utama kewangan dalam rumahtangganya. Sekarang bukan asing
lagigaji isteri lebih tinggi daripada suami. Naun kedudukan suami
sebagai raja tidak pernah dilupa walau dia tidak mengambil inisiatif mempelajari
ilmu menjadi imam. Ilmu bermain video game di komputer mereka rasa lebihperlu.

Kalau tidak tahu memasak disuruh belajar dan sesudah belajar perlu handal.

Jika handal bukan setakat masak untuk keluarga sendiri, kalau boleh
perluboleh memasak untuk tiga pasukan bola.

Begitulah standard yang telah ditetapkan. Bolehkah kita meletakkan undang-undang itu kepada lelaki juga. Kalau tidak pandai jadi imam, belajarlah. Mula-mula jadi imam kepada
keluarga sendiri, sudah terror boleh mengimam satu taman perumahan
juga.

"Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu bolehkah jadi imam?"

Dengus teman wanita yang lain.Betul juga. Berapa kerat lelaki yang
menjadikan sembahyang jemaah di rumah bersama ana k isteri sebagai agenda
utama, selain keperluan memenuhi pelbagai seleranya? Maka bertanyalah
wanita kini kepada beberapa lelaki tentang kebolehan yang satu ini.

Ternyata ramai yang menjawap tidak confident menjadi imam sebab
takut bacaan al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid atau pun dia
merasakan isterinya lebih handal. Ada yang kata lebih elok dia dan isteri sembahyang sendiri-sendiri. Ada juga menjawab, rasa kelakar pula apabila
dirinya yang rugged menjadi imam.

Isu ini sepatutnya kita beratkan sepertim ana masyarakat memberatkan wanita perlu pandai memasak jika mahu bersuami. Lelaki juga harus boleh
menjadi imam supaya kewibawaan mereka sebagai ketua keluarga tidak goyah
atau menjadi mangsa queen control. Kalau tidak pandai, belajarlah
sekarang.

Jika wanita disuruh belajar, apa salahnya lelaki!

No comments:

Post a Comment