Sifat pemarah itu berasal daripada sifat sombong (ego). Lagi besar ego
seseorang lagi besar marahnya. Ini berkaitan pula dengan kedudukan
seseorang. Kalau tinggi kedudukan seseorang, besar pangkatnya, banyak
hartanya, ramai pengikutnya, maka akan tinggilah ego seseorang dan akan
menjadi-jadilah pemarahnya. Sebaliknya jikalau kurang segalanya, maka
akan kuranglah egonya dan akan kurang jugalah pemarahnya.
Sifat pemarah ini ada pada hampir semua orang seperti juga hasad
dengki. Kenapa kita mesti marah ? Telah berkata Mujahid di dalam sebuah
bait syair "Takdir Allah telah putus dan putusan Allah telah terjadi.
Istirehatkan hati dari kata-kata "Barangkali" dan "Kalau".
Setiap kelemahan dan kesilapan manusia adalah ujian untuk kita. Allah
mahu melihat bagaimana sabarnya kita dan malunya kita kepada Allah
dengan mengucapkan " Inna lillahi wainna lillahi raji'un.". Pernah
ditanya Ahnaf bin Qais, bagaimana dia boleh mengekalkan sifatnya yang
lemah lembut itu. Ahnaf menjawab : " Aku belajar dengan Qais bin Asim
iaitu pada satu hari sedang berehat-rehat, masuk hambanya membawa
panggang besi yang berisi daging panggang yang masih panas. Belum
sempat daging itu diletakkan dihadapan Qias, tanpa sengaja besi
pemanggang yang panas itu jatuh terkena anak kecil Qais.
Menjerit-jeritlah si anak, kesakitan dan kepanasan sehingga meninggal
dunia. Qais yang melihat peristiwa itu dengan tenang berkata kepada
hambanya yang sedang pucat dan menunggu hukuman " Aku bukan sahaja
tidak marah kepada kamu tetapi muali hari ini aku akan membebaskan
kamu." Begitulah sopan santunn! ya dan pemaafnya Qais bin Asim" Kata
Ahnaf mengakhiri ceritanya.
Bukannya Qais tidak menyayangi anaknya tetapi Qais memandang segala
kejadian itu adalah dari Allah. Jikalau dia bertindak memarahi
hambanya, maka hakikatnya dia memarahi Allah. Dia redha dengan ujian
yang ditimpakan kepadanya. Tidak ada di dalam kamus hidupnya perkataan
kalau atau barangkali. Hatinya tidak terasa dia " tuan" kerana apa yang
ada padanya dirasakan amanah dari Allah. Yang bila sampai ketikanya
Allah akan ambil kembali. Kita mesti ubati hati kita. Kita kita mesti
membuangkan rasa rasa "ketuanan" kita yang menyebabkan kita menjadi
pemarah dengan melakukan mujahadatun nafsi. Di antara langkah yang
perlu kita hadapi untuk menghilangkan marah ialah :
a) Mula-mula kita perlu malu dengan Allah s. w. t akan segala
tindak-tanduk kita. Allah memerhatikan segala perlakuan dan sikap
biadab kita.
b) Bila datang rasa hendak marah, ingatlah kita ini hanyalah manusia yang hina.
c) Banyakkan berdiam diri dan berdoa kepada Allah agar Allah selamatkan kita daripada sifat marah.
d) Hendaklah ingat kesan daripada sifat marah itu mungkin akan membawa
kepada permusuhan dan pembalasan dendam dari orang yang anda marahi.
e) Cuba bayangkan betapa buruknya rupa kita ketika kita sedang marah.
Ianya lebih buruk daripada perlakuan seekor binatang jikalau anda di
dalam keadaan yang marah.
f) Apabila datang marah, banyakkan baca Ta'awwuz ( A'uzubillahi minas
Syaitanirrajim ) kerana marah itu datangnya daripada syaitan.
g) Apabila marah sedang memuncak, ambil wudhu keranawudhu dapat menenangkan api kemarahan yang sedang membara.
h) Jikalau tidak boleh hilang marah dengan hal tersebut di atas,
hendaklah tidur. Kerana ianya akan meredakan perasaan marah apabila
bangkit daripada tidur
i) Tauhid kita perlu tepat. Setiap sesuatu itu datangnya dari Allah dan akan kembali kepada Allah. Kenapa kita perlu marah.
Kalau kita bersalah, kita tidak suka orang memarahi kita. Maka
begitulah orang lain yang melakukan kesilapan, juga tidak suka
dimarahi. Tegurlah dengan lemah lembut dan kasih sayang. Satu cara
lagi, apabila datangnya marah, sedangkan anda berdiri, maka duduklah,
sekiranya duduk, maka bersandarlah, Insha Allah kemarahan akan mulai
reda. Dengan cara demikian, seperti ulasan saudara fansuri, keegoan
akan berkurangan. Tetapi apa yang berlaku, apabila naik marah, yang
bersandar akan mula menetapkan duduknya dan seterusnya berdiri, maka
kemarahan sudah tidak dapat dikawal.
Marah ertinya gerakan nafsu diri, seketika meluap darah jantung dari
suruhan syahwat utk mempertahankan diri dan utk melepaskan dendam. Cuma
kemarahan itu tidak boleh timbul kalau tidak pada tempat dan waktunya.
Bila kemarahan telah timbul tidak ditahan dgn fikiran dan akal sebelum!
dia menjalar, tidak ubahnya dia dengan api yg membakar, darah naik
laksana wap, memenuhi otak, sehingga gelap menyelubungi hati sehingga
tidak sanggup berfikir. Menyelimuti seluruh urat saraf, penglihatan
nampak kecil bila memandang orang, ketika itu pertimbangan hilang, akal
tertutup, fikir tersentak, angan-angan habis. Orang yg marah adalah
laksana gua batu yg terbakar api terkurung di dalamnya dan angin masuk
juga mengipasnya sehinggalah terkumpullah di dalam gua asap dan wap
yang menambahkan panas.. Kedengaran api memakan kelilingnya habis
menjadi bara Meskipun diusahakan menyiram.. maka air penyiram itu
akhirnya akan menjadi minyak tanah menambah kerasnya api.
berbanyak-kanlah.. beristighfar itulah senjata orang2 mukmin
.:: Final Exam ::.
-
Salam *kesayangan* cik eva...
kesibukan dan tanggungjawab yang dipikul menyebabkan cik eva x berpeluang
untuk update blog ni..
maaf ye *KESAYANGAN*..
...
14 years ago

No comments:
Post a Comment