Pada suatu hari Nabi Musa a.s telah mendapat suatu penyakit yang pernah
menimpa Bani Israel suatu ketika dulu. Kaumnya telah mendapat tahu
tentang hal tersebut dan menawarkan untuk merawat Musa a.s dengan
tumbuhan yang pernah mereka guna sebagai ubat dan sembuh.
Nabi Musa a.s menolak tawaran tersebut. Baginda tidak mahu berubat
dengan tumbuhan tersebut. Baginda berkata biarlah Allah sembuhkan
dirinya tanpa sebarang ubat. Puas kaumnya memujuk namun baginda tidak
mahu berubat dengan tumbuhan tersebut. Kemudian baginda ditinggalkan
bersendirian.
Ketika Nabi Musa a.s bermunajat kepada Allah memohon supaya penyakitnya
disembuhkan Allah, Allah berfirman kepadanya, "Demi kemulian dan
keagunganKu wahai musa, Aku tidak akan sembuhkan penyakitmu itu
sehinggalah engkau berubat dengan tumbuhan yang disebutkan mereka."
Maka segeralah Musa a.s bertemu kaumnya dan berubat dengan tumbuhan
tersebut. Dengan izinAllah Musa a.s sembuh dari penyakitnya itu.
Namun Nabi Musa a.s masih gusar kerana tumbuhan tersebut telah menyebabkan dirinya sembuh. Lalu Allah swt berfirman,
"Wahai Musa, mahukah engkau aku tarik hikmahKu dengan tawakalnya engkau
kepadaKu. Tidak pernah engkau terfikir siapakah yang telah meletakkan
ubat pada tumbuhan tersebut sehingga ia menjadi bermanfaat kepada
sesuatu?"
Lalu faham lah Musa a.s akan firman Allah tersebut.
Saudara sekelian, kita tahu bertawakal pada Allah itu benar tapi kita
juga kena ingat segala sesuatu Allah jadikan itu tidaklah sia-sia.
Apala guna ubat yang Allah ciptakan jika ia tidak digunakan untuk
manfaat alaminya. Begitu juga benda-benda lain yang Allah turunkan
manfaat padanya. Dengan itu kita tahu bahawa semua benda kejadiaan itu
hanyalah jalan tapi hakikatnya Allah yang menyembuhkan dan menjadikan.
Kerana itu Nabi kita mengajar kita dengan konsep usaha dan tawakal.
Seperti suatu riwayat mengatakan "Tambatlah unta kamu baru kamu
bertawakal". Ini berikutan orang tersebut ingin bersolat tapi ia tidak
menambat untanya. Bila ditanya mengapa demikian dia berkata aku
bertawakal kepada Allah. Tidak kata nabi, hendaklah kamu menambat unta
itu selebihnya kamu bertawakal kepada Allah.
Demikianlah juga nabi saw menyuruh kita "berubatlah kamu, kerana setiap
penyakit itu ada ubatnya kecuali mati." Bila ubat telah ditemukan kena
pada rasinya dengan izinAllah sembuhlah.
.:: Final Exam ::.
-
Salam *kesayangan* cik eva...
kesibukan dan tanggungjawab yang dipikul menyebabkan cik eva x berpeluang
untuk update blog ni..
maaf ye *KESAYANGAN*..
...
14 years ago

No comments:
Post a Comment