Masih ku ingat kata-kata ibu sambil memberi wang dan berpesan 'Pergilah
ke kedai Pak Mamat beli sekati gula dan sekati tepung, kalau tiada pergi
ke kedai Maniam, kalau tiada jua belilah di kedai Ah Chong'.
Sambil berlari girang dicelah-celah pepohon nyiur yang melambai indah
dengan sarang-sarang tempua berhayunan bagaikan buaian aku membeli gula
dan tepung di kedai Pak Mamat. Bertahun-tahun begitu, sesekali aku ke
kedai Maniam dan Ah Chong.
Kata Ibu:
'Beli di kedai Pak Mamat kita dapat berkat Pak Mamat membayar zakat
kalau beli di kedai Maniam dan Ah Chong siapa menanggung dosa kalau
mereka jadi kaya raya wang tadi dibina patung-patung dewa kita terheret
percuma masuk neraka hanya sedikit yang masuk syurga selainnya masuk
neraka kerana subhat membina Muruga dan Dewa'.
Kata Ibu:
'Kalau mereka menjadi kaya raya nanti mereka menjadi ceti diberi Melayu
pinjamnya wang habis dilelongnya tanah warisan kerana Melayu tak mampu
bayar hutang'.
Kata Ibu:
'Kalau mereka kaya raya habis dibelinya tanah dan bendang padi naik
harga kerana Melayu hanya jadi kuli bukan tuan kilang buka kita punya
kedai juga bukan kita punya tengok tu minum kopi pun kata mereka sedap
dikedai Cina'.
Kata Ibu:
'Kalau mereka kaya raya habis dibelinya pekan dan kampung kita nantinya
tinggal di pinggir sungai bakau dan berumah di bukit bukau tapi kini
sungai juga dibeli dijadikan kolam udang, bukit juga dibeli dibina kondo
mewah. Melayu mahu tinggal di mana? Dalam hutan belantara?'.
Kata Ibu:
'Tanamlah kucai kita dapat berkat kerana makan sayur yang tidak subhat,
kucai di kedai Cina disiram najis babi.Kalau kita tanam kucai kita
gemukkan kucai dengan tahi kambing.
Kata Ibu:
Jangan makan tokua kalau tak tahu siapa pembuatnya. Jangan makan mi
kalau Ah Chai yang membuatnya. Kalau makan makanan subhat,hati hilang
sinarnya kerana memakan makanan subhat. Hati dipenuhi bintik bintik
hitam penuh noda dan dosa. Hati akhirnya mati. Kita nantinya semakin
renggang dari kekasih tuhan. Kita nantinya menjauhkan diri yang Maha
Pencipta. Dosa kita berganda-ganda lalu tuhan turunkan bala'.
.:: Final Exam ::.
-
Salam *kesayangan* cik eva...
kesibukan dan tanggungjawab yang dipikul menyebabkan cik eva x berpeluang
untuk update blog ni..
maaf ye *KESAYANGAN*..
...
14 years ago

No comments:
Post a Comment