Di antara keistimewaan bulan Ramadhan adalah di mana Allah telah
memuliakannya berbanding dengan bulan-bulan yang lain dengan memilihnya
sebagai bulan diturunkannya al-Qur’an al-‘Azhim. Keistimewaan ini
diberikan oleh Allah kepada bulan Ramadhan sebagaimana dinyatakan
melalui firman-Nya (maksudnya),
“...Bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan al-Quran sebagai
petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu
dan menjadi pembeza (di antara yang hak dengan yang bathil).” (Surah
al-Baqarah, 2: 185)
Begitu juga sebagaimana dinyatakan di dalam hadis Rasulullah Shalallahu
‘alaihi wa Sallam bahawa bulan ramadhan merupakan bulan di mana
Kitab-kitab Ilaahiyah diturunkan kepada para Nabi ‘alaihimus Salaam.
Imam Ahmad bin Hanbal rahimahullah meriwayatkan dari Watsilah bin al-Asqa’, bahawa Rasulullah bersabda (maksudnya),
“Shuhuf (lembaran-lembaran) Ibrahim diturunkan pada malam pertama bulan
Ramadhan, Taurat diturunkan pada tanggal enam (6) Ramadhan, Injil
diturunkan pada tanggal tiga belas (13) Ramadhan, dan al-Qur’an
diturunkan pada tanggal dua puluh empat (24) Ramadhan.” (Hadis Riwayat
Ahmad dan turut dikeluarkan oleh ath-Thabrani. Menurut Syaikh al-Albani
di dalam Shahiihul Jaami’ hadis ini hasan (1497). Lihat juga Tafsir
Ibnu Katsir di bawah penafsiran 2: 185)
Melalui hadis ini juga diperjelaskan kepada kita bahawa al-Qur’an
diturunkan pada hari ke dua puluh empat (24) di bulan Ramadhan.
Allah menurunkan al-Qur’an kepada Rasul kita Muhammad Shallallahu
‘alaihi wa Sallam demi untuk membimbing manusia. Turunnya al-Qur’an
merupakan peristiwa besar yang sekaligus menyatakan tinggi kedudukannya
bagi penghuni langit dan bumi. Turunnya al-Qur’an pertama kali jatuh
pada lailatul Qadr (malam al-Qadr) yang mana merupakan pemberitahuan
kepada alam samawi yang dihuni oleh para malaikat berkaitan kemuliaan
umat Muhammad. Di mana umat ini telah dimuliakan oleh Allah dengan
risalah barunya agar menjadi umat yang paling baik yang dikeluarkan
bagi manusia. Turunnya al-Qur’an yang seterusnya secara beransur-ansur,
berbeza dengan kitab-kitab yang turun sebelumnya, sangat mengejutkan
orang dan menimbulkan keraguan terhadapnya sebelum jelas bagi mereka
rahsia hikmah Ilahi yang ada di balik itu. Rasulullah Shallallahu
‘alaihi wa Sallam tidak menerima risalah besar ini dengan cara
sekaligus, dan kaumnya yang sombong dan berhati keras turut dapat
ditawan (dilunakkan) dengannya. Antara hikmah wahyu ini turun secara
beransur-angsur adalah demi menguatkan hati Rasul dan menghiburnya
relevan dengan peristiwa dan kejadian-kejadian yang mengiringinya
sehingga Allah menyempurnakan agama ini dan mencukupkan nikmat-Nya.
Turunnya al-Qur’an Dengan Sekaligus
Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman melalui kitab-Nya yang mulia (maksudnya),
“...Bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan al-Quran sebagai
petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu
dan menjadi pembeza (di antara yang hak dengan yang bathil).” (Surah
al-Baqarah, 2: 185)
Dan firman-Nya,
“Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (al-Quran) pada malam kemuliaan (malam al-Qadr).” (Surah al-Qadr, 97: 1)
Juga,
“Dan al-Qur’an telah Kami turunkan dengan beransur-ansur agar kamu
membacakannya perlahan-perlahan kepada manusia dan Kami menurunkannya
bahagian demi bahagian.” (Surah al-Isra’, 17: 106)
Ayat-ayat di atas tidaklah saling bertentangan, kerana malam yang
diberkahi dalam bulan Ramadhan itu adalah Lailatul Qadr. Jadi, di sini
dapat difahami bahawa al-Qur’an diturunkan ketika malam al-Qadr iaitu
di dalam bulan Ramadhan. Tetapi zahir ayat-ayat itu yang bertentangan
dengan situasi kehidupan Rasulullah, di mana al-Qur’an turun kepadanya
selama dua puluh tiga tahun. Dalam perkara ini, para ulama terbahagi
kepada dua mazhab (pendapat) utama:
1 – Mazhab (pendapat) Yang Pertama,
Pendapat Ibnu Abbas dan sejumlah ulama, kemudian dipegang oleh jumhur
ulama, bahawa “Yang dimaksudkan dengan turunnya al-Qur’an dalam
ayat-ayat di atas ialah turunnya al-Qur’an secara sekaligus ke Baitul
‘Izzah di langit dunia untuk menunjukkan kepada para malaikat-Nya
bahawa betapa agongnya persoalan ini. Selanjutnya al-Qur’an diturunkan
kepada Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam secara beransur-ansur selama
dua puluh tiga tahun bersesuaian dengan peristiwa-peristiwa yang
mengiringinya bermula dari beliau diutus sehinggalah wafatnya. Selama
tiga belas tahun beliau tinggal di Makkah, dan selama itu jugalah wahyu
turun kepadanya. Selepas hijrah, beliau tinggal di Madinah selama
sepuluh tahun. Beliau wafat dalam usia enam puluh tiga tahun.” Pendapat
ini adalah berdasarkan kepada riwayat-riwayat yang sahih dari Ibnu
Abbas. Di antara riwayat-riwayat yang dimaksudkan adalah,
i - Ibnu Abbas radhiyallahu ‘anhu berkata, “Al-Qur’an diturunkan
sekaligus ke langit dunia pada lailatul Qadr (malam al-Qadr). Kemudian
setelah itu, ia diturunkan selama dua puluh tahun.” (Hadis Riwayat
al-Hakim, al-Baihaqi, dan an-Nasa’i) kemudiannya dia membacakan;
“Dan mereka (orang-orang kafir) tidak membawa kepadamu sesuatu
kata-kata yang ganjil (untuk menentangmu), melainkan Kami datangkan
kepadamu suatu yang benar dan sebaik-baik penjelasan.” (Surah
al-Furqon, 25: 33)
“Dan al-Qur’an telah Kami turunkan dengan beransur-ansur agar kamu
membacakannya perlahan-perlahan kepada manusia dan Kami menurunkannya
bahagian demi bahagian.” (Surah al-Isra’, 17: 106)
ii - Diriwayatkan dari Ibnu Abbas Abbas radhiyallahu ‘anhu ia berkata,
“Al-Qur’an itu dipisahkan dari adz-Dzikr, lalu diletakkan di Baitul
‘Izzah di langit dunia. Maka Jibril mula menurunkannya kepada Nabi
Shallallahu Alaihi wa Sallam. (Hadis Riwayat al-Hakim)
iii – Diriwayatkan dari Ibnu Abbas radhiyallahu ‘anhu ia berkata,
“Allah menurunkan al-Qur’an sekaligus ke langit dunia, pusat turunnya
al-Qur’an secara beransur-ansur. Lalu, Allah menurunkannya kepada
Rasul-Nya bahagian demi bahagian.” (Hadis Riwayat al-Hakim &
al-Baihaqi)
iv - Menurut Ibnu Abbas, “al-Qur’an diturunkan pada lailatul Qadr
(malam al-Qadr) pada bulan Ramadhan ke langit dunia secara sekaligus;
lalu ia diturunkan secara berangsur-angsur.” (Hadis Riwayat
ath-Thabrani)
2 - Mazhab (pendapat) Yang Kedua,
Iaitu yang diriwayatkan oleh asy-Sya’bi (seorang Tabi’in besar, wafat
109H) bahawa yang dimaksudkan dengan turunnya al-Qur’an dalam ayat-ayat
di atas ialah permulaan turunnya al-Qur’an itu bermula pada lailatul
Qadr (malam al-Qadr) di bulan Ramadhan, yang merupakan malam yang
diberkahi (malam kemuliaan). Kemudian selepas itu ia diturunkan secara
beransur-ansur bersesuai dengan kepalbagaian peristiwa yang
mengiringinya selama kurang lebih dua puluh tiga tahun. Dengan yang
demikian, al-Qur’an diturunkan hanya dengan satu cara sahaja, iaitu
turun secara beransur-ansur kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa
Sallam, dan yang demikian inilah yang dinyatakan di dalam al-Qur’an,
“Dan al-Qur’an telah Kami turunkan dengan beransur-ansur agar kamu
membacakannya perlahan-lahan kepada manusia dan Kami menurunkannya
bahagian demi bahagian.” (Surah al-Isra’, 17: 106)
Orang-orang musyrik yang diberi tahu bahawa kitab-kitab samawi
terdahulu turun sekaligus, menginginkan al-Qur’an juga turut diturunkan
dengan sekaligus,
“Dan orang-orang yang kafir berkata: “Mengapa tidak diturunkan al-Q
ur’an itu kepada Muhammad semuanya secara sekaligus?” al-Qur’an
diturunkan dengan cara (beransur-ansur) itu kerana Kami hendak
menetapkan (meneguhkan) hatimu (wahai Muhammad) dengannya, dan Kami
nyatakan bacaannya kepadamu dengan teratur satu persatu. Dan mereka
tidak membawa kepadamu sesuatu kata-kata yang ganjil (untuk
menentangmu) melainkan Kami bawakan kepadamu kebenaran dan penjelasan
yang sebaik-baiknya (untuk menangkis segala yang mereka katakan itu).”
(Surah Al-Furqan, 25: 32-33)
Keistimewaan bulan Ramadhan dan lailatul Qadr yang merupakan malam yang
diberkahi itu tidak akan tampak (dilihat) oleh manusia kecuali yang
dimaksudkan oleh ayat- ayat di atas, iaitu turunnya al-Qur’an kepada
Rasulullah. Yang demikian ini bersesuaian dengan apa yang terdapat di
dalam firman Allah mengenai perang badar,
“...Dan (beriman kepada) apa yang kami turunkan kepada hamba Kami
(Muhammad) di hari bertemunya dua pasukan. Dan Allah Maha Kuasa atas
segala sesuatu.” (Surah al-Anfal, 8: 41)
Perang Badar terjadi dalam bulan Ramadhan. Perkara ini diperkuatkan
pula oleh hadis yang dijadikan pegangan para peneliti dan pengkaji,
tentang hadis awal turunnya wahyu. ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha berkata,
“Wahyu yang mula-mula diturunkan kepada Rasulullah, ialah mimpi yang
benar di waktu tidur. Setiap kali bermimpi, dia melihat apa yang datang
bagaikan cahaya terang di pagi hari. Kemudian dia lebih suka
menyendiri. Dia pergi ke Gua Hira’ untuk bertahannuts beberapa malam
dan untuk itu dia membawa bekal. Kemudian kembali ke rumah Khadijah
Radhiyallahu ‘anhu sehingga datanglah kebenaran kepadanya sewaktu
berada di Gua Hira’. Malaikat datang kepadanya dan berkata; “Bacalah”.
Muhammad berkata; “Aku tidak tahu membaca”. Lalu dia memegang dan
merangkulku sehingga aku sesak nafas, kemudian dia melepaskan aku, lalu
berkata lagi; “Bacalah”. Aku menjawab, “Aku tidak tahu membaca”. Lalu
dia merangkulku untuk yang kedua kalinya sehingga aku sesak nafas, lalu
dia melepaskan aku, lalu berkata, “Bacalah”. Aku menjawab, “Aku tidak
tahu membaca”. Lalu dia merangkulku untuk ketiga kalinya sehingga aku
merasa kepayahan, kemudian dia melepaskan aku, lalu katanya; “Bacalah
dengan menyebut nama Tuhanmu yang telah menciptakan, sehingga dengan
apa yang belum diketahuinya”.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)
Para peneliti menjelaskan bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa
Sallam pada mulanya diberi tahu dengan mimpi pada bulan kelahirannya,
iaitu bulan Rabi’ul Awwal. Masanya enam bulan. Kemudian ia diberi wahyu
dalarn keadaan sedar (jaga) pada bulan Ramadhan dengan turunnya Iqra’
(dari surah al-Alaq). Dengan demikian, maka nash-nash yang terdahulu
itu menunjukkan kepada satu pengertian.
3 – Mazhab (pendapat) Yang Ketiga,
Al-Qur’an diturunkan ke langit dunia pada dua puIuh tiga malam
kemuliaan (Lailatul Qadr), yang pada setiap malamnya selama malam-malam
kemuliaan itu ada yang ditentukan Allah untuk diturunkan pada setiap
tahunnya. Dan jumlah untuk masa satu tahun penuh itu kemudian
diturunkan secara beransur-ansur kepada Rasulullah sepanjang tahun.
Madzhab ini adalah hasil ijtihad sebagian mufassirin. Pendapat ini
tidak mempunyai dalil.
Adapun madzhab kedua yang diriwayatkan dari asy-Sya’bi, dengan
dalil-dalil yang sahih dan dapat diterima, tidaklah bertentangan dengan
mazhab (pendapat) yang pertama yang diriwayatkan dari Ibnu Abbas.
Pendapat yang kuat ialah: al-Qur’an al-Karim itu diturunkan melalui dua fasa,
Fasa Pertama: Diturunkan sekaligus pada malam al-Qadr (Lailatul Qadr) di bulan Ramadhan ke Baitul ‘Izzah di langit dunia.
Fasa Kedua: Diturunkan dari langit dunia ke bumi secara beransur-ansur selama dua puluh tiga tahun.
Imam al-Qurthubi rahimahullah menukilkan riwayat dari Muqaatil bin
Hayyan berkenaan adanya ijma’ tentang turunnva al-Quran sekaligus dari
Lauhul Mahfuzh ke Baitul ‘Izzah di langit dunia. Ibnu Abbas menafikan
adanya percanggahan di antara ketiga ayat di atas berkenaan dengan
turunnva al-Qur’an dan fakta kehidupan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi
wa Sallam. Al-Qur’an itu sememangnya turun selama dua puluh tiga tahun
di bulan-bulan selain Ramadhan. Diriwayatkan dari Ibnu Abbas, dia
pernah ditanya oleb Athiyah bin al-Aswad, katanya, “Dalam hatiku
terjadi keraguan berkenaan firman Allah, “Bulan Ramadhan itu ialah
bulan yang di dalamnya diturunkan al-Qur’an”, dan firman Allah,
“Sesungguhnya Kami rnenurunkannya pad lailatul Qadr”. Padahal al-Qur’an
itu ada yang diturunkan pada bulan Syawwal, Dzulqa’edah, Dzuihijjah,
Muharram, Shafar dan Rabi’ui Awwal.” lbnu Abbas menjawab, “Al-Qur’an
ditununkan pada lailatul Qadr sekaligus, kemudian diturunkan secara
beransur-ansur, sedikit demi sedikit dan terpisah-pisah serta
perlahan-lahan di sepanjang bulan dan hari.” (Hadis Riwayat Ibnu
Mardawaih dan al-Baihaqi dalam Kitab al-Asma’ wa ash-Shifat)
Para ulama mengisyaratkan berkenaan beberapa hikmah terhadap fenomena
penurunan al-Qur’an di antaranya adalah demi menyatakan kebesaran
al-Qur’an dan kemuliaan orang yang kepadanya al-Quran diturunkan. Kata
Imam as-Suyuthi, “Dikatakan bahawa rahsia diturunkannya al-Qur’an
dengan sekaligus ke langit dunia adalah untuk memuliakannya dan
memuliakan (kelompok) yang kepadanya al-Qur’an diturunkan;
memberitahukan kepada penghuni tujuh langit bahawa al-Qur’an adalah
kitab terakhir yang diturunkan kepada Rasul terakhir demi kemulian umat
manusia. Kitab tersebut kini telah di ambang pintu dan akan segera
diturunkan kepada mereka. Seandainya tidak ada hikmah Ilahi yang
menghendaki disampaikan al-Qur’an kepada mereka secara beransur-ansur
bersesuaian dengan peristiwa-peristiwa yang terjadi, tentulah ia
diturunkan ke bumi sekaligus seperti halnya kitab-kitab yang diturunkan
sebelumnya. Tetapi Allah membezakannya dari kitab-kitab yang
sebelumnya. Maka dijadikanlah dua ciri tersendiri; diturunkan secara
sekaligus, kemudian diturunkan secara bertahap-tahap demi untuk
menghormati orang yang menerimanya.”
As-Sakhawi mengatakan dalam Jamal al-Qurra’, “Turunnya al-Qur’an ke
langit dunia sekaligus itu menunjukkan suatu penghormatan kepada
keturunan Adam di hadapan para malaikat serta pemberitahuan kepada
mereka betapa perhatian Allah dan rahmat-Nya kepada manusia. Dalam
pengertian inilah Allah memerintahkan tujuh puluh ribu malaikat untuk
mengawal surat al-An’am,
Ibnu Abbas menyatakan, “Surah al-An’am itu turun di Makkah sekaligus di
waktu malam. Ia diiringi oleh tujuh puluh ribu malaikat yang
bertasbih.” (Diriwayatkan oleh ath-Thabrani dan Abu Ubaid dalam
Fadha’il al-Qur’an))
dan dalam pengertian ini pula Allah memerintahkan Jibril agar
memerintahkan kepada para malaikat pencatat yang mulia, menuliskan dan
membacakannya kepadanya.” (Lihat juga, al-Itqan, 1/40, 41)
4 – Mazhab (pendapat) Keempat,
Ada juga sebahagian ulama yang berpandangan bahawa al-Qur’an turun
pertama-tama kalinya secara berangsur-ansur ke Lauh Mahfuzh berdasarkan
firman Allah Ta’ala, “Tidak lain ia adalah al-Qur’an yang mulia, di
Lauh Mahfuth.” ... Kemudian setelah itu ia turun dari Lauh Mahfuz
secara serentak seperti itu ke Baitul ‘Izzah. Selanjutnya, ia turun
sedikit demi sedikit. Dengan demikian, ini bererti ia turun melalui
tiga tahap (fasa).
Dan perkara ini tidaklah bertentangan dengan yang sebelumnya yang telah
ditarjihkan. Bagairnanapun juga al-Qur’an al-Karim sudah ada dalarn
Lauh Mahfuzh meliputi semua urusan ghaib yang sudah ditetapkan di
dalamnya. Dan al-Qur’an turun sekaligus dari Lauh Mahfuzh ke Baitul
Izzah dari langit dunia (sebagaimana riwayat dari Ibnu Abbas) pada
lailatul Qadr, malam yang penuh berkah di bulan Ramadhan. Ini adalah
kerana tidak ada yang menghalangi turunnya al-Qur’an secara sekaligus,
bermula dari turunnya kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam
secara beransur-ansur dalam satu malam. Dengan demikian, tidak ada
pertentangan di antara kepelbagaian pendapat ini jika dikecualikan
mazhab ketiga yang tidak ada dalilnya.
.:: Final Exam ::.
-
Salam *kesayangan* cik eva...
kesibukan dan tanggungjawab yang dipikul menyebabkan cik eva x berpeluang
untuk update blog ni..
maaf ye *KESAYANGAN*..
...
14 years ago

No comments:
Post a Comment