Wanita bersolek, alamat lemah mentalnya. Benarlah apa yang dikatakan
oleh Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Setiap wanita ada kelemahannya,
lemah tenaga berfikir dan lemah soal-soal agama”. Di zaman silam,
amalan bermake-up – wanita-wanita mendedahkan kecantikan rupa paras –
adalah merupakan satu perkara tradisi. Di zaman moden ini pula, masih
ada lagi golongan wanita yang cuba memulihkan setiap amalan kolot
dahulu dan dipolularkan pula dengan teknik dan cara yang moden.
Lantaran inilah Allah melarang sikap golongan tersebut. Larangan ini
termaktub di dalam firman Allah yang bermaksud: “Dan janganlah kamu
bersolek seperti solekan orang-orang Jahiliyyah yang dahulu” (al-Ahzab:
33)
Pujangga Arab pula ada berkata: “Otak kolot gemarkan perhiasan. Mental
terpelajar tidak berhajat sebarang perhiasan”. Keadaan hidup orang
terpelajar Islam adalah normal. Mereka tidak tamak perhiasan yang
banyak, malahan ilmu pengetahuan yang ada di dada mereka sudah cukup
sebagai perhiasan diri. Beginilah keadaan manusia, andaikata perhatian
ditumpukan kepada kerohanian sepenuhnya, alamat berkuranglah perhatian
ke bidang material. Tapi tidak mengapa, ukuran manusia di hati dan
lisannya, bukan ukuran terletak di kot atau di gaunnya.
Seorang penyair Arab pernah bersyair dengan katanya:
Ambillah jiwa yang suci ini
Lengkapkan pula budi pekerti
Tidak kebahagian di rupa paras
Tapi berbahagia di jiwa yang murni!
Si pesolek tidak ubah seperti kanak-kanak. Sukakan pakaian yang
barubaru dan moden. Tapi untungnya, kanak-kanak tidak membazirkan masa
berjamjam di hadapan cermin. Malangnya, kakak-kakak yang telah dewasa
melakukan ini semua. Berjam-jam masa dihabiskan di hadapan cermin.
Mereka ini sudah pandai menilai kecantikan tubuh kononnya. Andainya
diletakkan fesyen ini ke badan, semakin bergayalah, dan jika dibedak
semakin berserilah wajah yang sedia ada? Kepastian ini dapat dijawab
oleh cermin di hadapannya. Jika tak puas dilihat di rumah, bukankah ada
cermin mini yang tersedia ada di dalam beg tangannya? Sungguh aneh, di
zaman ini pun terdapat sesetengah siswazah yang terikut-ikut dengan
suasana dan keadaan. Mereka juga bermake-up dan berpakaian seperti
orang yang tidak berpelajaran. Maka akibatnya bukankah sama….?? Ini
dapat kita perhatikan dari firman Allah yang bermaksud: “…..Dan
siapakah yang lebih sesat daripada orang yang mengikut hawa nafsunya
dengan tidak mendapat petunjuk dari Allah sedikit pun. Sesungguhnya
Allah tidak memberikan petunjuk kepada orang-orang yang zalim”
(al-Qasas: 50).
Siksaan yang lebih dahsyat akan diberikan kepada wanita terpelajar
andainya mereka tidak menghayati apa yang mereka pelajari. Penjelasan
tersebut dapat dilihat dalam firman Allah yang bermaksud: “Kecelakaan
yang besarlah bagi tiap-tiap orang yang banyak berdusta lagi banyak
berdosa. Dia mendengar ayat-ayat Allah yang dibacakan kepadanya,
kemudian dia tetap menyombong diri seakan-akan dia tidak mendengarnya.
Maka beri khabarlah dia dengan azab yang pedih” (al-Jathiah: 7-8)
Ada pula golongan yang berpendapat bahawa Allah tidak memaksa sesiapa
malahan memberi kuasa kepada manusia untuk memilih. Jika ada syariat
Islam yang sesuai dengan kehendaknya, boleh dikerjakan. Jika tidak ada,
boleh ditinggalkan begitu sahaja. Terhadap golongan ini, jangan lupa
pula Allah ada berfirman yang bermaksud: “….Apakah kamu beriman kepada
sebahagian al- Kitab (Taurat) dan engkar terhadap sebahagian yang lain?
Tiadalah balasan bagi orang yang berbuat demikian di antara kamu
melainkan kehinaan dalam kehidupan dunia, dan pada hari kiamat mereka
dikembalikan kepada siksaan yang sangat berat. Dan (ingatlah) Allah
tidak sekali-kali lalai dari apa yang kamu lakukan” (al-Baqarah: 85).
Bukan semua perundangan dan suruhan Allah mengikut kehendak dan hawa
nafsu manusia seperti firman Allah yang bermaksud: “Andaikata kebenaran
itu menurut hawa nafsu mereka, pasti binasalah langit dan bumi ini
serta semua yang ada di dalamnya” (al-Mukminun: 71)
Dan firmanNya yang lain yang bermaksud: “Dan tidaklah patut bagi lelaki
yang mukmin dan bagi perempuan mukminat, apabila Allah dan RasulNya
telah menetapkan suatu ketetapan akan ada bagi mereka pilihan tentang
urusan mereka. Dan barangsiapa mendurhakai Allah dan RasulNya, maka dia
telah sesat yang nyata” (al-Ahzab: 36).
Beginilah situasi hidup manusia semua kiranya hidup dikuasai nafsu,
suruhan yang baik dirasai bagai hempedu, maksiat terkutuk disangkakan
madu. Manusia begini terdapat dalam firman Allah yang bermaksud: “Maka
pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai
Tuhannya dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmunya dan Allah
telah mengunci pendengaran dan hatinya dan meletakkan penutup pada
penglihatannya. Maka siapakah yang akan memberinya petunjuk sesudah
Allah. Maka apakah kamu tidak mengambil pengajaran?” (al-Jathiah: 23).
.:: Final Exam ::.
-
Salam *kesayangan* cik eva...
kesibukan dan tanggungjawab yang dipikul menyebabkan cik eva x berpeluang
untuk update blog ni..
maaf ye *KESAYANGAN*..
...
14 years ago

No comments:
Post a Comment