Rakyat Jelata AreMie

Sunday, 8 January 2012

Jari Telunjuk..Subhanallah..

Dalam solatku yang sudah sekian kalinya, aku tetap merenung telunjukku dalam setiap
tasyahud (tahiyyat) awal dan akhir, mengharapkan pahala menurut sunnah mengisi setiap
kantung pahala yang tak pernah ku lihat. Berpuluh tahun berbuat demikian, perasaan
ingin tahu tetap menerjah hatiku. Mengapa Rasulullah s.a.w. berbuat demikian? Mengapa
disunatkan merenung telunjuk sewaktu tasyahud? Pasti ada sesuatu sehinggakan
disunatkan berbuat demikian. Bagi yang tak ambil pusing, tetap bahagian mereka dengan
kantung pahala yang sarat di akhirat, dijamin Allah s.w.t..

Dirujuk persoalan itu kepada yang arif. Kata mereka telunjuk itu satu, diangkat ketika
mengucapkan kalimah ? Aku bersaksi bahawa Tiada Tuhan Yang disembah melainkan Allah ?
bagi menandakan keEsaan Allah yang Satu, Yang Maha Esa dan Tiada yang sebanding
denganNya. Jawapan yang diberi mententeramkan jiwaku hanya buat seketika. Memang benar
apa yang dikatakan yang arif itu tadi, tapi mengapa gelodak jiwa mengatakan ada
sesuatu yang lain.

Aku sentiasa terganggu dengan persoalan yang ditimbulkan hati yang mendesak-desak
mencari rahsia sebenar sehingga hatiku puas. Kenapa hanya perkara ini begitu mendesak
jiwa sedangkan perbuatan itu hanya dilakukan dengan seketika dalam solat.

Sehinggalah di suatu senja yang sangat hening. Hujan lebat mula turun di luar rumah,
menghalang langkah insan yang beriman lemah ini untuk ke tempat azan dilaungkan.
Ditunaikan tanggungjawabku kepada Yang Maha Pencipta dalam kamar bacaan di rumah.
Maghrib itu membuka persoalan lama itu kembali. Mula sahaja tasyahud awal, telunjukku
direnung dan membangkitkan kembali persoalan yang sering bermain dijiwaku.

Kekhusyukan dalam ibadatku sedikit teganggu, minda ditumpukan kembali kepada bacaan
solat supaya hatiku tetap berpaksikan rasa syukurku kepada Yang Menciptakan diriku
dengan segala kesempurnaan. Tapi semua itu terganggu kembali bila saja aku berada
dalam tasyahud akhir. Sekali lagi aku mengucapkan kalimah ? Ashhadu allaa ilaa ha
illallah ( Aku bersaksi bahawa Tiada Tuhan Yang disembah melainkan Allah) sambil jari
telunjukku diangkat menandakan aku mengakui keEsaan Allah s.w.t..

Bagaikan hendak tersembur kandungan dadaku tatkala aku merenung jari telunjukku pada
kali ini. Serta merta airmataku mencurah-curah keluar tak tertahan, ditahan sebak
dadaku supaya tidak terbatal solatku. Allahuakbar! Allah Maha Besar! Ampunkanlah
segala dosa yang telah kulakukan dengan tanganku ini? Ya Allah! Betapa Engkau
memuliakan kami manusia dengan kalimah NamaMu pada jasad kami yang kotor ini..
Ampunkanlah kami, ampunkanlah aku? Mulai maghrib hari itu, perbuatan mengangkatkan dan
merenung telunjuk dalam tasyahud tidak lagi mengganggu kekhusyukan solatku, tapi ia
membuatkan hatiku sentiasa gentar dan sayu..

Sayu mengenangkan dan merindui Allah s.w.t., gentar kerana aku melihat aku ini milik
Allah? Ya! Benar.. akhirnya jawapan bagi persoalan itu telah kutemui bila saja
terpandang kalimah Allah ditelunjuk kananku.. Subhanallah! Maha Suci Allah! Ampunilah
aku sekiranya tangan yang membawa kalimah namaMu yang Maha Suci dan Mulia ini telah
aku gunakan untuk melakukan dosa dan maksiat melanggar perintahMu.. Ampunkanlah
HambaMu ini Ya Allah?..

No comments:

Post a Comment